11 PANDUAN WAJIB IBU TAHU SEBELUM BELI PAM SUPAYA TAK MENYESAL DIKEMUDIAN HARI

11 Panduan Wajib Ibu Tahu Sebelum Beli Pam Supaya Tak Menyesal Dikemudian Hari

Lumrah setiap ibu hamil dan bakal melahirkan bayi, mempunyai niat murni untuk memberi susu ibu secara eksklusif. Namun ada juga ibu-ibu bimbang yang adakah niat mereka akan tercapai untuk menyusukan anak sehingga 2tahun. Biasanya kerunsingan ini berlaku kepada ibu yang akan kembali bekerja. 

Pam mana yang sesuai ye?
Brand apa yang bagus ye?
Berapa harga pam? Mahal ke tak?

Jadi bermula dari saat ini, ibu-ibu tak perlu risau lagi tentang persoalan-persoalan yang membelenggu fikiran. Berikut ada beberapa tips dan panduan yang perlu ibu-ibu tahu sebelum membeli pam susu.

1. Bajet

Bajet menjadi faktor utama untuk membeli sesuatu supaya sesuai dengan kemampuan. Namun perlu diingatkan pam yang mahal tidak semestinya bagus. Apa yang penting, ibu perlu kerap mengepam dan mengosongkan payudara.

Tips : Sebelum membeli, survey terlebih dahulu harga pam, sebaiknya beli semasa promosi diadakan. 

2. Jenis

Terdapat 4 jenis pam dipasaran kini, iaitu jenis : 

1. Manual 
2. Kuasa Bateri 
3. Elektrik
4. Elektrik + Bateri

3. Keselesaan 

Aspek keselesaan paling penting untuk dititikberatkan. Pastikan, corong pam yang dipilih boleh melekap dengan baik ke payu dara. Ada corong yang bersilicon dan kesemuanya plastik. Corong silicon lebih lembut berbanding corong plastik.

Harus diingatkan setiap ibu mempunyai saiz puting dam saiz payudara yang berbeza-beza. Jadi ibu yang mempunyai puting yang sensitif lebih sesuai memerlukan corong yang silicon serta daya sedutan yang lembut.


4. Daya tahan

Pilih pam yang tahan lasak kerana ianya boleh digunakan untuk jangka masa panjang. Jadi ibu tak perlu beli berulang kali dan penjimatan dapat dilakukan. "Alah membeli menang memakai". Nasihat saya dapatkan pam yang memiliki motor yang mampu bertahan untuk sesi mengepam yang kerap.

Tips : Rujuk dan tanya pendapat jurujual tentang kelebihan setiap pam.

5. Daya Hisapan

Pilih pam yang mempunyai ciri hisapan sama seperti bayi menyusu. Dengan ini dapat membantu ibu mengeluarkan susu dengan lebih lancar. Malah ia juga membuatkan ibu selesa dan tidak menyakitkan.

6. Bunyi

Pam yang menghasilkan bunyi perlahan dan senyap harus dipertimbangkan. Ianya sangat sesuai untuk ibu mengepam atau mengumpul stok susu tanpa diketahui ramai. Aspek ini juga penting untuk ibu apabila perlu bekerja atau berada dalam suasana meeting.

7. Alat Ganti

Pastikan ibu memilih pam yang mempunyai alat ganti yang mudah didapati dipasaran, sekiranya ada mana-mana bahagian pam rosak atau hilang. Dan adalah penting membeli pam yang ada jaminan.

8. Mobiliti

Untuk ibu yang bekerja saya saranankan memilih pam yang jenis fleksibel untuk dibawa kemana-mana tak kira sewaktu bertugas atau diluar pejabat.

9. Single atau Double?

Pilih pam yang boleh mengepam secara double (berganda). Ia bagus untuk ibu mengepam kedua-dua belah payudara serentak, menjimatkan masa dan tidak berlaku pembaziran susu ibu jika menggunakan single pumping.

10. Jenama

Terdapat pelbagai jenis jenama dipasaran kini, antaranya Medela, Avent, Spectra, Eve Love, Nuby, Tommi Tippee, Ameda, Pureen, Snow bear dan banyak lagi.

11. Saiz dan Berat

Saiz dan berat setiap jenama pam adalah berbeza. Ada yang ringan, berat, kecil dan besar. Pilih pam yang anda selesa dan mudah untuk dikendalikan tak kira dimana anda berada.

