9 TEKNIK MUDAH DIDIK ANAK SUPAYA TAK SUKA MAKAN JAJAN

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada pembaca blog kesayagan saya. Moga anda semua sentiasa dilimpahi dengan Rahmat dan Kasih Sayang darinya.




" Jajan " atau lebih dikenali sebagai Junk Food. Perkataan cukup famous di Kalangan kanak-kanak malahan orang dewasa pun. "Sedap tapi tidak berkhasiat"

Sanggupkah anda sebagai ibu bapa melihat anak makan makanan segera yang akan memudaratkan kesihatan, malahan lebih dari itu???

Tahukah Anda??

Makanan segera adalah penuh dengan Lemak, Kalori, Kolestrol, Kurang Serat dan Nutrien Mikro-seperti Vitamin dan Mineral. Kesemua kandungan ini mampu merosakkan hati seperti Serangan Jantung (penyerapan kolestrol dalam badan berlebihan), Pankreas dan lain-lain penyakit lagi.

Hasil Penelitian dari University Of Adelaide menunjukkan bahawa pola makan yang sarat dengan junk food di usia kecil, akan membuatkan IQ anak lebih rendah dari anak yang tak makan junk food di saat masih kecil 

Semasa hamil

Untuk melahirkan anak yang genius, bukan sahaja amalan wajib dan sunat harus dilakukan, malahan faktor pemakanan juga penting dan harus diambil kira.

Berikut Petikan dari Artikel Dr Dzubaidi



2 Sel otak yang berbeza menunjukkan kesan pengambilan Junk Food dan Smart Food

Teknik Berkesan Mendidik

1. Didik Anak Sejak Dari Kecil

Beritahu anak yang Jajan tidak baik untuk kesihatan badan dan otak, dan katakan banyak makanan lain lagi yang lagi sedap dan berkhasiat berbanding jajan. Bagi contoh makanan yang berkhasiat, walaupun dia tak tahu fungsi setiap makanan tersebut, sekurang-kurangnya dia kenal makanan tersebut.

 Contoh:
" Kakak nak jadi Pandai tak? Orang Pandai tak makan Jajan, Tak suka Jajan. Nanti Mama belikan kakak buah delima, kurma, kismis banyak-banyak ye."

2. Beritahu Pengasuh/Penjaga/Pihak Nursery

Bekalkan makanan/ menu seimbang setiap hari untuk anak. Beritahu pengasuh yang dengan cara baik, jangan beri anak jajan, walaupun anak meminta. Jadi dalam masa yang sama kita share info ringkas dengan pengasuh tentang bahayanya makanan ringan.

Contoh : Bekalkan kismis dan katakan "yang ini jajan sihat untuk kamu"

3. Masak untuk anak

Masak dan bekalkan makanan anak semasa anda sekeluarga Travel for Long Distance. Hasil tangan ibu itu lebih bersih dan hubungan betambah erat.

4. Bekalkan Anak Makanan ke Sekolah

Paling terbaik bekalkan makanan kepada anak. Sediakan Bento ringkas dan yang berkhasiat kepada anak. Hasil air tangan ibu lebih baik dari segala-galanya.

5. Jangan Beli atau Makan

Elakkan membeli dan makan makanan ringan didepan anak. Ini akan mendorong anak tersebut untuk Join bersama-sama. Untuk mendidik anak ke arah kebaikan, kita harus mempamerkan contoh yang terbaik dihadapan anak.

6. Elak Bawa Anak Ke Kedai

Apabila kanak-kanak sudah terbiasa dengan persekitaran Jajan, maka mereka akan meminta-minta untuk dibeli, jadi elakkan perkara ini. Lumrah kehidupan, kanak-kanak ingin mencuba sesuatu yang baru.

7. Buat Bersama-sama

Cara paling terbaik, mengajak anak sediakan menu bersama-sama dan cuba hias makanan dengan kreatif supaya anak tertarik untuk makan.

8. Pelbagaikan Menu dan Resepi

Banyak sumber yang boleh ibu bapa rujuk untuk mempelbagaikan resepi/ menu anak setiap hari antaranya :

# Membeli buku resepi bayi contoh yang saya beli BUKU RESEPI
# Sertai group resepi bayi di facebook,
# Google di blog-blog resepi untuk bayi/kanak2  contohnya : http://heavilyspiced.blogspot.com/

9. Tunjuk "Effect" Makan Jajan Pada Anak

Tunjuk bukti gambar kesan pengambilan jajan untuk kesihatan seperti orang sakit buah pinggang akibat pengambilan jajan dan sebagainya. Otak kanak-kanak umpama span yang mudah meresap apa yang kita beri/ajar. Jika didikan dan tunjuk ajar yang baik diberi maka baiklah yang diserap, jika tidak maka sebaliknya.

Didik dengan makanan yang sihat, berkhasiat dan seimbang. Saya pasti sebagai ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

Saya doakan kita semua berjaya mendidik anak supaya menjadi soleh dan solehah serta berjaya dunia dan akhirat..

Sekiranya ingin dapatkan makanan tambahan semulajadi





Boleh hubungi saya secara terus 

Nur 012-5763744 (whatsapp, call, sms )
nbh_gal84@yahoo.com (email)
Nur Bahirah Abdullah (facebook)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...