BASIC H - PENCUCI SELAMAT, TIDAK BERTOKSIK DAN TANPA BAHAN KIMIA

Basic H merupakan bahan pencuci yang pertama yang dikeluarkan oleh Shaklee Sdn Bhd sekitar tahun 1960an lagi. ianya merupakan bahan pencuci biodegradasi, tidak bertoksik dan tidak mencemarkan alam yang pertama didunia.

Pencuci Basic H boleh dikatakan sebagai pencuci yang selamat digunakan dan serbaguna. Kenapa serbaguna?...Banyak Manfaat dan Kelebihan Basic H ianya sesuai untuk....

1. Perabot
2. Permukaan Dinding
3. Permukaan Dapur, Lantai Jubin
4. Peralatan
5. Periuk, besen, pinggan, mangkuk
6. Tingkap, cermin
7. Perkakas
8. Benda-benda yang diperbuat daripada kayu

1 botol Basic H mengandungi 16 auns cecair yang mempunyai kepekatan yang tinggi dan dapat menghasilkan 48 gelen bancuhan apabila bercampur dengan air, mampu memberi kesan perbersihan yang berkuasa, selamat dan berkesan.

Cara Penggunaan

1. Untuk pembersihan dapur, perabot, dinding, jubin bilik mandi - campurkan 1/4 sudu teh dengan 16 auns air
2. Tingkap dan cermin - campurkan 1-2 titik ke 16 auns air
3. Lantai - campurkan 1 sudu teh dengan segelen air
4. Periuk, besen, dan pinggan - campurkan 1/2 sudu teh bersama 16 auns air
5. Kain, nilon, fabrik berkualiti tinggi - 1/2 sudu teh bersama sebesen air suam

Tahukah anda ??
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan. 
**Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.**

Perbezaan Shaklee
Selamat
- Tidak Bertoksik
- Tanpa Gas beracun
- Tanpa Bahan Kimia yang berbahaya
- Tanpa Bahan Pewangi
- Lembut di Tangan
- pH seimbang
- Tanpa Klorin

Berkesan
- Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
- Kepekatan berganda - 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
- 2 Kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Mesra Alam
- Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
- Biorosot
- Tanpa fosfat
- Bungkusan yang boleh kitar semula
- Tanpa bahan pewarna
- Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

p/s : Harga Basic H adalah sangat berpatutan iaitu RM 46 sahaja...


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit


Hubungi Saya untuk dapatkan tempahan, tawaran menarik  dan pembelian produk Shaklee dan konsultasi terbaik dan percuma pada bila-bila masa.

Nur Bahirah | Hp : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com




RINGKAS, MUDAH, CEPAT DAN ENAK DENGAN PES MEE BANDUNG MELETOPS..

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak mak buyong merasa nak makan mee bandung meletops (versi muar johor). Tapi mak buyong kena tunggu encik usben balik dulu (bertugas di kajang), masak makan sama2 baru best..hewhew...bukan susah pun nak masak, semudah abc je, sbb pes mee bandung meletops dan tersedia cuma add on dengan bahan-bahan seperti daging, mee kuning, sawi, telur, tauhu, kacang (if korang nak tambah lagi) tapi dlm pes complete dgn kacang bagai.

Mudahnye nak sediakan, pulak tu pes nie sangat sesuai untuk ibu yang sibuk bekerja, tetapi masih lagi sempat untuk menyediakan juadah untuk anak dan suami. Sangat menjimatkan masa!!...Macam saya juga.hehe..Jom kita tengok hasil saya masak..hihi..1st skali saya ketuk2 bawang putih n tumis (letak sikit je minyak)...agak dah wangi..masukkan pes mee bandung meletops (terpulang kat korang nak buat sepinggan2 ka atau nak masak semua skali (so ramai la yg boleh makan) mcm saya 3 anak branak je, so masak sikit je la...opsss terbebel plak...sambung balik..opss lupa lagi..sebelum korang tumis pes tu..makesure daging dah rebus siap2...okeh! bila dah pes dh tumis masukkan air rebusan daging tadi, bila dah masak masukkan tauhu, sawi telur n last mee kuning..Tadaaaa!!!dah siapp...



16 SEBAB KENAPA SAYA NAK JADI AHLI DAN BUAT BISNES SHAKLEE

Asssalamualaikum, Salam sejahtera, salam sayang buat anda2 diluar sana. So jom kita mulakan entry dengan bismillahirrahmanirahim agar lebih keberkatan dari Nya. Orite!! entry kali nie sya lebih suka nak share dari hati ke hati sebab kenapa saya join jadi ahli shaklee dan dalam masa yang sama saya mula terjebak dengan bisnes shaklee ini yang super hebat nie.

