PERLU SANGAT KE DEEP FREEZER UNTUK IBU MENYUSU SIMPAN STOK??

Salam sayang untuk pembaca setia entry Butik Vitamin Semulajadi.

Sebenarnya entry kali nie dah lama saya nak share, dah berkurun-kurun, makk aiii...dah nak seusia ziyad dah. Okeh back to the story. PERLU SANGAT KE DEEP FREEZER UNTUK IBU MENYUSU SIMPAN STOK?

Pada pendapat saya, sekiranya anda merancang ingin membeli deep frezer timbangkan beberapa perkara seperti :

1. Perlu kah aku membeli, penting ke nak guna?

Semasa dalam pantang stok susu saya makin bertambah dan memenuhi ruang freezer. Jadi saya fikir (waktu tu lagi sebulan lebih nak mula kerja) cukup ke ruang nak isi stok yang bakal diwujudkan dalam tempoh sebulan lebih lagi?. Barang-barang beku atau makanan basah saya mana nak letak? kalau isi stok susu sahaja.

2. Berapa banyak stok yang ada?

Saya target 500++ oz. Jadi mana mungkin peti sejuk 2 pintu muat untuk isi stok ebm saya. Kalau saya guna plastik memang senang nak susun tapi susah kalau nak buat konsep FIFO (first in first out). Kira agak memerlukan space juga la. Dengan adanya deep frezer senang nak buat labeling untuk setiap minggu dan bulan

3. Ruang

Of coz ruang deep freezer lagi luas banding dengan fridge 2 pintu. Saya pun boleh masuk. Eh beku kang..haha.

4. Harga?

Sebelum beli ada juga survey-survey kat mudah.my, tak banyak pilihan dan lokasi nak cod pulak jauh. Beli melalui mudah murah sikit. tapi yang tak berapa bestnya kita tak tahu condition dan hygiene deep frezer tu, tuan dia jaga elok ke tidak. Eh banyak songeh pulak!.Yelah nak isi stok susu kan of coz yang paling penting kebersihan. ye dak?

5. Ketahanan

Kalau nak dibezakan fridge 2 pintu dengan deep freezer, banyak!!..

Deep Freezer - Jika blackout mak tak perlu nak kecut perut, susu sudah pasti selamat! (pernah blackout hampir 10 jam, tapi saya steady je,hehe)
Fridge 2 Pintu- Ketahanan kurang dari 8jam (kemudian ebm akan mencair, nangis air mata darah mak!)
Deep Freezer -Susu tahan sehingga 6 bulan
Fridge 2 Pintu - Susu tahan sehingga 3 bulan. 

6. Keselamatan susu terjamin

Si kakak zara sangat berminat buka tutup peti, jadi saya risau ketahanan ebm saya, Jadi apabila dah ada deep freezer, saya dah tak risau keselamatan ebm dan rasa lebih selamat dan bersih tanpa berkongsi ruang dengan barang-barang yang lain.

Alhamdulillah setelah ditimbang tara beberapa kemungkinan, maka inilah hasilnya my kesayangan. Hasil menjala kat Kedai Letrik Bunga Raya saya dapat Deep Freezer 1.0 liter RM 650 selepas promosi. Harga asal 690...Syukur tercapai impian mak nak ada Deep Freezer sendiri. 


Deep Freezer kesayangan 1.0 L

Perlu buat labeling balik sebab hampir nak penuh.

Siapa nak tips rahsia buat stok susu macam saya, sila angkat tangan...dan cepat whatsapp saya...Konsultasi istimewa khas untuk custemor tersayang!!
Nur Bahirah | Wassap/Call : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...