Tips : Tanya dan rujuk kepada yang pakar dan berpengalaman sebelum membeli pam, supaya ia benar-benar sesuai dan memenuhi keperluan dan bajet anda.


Ingin dapatkan Tips Hot Buat Stok Susu Paling Maksima??

Nak Milk Booster yang semulajadi dan selamat...boleh hubungi saya :


Nur Bahirah | Wassap/Call : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com

VITAMIN APAKAH YANG PERTAMA WUJUD DIDUNIA??


VITAMIN APAKAH YANG PERTAMA WUJUD DIDUNIA??




Anda pengamal vitamin?, suka makan vitamin?. Tapi tahu kah anda siapa yang mula-mula mencipta vitamin? dan Vitamin Apakah yang pertama wujud didunia? 

Percaya atau tidak tapi ini adalah fakta yang sahih yang perlu anda tahu. Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta "VITALIZED MINERALS", iaitu Multivitamin yang pertama di dunia.

8 TIPS BEBAS PARUT JERAWAT BUAT ANDA TAMPIL LEBIH YAKIN

Ohh no! Parut Jerawat. Masalah parut jerawat adalah perkara yang paling ditakuti terutamanya wanita. Parut yang sukar hilang menyebabkan kita hilang keyakinan diri. Saya juga pernah mengalami masalah parut jerawat. 

Jom ikuti tips berikut :



1. Masker telur putih

Telur putih mengandungi pelbagai nutrien untuk tubuh. Bukan itu sahaja! ianya juga dapat membantu mengekalkan kulit yang halus dan licin. Syaratnya anda harus menjadikan putih telur sebagai masker. Sapukan pada wajah seminggu  3 hingga 4 kali untuk mendapatkan kesan kulit gebu, cerah dan anjal.

2. Minyak zaitun

Selain diminum untuk tujuan kecantikan dalaman, minyak zaitun juga digunakan  untuk mengatasi masalah jerawat. Caranya dengan mencampurkan sedikit minyak zaitun dan garam bukit, kacau sehingga sebati. Kemudian sapu pada kulit yang berjerawat. Apabila sudah kering, bilas muka dengan air suam. Amalkan seminggu 2 kali.

Kesannya: Kulit lembap dan dan merawat jerawat tanpa sebarang parut

3. Bawang Putih

Umum mengetahui besarnya manfaat bawang putih, selain dari ramuan dalam masakan. Tahukah anda bawang putih dapat mengecutkan jerawat tanpa meninggalkan parut pada wajah. Wooww menarik! Hanya perlu tumbuk bawang putih dan sapu pada jerawat. Biar ia kering dan bilas muka dengan air suam.

Awas!! : Jangan sapu bawang putih secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit.

4. Kulit Kayu manis

Tips yang satu nie, daku pernah cuba, serius memang berkesan, tapikan agak leceh.hehe..
Kepada yang nak cuba boleh sila cari serbuk kayu manis yang dah siap sedia. Tapi awas! jangan terlebih eksaited sapu lebih, nanti anda akan berlari satu rumah akibat kepanasan.haha...(ini terjadi kepada saya) atau pun asah kulit kayu manis pada lesung dan kemudian ambil airnya.

Lakukan tiga kali seminggu untuk mendapatkan kesan terbaik.

5. Lemon

Lemon, kaya dengan antioksidan!. Kelebihan kandungan Lemon juga dikatakan mampu merawat pelbagai jenis masalah kulit muka. Dalam masa yang sama mampu mengurangkan parut jerawat.

Jom try : Potong lemon kepada beberapa bahagian. Kemudian gosok pada bahagian yang bermasalah, ulang dua hingga tiga kali gosok pada bahagian yang sama.

6. Esp

Energyzing Soy protein mengandungi sumber protein yang diperlukan tubuh secara tak langsung membantu memperbaiki sel yang rosak dan membina sel-sel yang baru. Kandungan Soya Non-Gmo ini mampu membuatkan kulit anda cerah, gebu dan dalam masa yang sama membantu memudarkan parut jerawat.

