8 RESEPI BERPANTANG MUDAH DIMASAK SUPAYA IBU TAK BORING ASYIK MAKAN IKAN KERING






Assalamualaikum

Tempoh berpantang, banyak perkara perlu berpantang, terutamanya bab makan. Tapi bagi Nur, Nur lebih suka mencuba terlebih dahulu, supaya akan datang Nur dah boleh kenalpasti yang sesuai dan tidak sesuai dimakan.

Alhamdulillah berpantang kedua-dua anak, mak dan suami banyak membantu. Semasa anak berpantang anak pertama sememangnya Nur tiada pengalaman jadinya semua mak yang uruskan dan masak.

Tapi, apabila berpantang untuk kali kedua suami mencadangkan supaya berpantang dirumah sendiri, kiranya mak nur jaga dalam tempoh 15 hari sahaja. Alhamdulillah, terima kasih mak, besar jasa seorang mak yang tak mampu anakmu bayar dengan nilai wang ringgit.

Seterusnya encik suami yang take over sampai habis berpantang. Segala-galanya berjalan dengan lancar. Seperti biasa sebelum suami ke tempat kerja, dia akan masak untuk Nur siap-siap. Menu yang dia masak sangat simple dan sedap tapi masih lagi tidak melanggar pantang larang berpantang (maklum saja lah selalunya bila dah tak ada orang tua2 nie, makan main belasah saja) Ohh no!. berpantang is berpantang!

Meh saya kongsikan beberapa jenis menu moden yang sempat suami saya sediakan.

1. Ikan Tenggiri Goreng Halia

Bahan-bahan

Ikan tenggiri
Halia di hiris dan di goreng
Minyak (sedikit untuk menumis)
Serbuk kunyit
Garam

Cara

Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit. 
Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan. 
Angkat ikan dan letak dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya. 


2.  Sup Ayam

Bahan-bahan

Ayam
Air
Sedikit serbuk lada hitam
Halia sebesar ibu jari – dimayang
Garam secukup rasa

Cara 

Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi.
Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya.
Angkat dan hidangkan.


3. Daging Lada Hitam

Bahan-bahan

Daging lembu
Bawang besar - dihiris
Bawang putih - dicincang halus
Minyak jagung
Sedikit lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu kicap manis
Garam secukup rasa

Cara 

Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi. 
Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.

Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.

Jika anak masih lagi jaundis elakkan buat sementara waktu sehingga jaundis anak sembuh.


4.  Sup Sayur 

Bahan-bahan

Bawang putih
Pati rebusan ayam
Suun
Sawi
Brokoli
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara

Panaskan minyak masak dalam periuk. 
Tumis bawang putih
Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan sayuran. Biar hingga mendidih. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan. 

Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering.

Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang. 


 5. Daging Bakar

Bahan-bahan

Daging lembu
Garam 
Minyak

Cara

1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang. 


6. Steam Ikan



Bahan-bahan


Ikan

Halia (dihiris)

Tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Cara

Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak banyak), buah tomato yg dipotong, daun sup sedikit garam diatas ikan
Steam sampai ikan masak.



7.  Kerabu Pegaga

Bahan-bahan

Pegaga secukupnya (potong ikut suka)
1 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam 
1 inci halia muda
2 biji bawang merah
Sedikit ikan masin/ikan bilis

Kunyit hidup


Cara

Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan  ikan bilis sehingga lumat.
Goreng kesemua bahan diatas tanpa minyak.
Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat.
Kemudian gaulkan bahan-bahan yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong.


8. Sup Ikan Haruan

Bahan-bahan

Ikan haruan
Air
Sedikit minyak (tumis)
Lada hitam - di tumbuk
Bawang merah - di tumbuk
Bawang putih - di tumbuk
Halia - di tumbuk
Sedikit asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara

Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir.
Bilas dengan air dan di tos. 
Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau. Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih.
Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.


Biasanya untuk menjimatkan masa menu-menu ini dimasak sekali sahaja sehari, memandangkan kekangan waktu suami yang bekerja tidak menentu. Jadi untuk memudahkan kerja saya dan suami saya hanya panaskan sahaja. Mudahkan.

Jadi tiada alasan untuk tidak boleh berpantang sendiri. Kesemua menu-menu di atas membantu dan memberi tenaga supaya kekal cergas, sihat. Alhamdulillah saya juga mengambil Set Berpantang dan Set Menyusu secara konsisten. 

Efek yang paling teruja yang saya dapat :

- Luka cepat sembuh
- Badan kembali sihat dan cergas.
- Dapat kumpul stok susu 500++ oz
- Berat badan kembali ideal

Terima kasih encik suami kerana banyak membantu dari segenap sudut dalam urusan berpantang dengan jayanya.

Jika anda nak cuba Set Berpantang Moden dan nak Effect sama seperti saya 

Boleh Hubungi Nur segera 012-5763744
Fb : Nur Bahirah Abdullah
Email : nbh_gal84@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...