11 PANDUAN WAJIB IBU TAHU SEBELUM BELI PAM SUPAYA TAK MENYESAL DIKEMUDIAN HARI

11 Panduan Wajib Ibu Tahu Sebelum Beli Pam Supaya Tak Menyesal Dikemudian Hari

Lumrah setiap ibu hamil dan bakal melahirkan bayi, mempunyai niat murni untuk memberi susu ibu secara eksklusif. Namun ada juga ibu-ibu bimbang yang adakah niat mereka akan tercapai untuk menyusukan anak sehingga 2tahun. Biasanya kerunsingan ini berlaku kepada ibu yang akan kembali bekerja. 

Pam mana yang sesuai ye?
Brand apa yang bagus ye?
Berapa harga pam? Mahal ke tak?

Jadi bermula dari saat ini, ibu-ibu tak perlu risau lagi tentang persoalan-persoalan yang membelenggu fikiran. Berikut ada beberapa tips dan panduan yang perlu ibu-ibu tahu sebelum membeli pam susu.

1. Bajet

Bajet menjadi faktor utama untuk membeli sesuatu supaya sesuai dengan kemampuan. Namun perlu diingatkan pam yang mahal tidak semestinya bagus. Apa yang penting, ibu perlu kerap mengepam dan mengosongkan payudara.

Tips : Sebelum membeli, survey terlebih dahulu harga pam, sebaiknya beli semasa promosi diadakan. 

2. Jenis

Terdapat 4 jenis pam dipasaran kini, iaitu jenis : 

1. Manual 
2. Kuasa Bateri 
3. Elektrik
4. Elektrik + Bateri

3. Keselesaan 

Aspek keselesaan paling penting untuk dititikberatkan. Pastikan, corong pam yang dipilih boleh melekap dengan baik ke payu dara. Ada corong yang bersilicon dan kesemuanya plastik. Corong silicon lebih lembut berbanding corong plastik.

Harus diingatkan setiap ibu mempunyai saiz puting dam saiz payudara yang berbeza-beza. Jadi ibu yang mempunyai puting yang sensitif lebih sesuai memerlukan corong yang silicon serta daya sedutan yang lembut.


4. Daya tahan

Pilih pam yang tahan lasak kerana ianya boleh digunakan untuk jangka masa panjang. Jadi ibu tak perlu beli berulang kali dan penjimatan dapat dilakukan. "Alah membeli menang memakai". Nasihat saya dapatkan pam yang memiliki motor yang mampu bertahan untuk sesi mengepam yang kerap.

Tips : Rujuk dan tanya pendapat jurujual tentang kelebihan setiap pam.

5. Daya Hisapan

Pilih pam yang mempunyai ciri hisapan sama seperti bayi menyusu. Dengan ini dapat membantu ibu mengeluarkan susu dengan lebih lancar. Malah ia juga membuatkan ibu selesa dan tidak menyakitkan.

6. Bunyi

Pam yang menghasilkan bunyi perlahan dan senyap harus dipertimbangkan. Ianya sangat sesuai untuk ibu mengepam atau mengumpul stok susu tanpa diketahui ramai. Aspek ini juga penting untuk ibu apabila perlu bekerja atau berada dalam suasana meeting.

7. Alat Ganti

Pastikan ibu memilih pam yang mempunyai alat ganti yang mudah didapati dipasaran, sekiranya ada mana-mana bahagian pam rosak atau hilang. Dan adalah penting membeli pam yang ada jaminan.

8. Mobiliti

Untuk ibu yang bekerja saya saranankan memilih pam yang jenis fleksibel untuk dibawa kemana-mana tak kira sewaktu bertugas atau diluar pejabat.

9. Single atau Double?

Pilih pam yang boleh mengepam secara double (berganda). Ia bagus untuk ibu mengepam kedua-dua belah payudara serentak, menjimatkan masa dan tidak berlaku pembaziran susu ibu jika menggunakan single pumping.

10. Jenama

Terdapat pelbagai jenis jenama dipasaran kini, antaranya Medela, Avent, Spectra, Eve Love, Nuby, Tommi Tippee, Ameda, Pureen, Snow bear dan banyak lagi.

11. Saiz dan Berat

Saiz dan berat setiap jenama pam adalah berbeza. Ada yang ringan, berat, kecil dan besar. Pilih pam yang anda selesa dan mudah untuk dikendalikan tak kira dimana anda berada.

Tips : Tanya dan rujuk kepada yang pakar dan berpengalaman sebelum membeli pam, supaya ia benar-benar sesuai dan memenuhi keperluan dan bajet anda.


Ingin dapatkan Tips Hot Buat Stok Susu Paling Maksima??

Nak Milk Booster yang semulajadi dan selamat...boleh hubungi saya :


Nur Bahirah | Wassap/Call : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...