MASAK LEMAK CILI PADI IKAN KEMBUNG VERSI NEGERI SEMBILAN

Fulamak, dengar tajuk je mcm dah meleleh air liur, ditambah pulak time2 hujan nie perut berkeroncong je lapor. Masak lemak cili padi ikan kembung nie kalo siap ngan nasi panas2, helammekk, malas nak cakap la..memang terangkat abis...mak mentua lalu belakang pun xsedar..hehe..

So saya pn xnak bebel banyak, memandangkan perut pon tengah lapor nie, jom kita tengok bahan-bahan untuk Resepi Masak Lemak Cili Padi Ikan Kembung Versi Negeri Sembilan.

4 Ekor Ikan kembung
10 Tangkai Cili Padi (Kalo korang nak sampai berasap telinga boleh tambah lagi..hehe)
Kunyit Hidup
Daun Kunyit (dihiris)
Santan cair
Santan Pekat
3 Ulas Bawang Merah
2 Ulas Bawang Putih
1 Batang Serai (diketuk
2 Biji Tomato (Potong 4) 
Garam secukup rasa

Cara-Cara

1. Satu kan semua bahan seperti bawang, cili padi, kunyit hidup...tumbuk sampai lumat.
2. Masuk bahan yang ditumbuk tadi kedalam periuk sehingga mendidih,
3. Masuk kan santan cair, Ikan....biar ..jgn kaco kang ikan hancur...
4. Masuk kan serai, santan pekat, daun kunyit dan tomato, kacau pelahan sehingga masak, jgn sampai mendidih ye! t xcantek plak masak lemak dah pecah minyak...last skali letak garam secukupnya
5. Ready to ngappp dengan nasi panas2...yummehhh!!


MASAK LEMAK CILI PADI IKAN KEMBUNG VERSI NEGERI SEMBILAN
Ini la hasilnya, sampai x nyempat2 isi dalam mangkuk, 
..dalam kuali pun snap pic..huhu

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...