CINCH TEA SHAKLEE TEH PILIHAN ANDA

Assalamualaikum

Selamat pagi semua, saya doakan anda sihat, kaya dan berjaya di dunia dan akhirat.

Alhamdulillah pagi ini saya dapat merasai 1 lagi produk shaklee yang super awesome iaitu Cinch Energy Tea Mix. Memandangkan saya bukan lah peminat tegar teh, jadi saya tak la excited sangat nak cuba dan dalam masa yang sama juga saya menyusukan ziyad sepenuhnya.

Jadi pengambilan kafein dalam diet harian harus juga dikawal, sebab takut terkesan pada kuantiti dan kualiti susu. Boleh dibilang dengan jari saya minum teh dalam sebulan, itu pun sekadar tumpang2 minum air teh suami.hehe..nak dibancuh untuk diri sendiri memang tak la..^_^



Berbeza dengan Cinch Tea yang saya cuba pagi ini, saya hanya ambil satu sachet dan ditambah dengan 250ml air panas (sebagai percubaan pertama). Rata-rata saya dengar dari kawan2 yang minum, Cinch tea memberi tenaga semulajadi, mata tak mengantuk dan bantu untuk kecergasan tubuh.

Ya, ianya memang tepat sekali, saya dah rasai ketiga2 kesan tersebut selepas minum 1mug pagi tadi. Saya bangun seawal 3 pagi dan sehingga ke saat saya menulis entry ini, mata tidak mengantuk lansung. Berbeza sangat dengan sebelum ini.

40 WAKTU TERBAIK BERDOA DAN DIMAKBULKAN

Assalamualaikum..

Ketahuilah yang berdoa merupakan satu pergantungan harapan agar Allah SWT sentiasa memberi perlindungan kepada kita dalam setiap gerak kerja kita.

Nu'man Ibn basyir meriwayatkan daripada Nabi SAW : " Doa itu adalah ibadah"

Dan Firman Allah SWT bermaksud :

"Berdoalah nescaya Aku perkenankan untukmu" (Surah al-Ghafir 60)

Tiada had untuk kita berdoa tapi sebelum berdoa terdapat Adab Ketika Berdoa yang harus diketahui :

  • Dalam keadaan BERWUDUK
  • MENUTUP AURAT
  • Menghadap ke KIBLAT
  • Dalam keadaan KHUSYUK dan TAWADUK
  • Tidak TERGESA-GESA
  • BERISTIQFAR (bertaubat sebelum berdoa)
  • Dimulai dengan MEMUJI KEBESARAN ALLAH (berzikir)
  • BERSELAWAT ke atas Baginda Rasulullah SAW
  • Menbaca doa itu dengan PENUH HARAPAN akan DIKABULKAN
  • MENGANGKAT KEDUA-DUA TANGAN sehingga ke paras bahu (seperti yang dibuat oleh Nabi SAW
  • Berdoa dengan SUARA PERLAHAN
  • Diakhiri dengan SELAWAT dan SALAM
  • Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa atau memutuskan Silaturahim



Berdoa boleh dilakukan pada bila2 masa. Walaubagaimanapun terdapat waktu-waktu tertentu yang lebih mustajab sebagaimana disarankan oleh Rasulullah SAW sendiri.