Meh saya xplain one by one :

1. Saya bukanlah lahir dari keluarga yang kaya raya atau orang senang yang hanya duduk dan goyang kaki minta duit bila nak beli itu ini (tidak menyalahkan takdir, tapi sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang sederhana yang sentiasa memberi sokongan x berbelah bagi). Syukur juga masih diberi kesempatan dan peluang untuk terus berusaha mencapai apa yang diingini tanpa megharapkan bantuan orang lain. Teringat baru2 nie ada terbaca status Master Cerry "Roger Barnett (Ceo Shaklee) berasal dari keluarga kaya, mmg dari kecil apa nak dapat..tapi ayah dia ajar kekayaan ni tak dibina dalam satu hari tapi ambil masa yg panjang.."


2. Saya juga lebih suka mempelajari sesuatu yang baru, menambahkan ilmu dari segala segi aspek terutamanya ilmu tentang kesihatan dan perubatan dan melebarkan sayap membantu, berkongsi  dengan orang lain tentang kelebihan dan khasiat vitamin2 shaklee.

3. Kalo dulu hanya tau yang basic2 saja..means sekarang dah tau kegunaan blog untuk apa?? Fb untuk apa??hoosuite untuk apa?? dan banyak lagi teknik-teknik pemasaran yang kita boleh gunakan untuk mengetengahkan dan memasarkan produk2 kita.

4. Saya nak jadi macam Master2 lain yang berjaya, antara target saya yang paling besar saya mahu berhenti kerja dan menjadi full time house wife, jaga anak sendiri, bebas bergerak kesana sini, punya waktu sendiri tanpa terikat dengan sape2, nak pergi holiday anytime dan banyak lagi, kalo nak senarai mmg bnyak impian..Ahaks..sape xnak kan mcm tu!! jeles ai tgk master2 yang dh berjaya n paling saya respek. kebanyakan daripada master2 nie memegang jawatan yg terpenting dlm agensi @ syarikat besar2, namun mengambil keputusan berhenti kerja untuk meneruskan bisnes shaklee yang lebih berkali ganda income dari gaji bulan2 diaorg. Mantap!!Saya respek n tabik spring..mereka2 ini la idola sya.

5. Bila dah join baru tahu, sebelum join mmg zero xtaw,,yela kan!apa2 pun kalo xkenal maka x chenta..uhuk2..erm apa yang paling best  bila sya dlm group Euphoria, rasa perubahan yang lebih baik dari sebelumnya..Kenapa?? kami diterapkan dengan nilai2 dan amalan kerohanian (iaitu mendekatkan diri dengan yang Maha Esa) sbb sya percaya yang rezeki dan segala segi bentuk pertolongan dan kemudahan hanya dari Nya. Dan saya rasa buat masa nie xde lagi sya jumpa bisnes mlm yang semantap nie (bukan nak puji tapi kenyataan..hehe)

6. Sebelum nie mmg diakui saya kurang membaca (sah memang pemalas..haha).kalo membaca pun sbb nak tahu apa yang perlu je (teruknya hang nie bahir)..tapi persepsi trus berubah bila dah join bisnes nie, semua benda kena ambil tahu (means bukan ambil tahu hal org ye,,itu mmg saya xminat langsung..huhu)..so bila ahli2 group diskus bab2 itu ini xde lopong n jadi katak bawah tempurung kan!!..Nak join bisnes nie kena kuat, x semua benda upline akan suap, misti kreatif dan usaha lebih untuk berjaya.

Apa Kelebihan Shaklee  tawarkan....

7. Yuran keahlian rm75 yang sangat rendah dan mampu disertai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira apa pn latarbelakang. @ sekiranya pembelian anda melebihi 200 uv atau Rm660 atau 2 botol vivix atau 3 kotak kolagen...anda layak mendapat keahlian secara percuma..best tak2..kompom best la kan! bisnes yang berisiko rendah atau hampir tiada risiko. Yuran keahlian plak xperlu nak renew2 tiap tahun..sekali je seumur hidup korang bayar..rugi ke korang bayar???manyak untung maa!!

8. Bukan itu saja! anda juga akan menikmati pelbagai kelebihan seperti bonus, cash money, car bonus, percutian seperti international trip/umrah, national/global conference, national trip....dan pelbagai lagi aktiviti2 menarik...

9. If korang dah sertai ahli, korang x perlu pening2..nak buat sales bagai, korang rasa nak makan sendiri pn boleh nak buat bisnes pun boleh..tiada paksaan. then boleh kongsi dengan ahli keluarga n secara x langsung dapat kumpul uv dan pihak shaklee akan menukarkan point uv kepada cashback..huhu...syoknya!!