Nak tahu apa yang best sangat tentang esp boleh klik disini

32 KELEBIHAN DAN KHASIAT ESP SHAKLEE UNTUK SEMUA





7. Vitamin E

Ambil secara konsisten ia mampu mengurangkan risiko parut jerawat dan jeragat. Tahukah anda Vitamin E adalah anti oksidan yang terbaik terutamanya untuk kulit. Ianya dapat mencantikkan dan menampakkan wajah lebih muda dari usia.

8. Vitamin C

Sememangnya semua orang tahu yang vitamin c untuk kulit kan. Vitamin C juga bertindak sebagai kolagen ye. Apa yang menariknya Vitamin C shaklee bertindak melepaskan mengikut keperluan ke dalam tubuh secara berperingkat dalam tempoh 12jam. Untuk kesan terbaik anda digalakkan mengambil vitamin c secara konsisten.

:: Jom buat masker dengan Esp, Vitamin E dan Vitamin C...Mudahkan kan, sambil-sambil rawat dalaman, kita rawat juga yang luaran..Bila kedua-duanya seimbang baru la hasilnya Aummm..

Untuk lebih yakin jom tonton video ringkas ini bagaimana Puan Nor Farizan mengatasi masalah  jerawat dan parut beliau


Nak tahu lebih lanjut boleh hubungi saya segera!

Nur Bahirah | Wassap/Call : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com

MUDAHNYA KERJA MENGUKUS, MEMASAK, MEREBUS DENGAN PORTABLE MINI LUNCH BOX

Salam sayang untuk anda semua. Hari nie saya nak share cerita tentang Portable Mini Lunch Box yang saya beli baru-baru nie. Eksaited sungguh diriku, sampai je parcel terus menerai dengan semangat berkobar-kobar.haha

Sebelum beli Portable Mini lunch box, memang ada plan nak beli slow cooker, tapi bila kawan-kawan review tentang portable mini lunch box nie lagi best terus jatuh chenta. Harga pun lebih kurang je dengan slow cooker pulak tu Multifunctional. Sapa tak mau kan..Fuhhh senang kerja omakk.

Model Lunch box yang saya beli nie plastik dia lebih tebal berbanding model lain, dan yang best nye dapat gift 1 set sudu dan garfu bersama-sama dengan bekasnya. ^_^

Mula saya cuba, saya masak bubur nasi untuk ziyad, Alhamdulillah menjadi, Second time saya cuba steam buah, jadi jugakk..Woww nie buat mak lagi eksaited!! lepas nie mak nak try rebus telur lak..

Jadi, untuk mak-mak yang suka masak kat anak dan nak mudah dan pantas, saya cadangkan anda menggunakan mini lunch box. Pendek kata lunch box nie sangat mudah dibawa kalau nak travel jauh, ringan dan sesuai bagi mak-mak yang ada anak kecil.


Tarraaaa!!! My Portable Mini Lunch Box


PERLU SANGAT KE DEEP FREEZER UNTUK IBU MENYUSU SIMPAN STOK??

Salam sayang untuk pembaca setia entry Butik Vitamin Semulajadi.

Sebenarnya entry kali nie dah lama saya nak share, dah berkurun-kurun, makk aiii...dah nak seusia ziyad dah. Okeh back to the story. PERLU SANGAT KE DEEP FREEZER UNTUK IBU MENYUSU SIMPAN STOK?

Pada pendapat saya, sekiranya anda merancang ingin membeli deep frezer timbangkan beberapa perkara seperti :

1. Perlu kah aku membeli, penting ke nak guna?

Semasa dalam pantang stok susu saya makin bertambah dan memenuhi ruang freezer. Jadi saya fikir (waktu tu lagi sebulan lebih nak mula kerja) cukup ke ruang nak isi stok yang bakal diwujudkan dalam tempoh sebulan lebih lagi?. Barang-barang beku atau makanan basah saya mana nak letak? kalau isi stok susu sahaja.

2. Berapa banyak stok yang ada?

Saya target 500++ oz. Jadi mana mungkin peti sejuk 2 pintu muat untuk isi stok ebm saya. Kalau saya guna plastik memang senang nak susun tapi susah kalau nak buat konsep FIFO (first in first out). Kira agak memerlukan space juga la. Dengan adanya deep frezer senang nak buat labeling untuk setiap minggu dan bulan

3. Ruang

Of coz ruang deep freezer lagi luas banding dengan fridge 2 pintu. Saya pun boleh masuk. Eh beku kang..haha.

