14 TIPS HOT BUAT STOK SUSU PALING MAKSIMA SEHINGGA ANAK CAPAI UMUR 2 TAHUN

Assalamualaikum dan selamat pagi ibu-ibu semua

Untuk entry kali ni saya nak share beberapa tips mengumpul stok susu yang mudah diikuti oleh ibu-ibu terutama sekali untuk ibu yang akan kembali bekerja ^_^. Saya yakin yang semua ibu-ibu sudah memasang niat untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun. Subhanallah apabila sudah niat, malaikat pun segera mencacatkan pahala.

Tinggal lagi tindakan dan semangat bagi merealisasikan niat tersebut. Saya doakan semoga impian ibu-ibu tercapai. Jadi untuk mencapai impian mengumpul stok dan menyusu bayi sehingga 2 tahun, ibu-ibu perlu ada

1. Target.

Contoh : "Saya nak target 1000 oz stok susu sebelum masuk kerja"
             :" Saya nak stok saya ada untuk 5bulan sebelumnya"

Jadi bila ada target kita akan buat persediaan dan lebih terarah dengan tujuan. Apabila tiba waktu akan kembali bekerja. Ibu-ibu confirm tersenyum gembira tanpa ada rasa kecut perut (takut stok susu tak cukup)

2. Buat stok bermula dalam pantang

Kenapa waktu berpantang? Waktu ni anak lebih kerap menempek, kerap menyusu secara terus (direct feeding). Apabila anak kerap stimulate, maka penghasilan susu makin banyak. Ini masanya nak buat stok banyak-banyak!!

3. Kesihatan

Bagi memastikan penghasilan susu berjalan dengan lancar dan banyak, ibu-ibu haruslah memastikan tubuh dalam keadaan sihat dan cergas. Faktor kesihatan memainkan peranan yang sangat penting. Makan makanan yang berkhasiat supaya kualiti susu yang dihasilkan juga berkhasiat.

4. Ambil Vitamin

Ibu-ibu juga boleh mengambil penggalak susu seperti Alfalfa, Esp dan Ostematrik. Selain itu supplimen tambahan amat digalakkan untuk memastikan kesihatan ibu ditahap yang optimum dan tak mudah letih. Boleh juga ambil Vitalea, B-complex dan Vitamin C sebagai pelengkap.

5. Sediakan pam

Cari dan sediakan pum susu yang fleksibel, kalau boleh yang mudahkan kerja ibu-ibu mengepam..buat double pumping, ada rechargable battery, ringan, kecil dan hands free. Bergantung pada bajet si ibu. Pam yang mahal tak semestinya boleh menghasilkan susu yang banyak. Boleh guna pakcik goggle untuk buat pemilihan jenis-jenis pum yang sesuai.

6. Botol dan Plastik Simpan Susu

Terpulang kepada individu samada hendak menggunakan plastik atau botol. Yang penting ruang penyimpanan dan bajet mencukupi. Kalau guna botol sediakan jumlah botol yang secukupnya. Bagi saya kaedah penyimpanan yang paling sesuai dan mesra ruang, boleh guna plastik, lagipun kos untuk membeli plastik juga murah dan senang dikendalikan. Terpulang kepada keselesaan masing-masing.

7. Sterilizer

Sangat mudah untuk ibu bekerja dan sibuk, hanya isi botol, isi air, press dan tinggalkan ia..

Bagaimana teknik nak banyakkan stok susu ibu??



1. Berdoa

Untuk memulakan sesuatu pekerjaan kita disarankan berdoa. Dengan doa yang dipanjatkan sekurang-kurang Sang pencipta tahu niat murni kita. Insya Allah perjalanan untuk menyusukan si kecil mudah dan lancar.

2. Kerap menyusu secara terus (direct fedding)

Kerap menyusu antara faktor penyumbang kuantiti susu makin bertambah. Hisapan bayi adalah ransangan semulajadi yang terbaik untuk payudara. Apabila bayi sedang menghisap susu, secara tidak langsung bayi telah meransang payudara, maka dengan itu susu lebih mudah keluar atau lebih mudah untuk menghasilkan " Let Down Reflex (LDR)


3. Teknik Marmet

Teknik marmet amat sesuai diaplikasikan dimana-mana sahaja. Si ibu tak perlu risau sekiranya tertinggal pump. Hanya dengan menggunakan jari jemari dengan teknik yang betul, si ibu mampu mengosongkan payudara tanpa perlu pam. Cuma ibu perlu praktis make perfect, jika ibu tidak biasa ia agak sukar, namun jika sudah biasa ia merupakan teknik yang sangat mudah dan fleksibel. Selamat mencuba!

4. Double pumping 

Apabila payudara sudah penuh, teknik double pumping sangat penting supaya kedua2 payudara boleh mengeluarkan susu secara serentak dan tidak berlakunya pembaziran susu.(kalau single pumping)




5. Tandem

Gambar diatas menunjukkan, sebelah kita menyusu anak manakala sebelah lagi kita pam. Ini yang dinamakan Tandem Nursing.

Saya paling suka buat teknik ni. Bila anak merengek nak susu, saya mampu lagi kumpul stok susu. (yang penting ready segala kelengkapan mengepam, steril siap2 dan sedia diguna pada bila-bila masa)

6. Kerap mengepam 2-3jam

Apabila ibu kerap mengosongkan payudara 2-3jam (tak lebih dari itu) maka penghasilan susu akan tetap maintain mengikut demand bayi. Sediakan jadual yang sesuai supaya masa mengepam lebih teratur. contohnya sesi pagi pukul 8, sesi tengahari 11pagi dan petang pukul 2petang.

7. Power pumping

Teknik ini sesuai untuk nak banyakkan susu, nak kumpul stok susu, dan ibu yang mengalami susu 'drop' . Biasanya menggunakan kaedah


Pump 10 minit 
Rehat 10minit 
Pump 10 minit 

Ini hasil saya kumpul stok 500++ oz semasa berpantang ^_^



Awas!Jangan biarkan breast penuh baru nak mengepam ok! sekira anda kerap melakukan perkara yang sama kuantiti susu anda akan berkurangan dari semasa ke semasa...

Anda Ibu yang sayangkan anak??Jom Mula Kumpul stok!!!

Hubungi saya, khas untuk pelanggan istimewa saya, sekiranya anda membeli sebarang set menyusu anda layak mendapat ebook Tips Tambah Susu Ibu secara percuma dan bimbingan serta tips rahsia extra secara berterusan sehingga anda berjaya mengumpul stok!!!

Nur Bahirah | Wassap/Call : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...