10. Sangat2 enjoy dengan bisnes shaklee sbb tiada had waktu yang ditetapkan (bila2 yang korang rasa senang, xkira tengah malam ke, waktu pagi ke, korang tengah best holiday ngan family ke apa2 la yang nak buat (pendek kata bleh buat ikut suka korang)haha..semua nya dihujung jari..memandangkan sekarang dah ada sistem online..so xpayah nak susah2 hati nak p terjah branch bagai..mudahkan!!

11. Sistem mlm yang ditawarkan shaklee tidak menindas orang bawah, dimana upline dan downline perlu berusaha bersama2, bermaksud jika upline goyang kaki tapi downline je berusaha lebih, maka keuntungan downline akan nikmati, manakala upline xdapat apa2 pun..fair kan!!

12. Group Euphoria yang sya join nie dinaungi oleh 3 master coordinator yang ternama iaitu Master Pn Siti Nurazlina (mommy lyna), Pn Shahreeza (Cery mama Faiz) dan Puan Norita Idris (Kak N)

13. If korang join group Euphoria kompon xmenyesal, sbb group nie sentiasa memberi sokongan berterusan antara satu sama lain dan juga ahli group akan dipantau, dibimbing dan dilatih secara online dan offline. Korang juga xkan dibiarkan terkontang kanting tanpa hala tuju, segala persoalan dan kemusykilan boleh dirujuk di group kami.

14. Selain itu, seminar dan gathering sering diadakan bersama ahli group bagi mendedahkan dengan pengalaman dan menaikkan semangat untuk kejar target..seminar ini juga turut dibimbing oleh master2 yang berpengalaman dan tidak lokek berkongsi tips perniagaan samada kepada ahli baru mahupun yang lama.

15. Jangan risau jika anda tidak yakin, tidak ada asas, tak tahu nak mula, tak pandai komunikasi, semuanya akan dibimbing dan boleh merujuk kepada group dan juga master2 yang berpegalaman, dan apa yang penting semangat ingin belajar dan menerokai ilmu2 baru perlu ada jika ingin berjaya. (shaklee bukan mcm bisnes mlm lain yg perlu cari pelanggan, promote face to face,..juz duk dgn lappy je)

16. Apa yang menarik minat saya adalah, shaklee adalah satu perniagaan yang berasaskan produk, mempunyai sistem yang halal dengan gabungan 3 elemen rahsia, amalan2 rahsia atau amalan rohani serta tips2 yang berguna.

p/s : If korang masih mencari2 dan tercari2 side income yang halal, boleh jana pendapatan dari rumah sendiri, jangan malu2 dan ragu2 untuk menyertai group Euphoria yang super mantap!! Kami sedia membantu anda!!

Nur Bahirah | Hp : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi

KISAH SENSASI CIK ZARA DENGAN VITAMIN OMEGA GUARD KESAYANGAN!!!!

Salam,,sebenarnya dah lama nak update pasal cerita sensasi nie, (bagi sya la sensasi hehe..sbb 1st time berlaku). kisah nie antara cik zara dan omega guard.. serius cik zara buat mama kecut perut dan urat perut bersimpul..haha..Sememangnya Omega Guard nie menjadi kegemaran cik zara dari dulu hingga sekarang, pantang..pantang jumpa la..mesti nak ngapp lebih dari satu..haha..macam cokelat dia je dia buat..actually saya dah start bagi, sejak zara umur sthun lebih, so mmg dia xkisah la ada sedikit bau ikan, bagi dia semudah abc je mengunyah then bgtau "mama dah pecah" then dgn sarung2 kapsul tu dia telan..haha..

Alkisah..nak dijadikan cerita, lepas sya bagi zara omega guard (as usual ikut time smggu skali)...saya letak je botol omega kat atas meja makan (mmg mama lalai), n pada hari tue jugak energy ibu mengandung ditahap gaban (mmg xlarat sangat2)..pas bgi zara makan saya terlelap sekejap, mata nie bagai xboleh ditahan-tahan walaupun letak batang mancis sekalipun..maka terlelap lah untuk beberapa minit. Tetiba dengan sendiri rasa terkejut, terjaga...hmmm..bila mata dah terjaga, kepala trus pikir zara.. "aikk mana cik zara nie, senyap je" (terpikir juga biasanya kalo senyap gini mesti ada projek juta-juta dia)..sya trus bangun dan panggil zara, tapi x nyahut pun (wahh suspen aku)..tuptup...tgk dia celah sofa (mmg port dia kalo nak buat something n konon xbg org nampak)..sambil senyum, "mama!! dah abis".....hmmmm gurlppp sekejap la aku menelan air liur "Ya Allah" terkedu sekejap bila tengok licin Omega dlam botol.."zara makan semua ka!!!"...terdiam dia. Sebelum nie mmg duk bilang ada 13biji lagi...sempat la nak beli untuk stok yang baru..nah!! hamek kau dia makan siap2 dah untuk 13minggu...apa lagi kecut perut mama hang, zara oiiii!!! (abah pulak xdak time tu kena bertugas kat kajang 2 minggu..mak aiii..dugaan2..risau takut apa2 jadi..apa lagi capai talipon, trus call Atiqah my best fren, crita gitu gini..bla..bla...dia pun suggest soh minum plain water bnyk2..sbb takut buah pinggang cik zara xdapat nak tampung kepekatan omega..maklum la masa tu umur dia baru 2 tahun.