4. Harga?

Sebelum beli ada juga survey-survey kat mudah.my, tak banyak pilihan dan lokasi nak cod pulak jauh. Beli melalui mudah murah sikit. tapi yang tak berapa bestnya kita tak tahu condition dan hygiene deep frezer tu, tuan dia jaga elok ke tidak. Eh banyak songeh pulak!.Yelah nak isi stok susu kan of coz yang paling penting kebersihan. ye dak?

5. Ketahanan

Kalau nak dibezakan fridge 2 pintu dengan deep freezer, banyak!!..

Deep Freezer - Jika blackout mak tak perlu nak kecut perut, susu sudah pasti selamat! (pernah blackout hampir 10 jam, tapi saya steady je,hehe)
Fridge 2 Pintu- Ketahanan kurang dari 8jam (kemudian ebm akan mencair, nangis air mata darah mak!)
Deep Freezer -Susu tahan sehingga 6 bulan
Fridge 2 Pintu - Susu tahan sehingga 3 bulan. 

6. Keselamatan susu terjamin

Si kakak zara sangat berminat buka tutup peti, jadi saya risau ketahanan ebm saya, Jadi apabila dah ada deep freezer, saya dah tak risau keselamatan ebm dan rasa lebih selamat dan bersih tanpa berkongsi ruang dengan barang-barang yang lain.

Alhamdulillah setelah ditimbang tara beberapa kemungkinan, maka inilah hasilnya my kesayangan. Hasil menjala kat Kedai Letrik Bunga Raya saya dapat Deep Freezer 1.0 liter RM 650 selepas promosi. Harga asal 690...Syukur tercapai impian mak nak ada Deep Freezer sendiri. 


Deep Freezer kesayangan 1.0 L

Perlu buat labeling balik sebab hampir nak penuh.

Siapa nak tips rahsia buat stok susu macam saya, sila angkat tangan...dan cepat whatsapp saya...Konsultasi istimewa khas untuk custemor tersayang!!
Nur Bahirah | Wassap/Call : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com

14 TIPS HOT BUAT STOK SUSU PALING MAKSIMA SEHINGGA ANAK CAPAI UMUR 2 TAHUN

Assalamualaikum dan selamat pagi ibu-ibu semua

Untuk entry kali ni saya nak share beberapa tips mengumpul stok susu yang mudah diikuti oleh ibu-ibu terutama sekali untuk ibu yang akan kembali bekerja ^_^. Saya yakin yang semua ibu-ibu sudah memasang niat untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun. Subhanallah apabila sudah niat, malaikat pun segera mencacatkan pahala.

Tinggal lagi tindakan dan semangat bagi merealisasikan niat tersebut. Saya doakan semoga impian ibu-ibu tercapai. Jadi untuk mencapai impian mengumpul stok dan menyusu bayi sehingga 2 tahun, ibu-ibu perlu ada

1. Target.

Contoh : "Saya nak target 1000 oz stok susu sebelum masuk kerja"
             :" Saya nak stok saya ada untuk 5bulan sebelumnya"

Jadi bila ada target kita akan buat persediaan dan lebih terarah dengan tujuan. Apabila tiba waktu akan kembali bekerja. Ibu-ibu confirm tersenyum gembira tanpa ada rasa kecut perut (takut stok susu tak cukup)

2. Buat stok bermula dalam pantang

Kenapa waktu berpantang? Waktu ni anak lebih kerap menempek, kerap menyusu secara terus (direct feeding). Apabila anak kerap stimulate, maka penghasilan susu makin banyak. Ini masanya nak buat stok banyak-banyak!!

3. Kesihatan

Bagi memastikan penghasilan susu berjalan dengan lancar dan banyak, ibu-ibu haruslah memastikan tubuh dalam keadaan sihat dan cergas. Faktor kesihatan memainkan peranan yang sangat penting. Makan makanan yang berkhasiat supaya kualiti susu yang dihasilkan juga berkhasiat.

4. Ambil Vitamin

Ibu-ibu juga boleh mengambil penggalak susu seperti Alfalfa, Esp dan Ostematrik. Selain itu supplimen tambahan amat digalakkan untuk memastikan kesihatan ibu ditahap yang optimum dan tak mudah letih. Boleh juga ambil Vitalea, B-complex dan Vitamin C sebagai pelengkap.