Waktu Mustajab Berdoa
  1. Waktu pagi Sebelum Terbit matahari dan setelah Selesai Menunaikan Solat Subuh
  2. Tiap-tiap selepas Solat Fardhu Lima Waktu
  3. Antara Solat Zuhur, Asar dan Maghrib
  4. Antara Azan dan Iqamah atau selepasnya
  5. Ketika Bangun Tidur
  6. Selepas membaca Tasyahud akhir sebelum salam
  7. Ketika Masuk dan Keluar Masjid
  8. Antara takbir Solat Hari Raya
  9. Dalam Khutbah Jumaat, Khutbah Hari Raya dan Khutbah Nikah
  10. Ketika menziarahi Makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi
  11. Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting
  12. Ketika membaca Qunut bagi Solat Subuh dan lain-lain
  13. Tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran
  14. Ketika ditimpa Kesulitan, Gundah Gulana dan Resah Gelisah
  15. Ketika berjumpa dengan Sanak Saudara dan Sahabat Handai yang lama terpisah
  16. Ketika Hujan Turun
  17. Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya
  18. Sepanjang malam, terutama sepertiga yang terakhir dan waktu makan sahur
  19. Ketika Khatam Al-Quran 30 juzuk
  20. Ketika Sujud dalam solat khususnya pada Sujud Terakhir atau di luar solat
  21. Ketika berbaris (jalan bersama) menuju ke medan perang
  22. Dalam pertempuran di Medan Perang
  23. Ketika sedang membaca Al-Quran
  24. Setelah tamat membaca Al-Quran
  25. Ketika minum air Zamzam
  26. Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama
  27. Ketika menutup mata orang yang telah mati
  28. Pada Waktu berkumpul untuk berzikir ( menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid, dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari Al-Quran atau berada dalam majlis2 Ilmu)
  29. Sesudah Wuduk
  30. Ketika orang mengucapkan Iqamat
  31. Ketika Orang Azan untuk solat
  32. Malam Qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan)
  33. Pada hari Arafah (9 Zulhijjah ketika jemaah Haji wuquf di Arafah
  34. Pada Bulan Ramadhan
  35. Pada malam jumaat
  36. Pada Hari Jumaat
  37. Waktu berjumaat, lebih2 lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam
  38. Seperdua malam yang kedua (selepas jam 12 malam)
  39. Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)
  40. Sepertiga malam yang terakhir (selepas jam 2 pagi)
Berdoa merupakan amalan penting yang dapat menghubungkan insan dengan Allah SWT sebagai penyelesaian segala masalah rohani dan jasmani, pelerai kesulitan dunia dan akhirat.

Allah SWT berfirman : Dan apabila hamba-ku bertanya kepadamu mengenai-ku, sesungguhnya aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila berdoa kepada-ku

(Surah Al-Baqarah : 186)


Nur 012-5763744
id : 908782

7 PERBEZAAN ANTARA UBAT DAN VITAMIN YANG ORANG SALAH ANGGAP

Assalamualaikum..

Rata2 dari kita beranggapan yang Ubat adalah Vitamin (supliment), Vitamin adalah Ubat. Sebenarnya Ubat adalah Ubat, manakala vitamin adalah Vitamin. Kedua2nya mempunyai ciri yang berbeza, maksud yang berbeza, bahan2 yang berbeza dan kesannya juga berbeza


Ubat
Ubat adalah bahan kimia atau dadah yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit.

Vitamin
Bahan Organik yang sangat diperlukan oleh badan dalam jumlah yang kecil. Vitamin diperlukan untuk pertumbuhan yang normal, perngawalan kesihatan dan pencegahan penyakit.

Tips : Vitamin ada 2 jenis 

1. Vitamin Semulajadi (terdiri dari bahan2 asli tanpa diolah secara kimia)
2. Vitamin Sintetik (hampir menyerupai vitamin semulajadi tetapi ianya terdiri dari bahan tiruan yang ditambah dengan bahan kimia supaya kesannya lebih cepat) Ini lebih merbahaya!!!

Korang tau tak??
Mengambil makanan tambahan yang salah adalah lebih buruk daripada tidak mengambil apa2 makanan tambahan

PENGEDAR SHAKLEE TAIPING PALING PANTAS DAN TANGKAS

Assalamualaikum Uolss..

Anda Orang Taiping, Changkat Jering, Simpang, Batu Kurau, Kamunting dan kawasan sekitarnya. Ingin dapatkan Vitamin Shaklee atau apa2 produk shaklee dengan kadar segera, mudah dan pantas!! Boleh hubungi saya pada bila2 masa.

" I'm your Taiping Shaklee Independent Distributor "

Kini anda tak perlu bersusah payah lagi walk in untuk buat pembelian di Branch berhampiran. Saya adalah wakil/ pengedar shaklee sah paling terhampir dengan anda.

7 TIPS AMALAN BERPANTANG YANG BETUL TANPA ORANG TUA DISISI

Assalamualaikum mommies

Tahniah saya ucapkan kepada ibu yang baru melahirkan buat kali pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Apabila melangkah ke fasa yang baru sudah tentu ia lebih mencabar berbanding sebelumnya.