Time tu hanya Allah je tahu perasaan saya, hanya mampu berdoa n kerapkan bagi zara minum air kosong banyak2...sikit2 tapi kerap (kanak2 bukan boleh dipaksa2) n sentiasa pantau keadaan dia incase takut jadi apa2 yang diluar jangkaan. Alhamdulillah, xdak apa2 yang berlaku n lepas pada tu mmg ada perubahan...mmg banyak tanya itu ini, banyak cakap "mama nie apa, kenapa bla..blaa..." ...haha..kebetulan kot,...tiba2 teringat Atiqah kata "aku rasa xdak apa2 kot, cuma bila dia terlebih makan omega, t zara terlebih pandai pulak..haha" (dan lagi gelak2..padahal hati tengah risau).Syukur xde apa2 yg berlaku.

moral of the story : Ibu2, mama2 sekalian jangan lalai atau ambil mudah meletakkan apa2 sekalipun, kanak2 bukannya tahu yang itu ini bahaya, semua yang ada didepan mata mereka dianggap barang permainan untuk diaorg, so hati2 la, pengajaran buat sya sendiri, yang sampai sekarang fobia, xkisah la minyak angin ke apa ke..huhu

p/s : If korang nak taw..omega nie bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak (lebih dikenali sebagai makannan minda), sbb tu omega nie sangat bagus diamalkan oleh ibu hamil bermula dari trismister II lagi..Kenapa?? ia membantu tumbesaran otak janin. Juga sesuai untuk kanank-kanak yang mengalami asthma, membantu mencairkan kahak, menguatkan imun (bab nie mmg saya stuju, sejak cik zara duk amal omega mmg dia jarang sakit @demam)

Oraite, selesai la sudah saya membebel panjang bab cik zara dan omega kesayangannya, so next entry kita crita n fokus kelebihan omega guard khas untuk org dewasa plak!..jumpa lgi di next entry,,papai...:))

Berminat??? Boleh call, sms saya, anytime...insya Allah saya akan berkongsi info2 dan tips2 kelebihan dan khasiat omega untuk anak2 kesayangan anda... 
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit


Hubungi Saya untuk dapatkan tempahan, tawaran menarik  dan pembelian produk Shaklee dan konsultasi terbaik dan percuma pada bila-bila masa.

Nur Bahirah | Hp : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi

VITAMIN HARIAN UNTUK KANAK-KANAK PINTAR DAN CERIA

Salam, salam manis, salam sayang buat ibu-ibu di luar sana yang sering alert dengan perkembangan anak2 anda. Saya juga sama seperti mama2, ibu2 dan mak2 semua. Perkembangan, pertumbuhan dan tumbesaran kanak2 sangat penting kerana ia bersangkut paut dengan pemakanan harian kanak2 tersebut. Kekurangan zat makanan boleh menganggu tumbesaran, konsentrasi dan kecerdasan kanak2. Dalam hal ini saya juga risau, kerana zara sangatlah cerewet bab2 makan nie!! sayur xnak, nasi pn jarang2 sekali makan, yang dia minat pasta, bihun dan seangkatan dengannya. Tapi junk food as a keropok memang no wayy!!! Kadang ada juga dia mintak sbb asyik duk tengok budak2 lain makan. 

VITALEA VITAMIN PENYELAMAT HB KU!!!

Salam u'oolllss..harinie juz nak share entry pasai vitalea yang super duper best. Kenapa saya kata super duper best ye! nie testimoni saya sendiri setelah selama ini konsisten ambil vitalea, xpenah missed dari sebelum hamil sehingga la saat kini (hamil). Nak dijadikan cerita, 1hari saya xperasan yang stok vitalea sya dh nak abis, almaklum lah,semua vitamin isi dalam pill box..huhuhu!! n kebetulan pulak dah plan nak pergi bercuti for da next weeks..dipendekkan cerita minggu tu memang dah lari dari jadual la, (kan dah jadi x konsisten) ahaks...pulak tu dah pegi holiday mmg makan xbrapa nak jaga sangat, semua mak buyong sentai..haha...lets..kita tengok hasil yang sangat memberansangkan..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...