KENALI SIMPTOM, DAN RAWATAN UNTUK PENYAKIT ANEMIA

Kurang sel darah merah (hemoglobin) yang sihat dipanggil anemia. Sel darah merah adalah sel darah utama selain dari sel darah putih dan platlet. Fungsi sel darah merah adalah membawa oksigen ke tisu badan. Apabila sel darah merah kurang maka bekalan oksigen tidak sampai ke tisu badan, seterusnya mengakibat fungsi tisu terganggu atau berkemungkinan tisu itu mati dan tidak berfungsi.


Tidak semua pesakit anemia mengalami simptom yang sama, ianya berbeza mengikut individu serta punca kekurangannya, malahan ada yang tidak mengalami simptom lansung.

Simptom-simptom anemia

1.Rasa letih setiap masa
2.Lemah anggota badan
3.Kelesuan
4.Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
5.Pucat
6.Kurang daya ingatan dan tumpuan
7.Pening
8.Loya
9.Muntah
10. Rasa nak pengsan
11. Berpeluh

Paras hemoglobin
Lelaki - kurang dari 130 - 140 g/L (13-14g/dL)
perempuan - kurang dari 120 - 130 g/L (12-13g/dL)
Kanak-kanak - kurang dari 110 g/L (11g/dL)

Awas, jika paras darah merah sangat rendah, pesakit boleh mengalami sesak nafas, jantung berdebar dan sakit dada.
Ini kerana jantung terpaksa mengepam dengan lebih daripada biasa. Kenapa?? sebab jumlah oksigen tidak mencukupi.

Punca-punca anemia

1. Kekurangan zat besi
2. Peningkatan keperluan zat besi, dimana paras penyerapan zat besi kurang.
3. Kurang vitamin b12
4. Kurang asid folik
5. Kehilangan banyak darah melebihi 500ml disebabkan kemalangan, atau semasa pembedahan
6. Kehilangan darah secara kronik ketika kedatangan haid
7. Kerosakkan sum-sum, seperti kanser darah, penyakit sum-sum
8. Thalasemia


Rawatan

1. Makan makanan kaya dengan zat besi
2. Makan mengikut piramid makanan Malaysia
3. Ambil suppliment yang mengandungi iron, asid folik, b12 dan vitamin c


Sekiranya keadaan berlarutan, segera berjumpa dengan doktor dan lakukan rawatan atau ujian bagi mengesahkan dan mengenalpasti punca sebenar anemia terjadi.

Hubungi Saya untuk dapatkan tempahan, tawaran menarik  dan pembelian produk Shaklee dan konsultasi terbaik dan percuma pada bila-bila masa.

Nur Bahirah | Wassap/Call : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...