Amalan tempoh berpantang selama 44 hari sangat digalakkan malah ada juga yang meneruskan sehingga 100 hari. Terpulang kepada selera masing2 kerana tempoh berpantang penting untuk mengembalikan tenaga dan memulihkan diri kerana sewaktu melahirkan baby, si ibu banyak kehilangan darah dan ini membuatkan dirinya 'sejuk'

50 Fakta Menarik tentang Gula Yang Perlu Diberi Perhatian

Gula adalah bahan utama penyumbang kepada masalah kesihatan. Gula tidak memberikan apa2 nutrien malah membantu melenyapkan  nutrien dalam tubuh. 

Tanpa kita sedari setiap hari kita,anak-anak termasuk keluarga kita telah mengambil kuantiti gula yang tinggi seperti gula-gula, aiskrim, minuman dalam kotak, dan makanan2 lain tanpa had. Bukan sahaja gula malah MSG juga. Stuju tak?

E-BOOK TIPS TAMBAH SUSU IBU BANTU SUSU KEMBALI BANYAK

Assalamualaikum wbt

Dunia penyusuan adalah sangat mencabar. Pentingnya ilmu tentang penyusuan untuk ibu yang berhasrat ingin menyusukan anak sepenuhnya.

Tanpa ilmu yang lengkap bagaimana hendak menjayakan hasrat murni ini. Terutamanya bagi ibu yang bekerjaya.

PROMOSI HARGA VITAMIN E SHAKLEE YANG TAK MASUK AKAL SEMPENA OKTOBER 2015

Assalamualaikum

Alhamdulillah, bulan oktober tahun 2015 Shaklee ada buat promosi Vitamin E Khas untuk pengguna tegar vitamin Cinta ini.

Beli 2 Botol dapat 50% diskaun. Ya...50%... bukan 5% taw

Secara automatik anda hanya perlu bayar RM 157.94 dan bukan pada harga asal iaitu RM 315.88...

JEREBU SEMAKIN TERUK, APA TINDAKAN ANDA??

Kasihan anak-anak kecil saya, zara dan ziyad, sudah berminggu2 berjanji dengan mereka untuk buat aktiviti outdoor bersama2. Tapi masih belum kesampaian akibat fenomena jerebu yang semakin teruk melanda.

Saya yakin yang situasi anda juga sama seperti saya. Sebagai ibu bapa kesihatan anak2 perlu lebih diutamakan, terutama apabila fenomena seperti ini berlaku. Terbaru sekolah terpaksa ditutup akibat paras IPU ditahap bahaya.


5 BAHAN ASAS SUSU IBU KUATKAN SISTEM IMUN BAYI

Setiap ibu yang hamil adalah istimewa kerana Allah swt telah mengurniakan mereka naluri seorang ibu dan juga susu badan secara semulajadi. Yang istimewanya, ada diantara mereka pada usia kandungan mencecah 7 bulan sudah mengeluarkan Kolostrum. Iaitu cecair putih yang pekat.

Kolostrum ini lah paling terbaik diperlukan disaat bayi dilahirkan ke dunia. Saya pula tidak merasai kolostrum di peringkat kehamilan, tetapi disaat anak dilahirkan secara semulajadi kolostrum ada. Tapi usah ibu-ibu risau yang susu ada atau tak ada, susu sikit atau banyak.

Apa yang saya tanamkan dalam fikiran "Semua ibu yang melahirkan, pasti ada susu badan". Susu banyak atau sikit, semuanya bergantung pada hasil usaha, pemakanan, tawakal dan berdoa.

ANGGUR MUSCADINE PILIHAN TERBAIK UNTUK PENYAKIT KRONIK

Assalamualaikum
ANGGUR MUSCADINE PILIHAN TERBAIK UNTUK PENYAKIT KRONIK

Korang pernah tahu tak tentang hebatnya salah satu ciptaan Allah swt iaitu buah Anggur. Kenapa saya kata hebat?? Walaupun kecil tapi punyai khasiat yang tinggi berbanding buah-buah yang lain. 

Seperti mana yang anda tahu anggur juga adalah salah satu makanan minda! Ya, anda stuju? Kismis asalnya dari anggur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...