5. Sediakan pam

Cari dan sediakan pum susu yang fleksibel, kalau boleh yang mudahkan kerja ibu-ibu mengepam..buat double pumping, ada rechargable battery, ringan, kecil dan hands free. Bergantung pada bajet si ibu. Pam yang mahal tak semestinya boleh menghasilkan susu yang banyak. Boleh guna pakcik goggle untuk buat pemilihan jenis-jenis pum yang sesuai.

6. Botol dan Plastik Simpan Susu

Terpulang kepada individu samada hendak menggunakan plastik atau botol. Yang penting ruang penyimpanan dan bajet mencukupi. Kalau guna botol sediakan jumlah botol yang secukupnya. Bagi saya kaedah penyimpanan yang paling sesuai dan mesra ruang, boleh guna plastik, lagipun kos untuk membeli plastik juga murah dan senang dikendalikan. Terpulang kepada keselesaan masing-masing.

7. Sterilizer

Sangat mudah untuk ibu bekerja dan sibuk, hanya isi botol, isi air, press dan tinggalkan ia..

Bagaimana teknik nak banyakkan stok susu ibu??



1. Berdoa

Untuk memulakan sesuatu pekerjaan kita disarankan berdoa. Dengan doa yang dipanjatkan sekurang-kurang Sang pencipta tahu niat murni kita. Insya Allah perjalanan untuk menyusukan si kecil mudah dan lancar.

2. Kerap menyusu secara terus (direct fedding)

Kerap menyusu antara faktor penyumbang kuantiti susu makin bertambah. Hisapan bayi adalah ransangan semulajadi yang terbaik untuk payudara. Apabila bayi sedang menghisap susu, secara tidak langsung bayi telah meransang payudara, maka dengan itu susu lebih mudah keluar atau lebih mudah untuk menghasilkan " Let Down Reflex (LDR)


3. Teknik Marmet

Teknik marmet amat sesuai diaplikasikan dimana-mana sahaja. Si ibu tak perlu risau sekiranya tertinggal pump. Hanya dengan menggunakan jari jemari dengan teknik yang betul, si ibu mampu mengosongkan payudara tanpa perlu pam. Cuma ibu perlu praktis make perfect, jika ibu tidak biasa ia agak sukar, namun jika sudah biasa ia merupakan teknik yang sangat mudah dan fleksibel. Selamat mencuba!

4. Double pumping 

Apabila payudara sudah penuh, teknik double pumping sangat penting supaya kedua2 payudara boleh mengeluarkan susu secara serentak dan tidak berlakunya pembaziran susu.(kalau single pumping)




5. Tandem

Gambar diatas menunjukkan, sebelah kita menyusu anak manakala sebelah lagi kita pam. Ini yang dinamakan Tandem Nursing.

Saya paling suka buat teknik ni. Bila anak merengek nak susu, saya mampu lagi kumpul stok susu. (yang penting ready segala kelengkapan mengepam, steril siap2 dan sedia diguna pada bila-bila masa)

6. Kerap mengepam 2-3jam

Apabila ibu kerap mengosongkan payudara 2-3jam (tak lebih dari itu) maka penghasilan susu akan tetap maintain mengikut demand bayi. Sediakan jadual yang sesuai supaya masa mengepam lebih teratur. contohnya sesi pagi pukul 8, sesi tengahari 11pagi dan petang pukul 2petang.

7. Power pumping

Teknik ini sesuai untuk nak banyakkan susu, nak kumpul stok susu, dan ibu yang mengalami susu 'drop' . Biasanya menggunakan kaedah


Pump 10 minit 
Rehat 10minit 
Pump 10 minit 

Ini hasil saya kumpul stok 500++ oz semasa berpantang ^_^



Awas!Jangan biarkan breast penuh baru nak mengepam ok! sekira anda kerap melakukan perkara yang sama kuantiti susu anda akan berkurangan dari semasa ke semasa...

Anda Ibu yang sayangkan anak??Jom Mula Kumpul stok!!!

Hubungi saya, khas untuk pelanggan istimewa saya, sekiranya anda membeli sebarang set menyusu anda layak mendapat ebook Tips Tambah Susu Ibu secara percuma dan bimbingan serta tips rahsia extra secara berterusan sehingga anda berjaya mengumpul stok!!!

Nur Bahirah | Wassap/Call : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...