5 KELEBIHAN DAN KEPENTINGAN SUSU IBU UNTUK BAYI

Assalamualaikum dan salam ceria untuk ibu-ibu yang cantik diluar sana.


Hari ini saya nak share 5 kelebihan dan kepentingan susu ibu untuk bayi yang wajib ibu-ibu ketahui.


Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) menyarankan penyusuan susu hanya eksklusif kepada bayi yang berumur enam bulan pertama selepas kelahirannya.

Eksklusif bermaksud tiada sebarang pemberian makanan tambahan kepada bayi baru lahir sehingga mencapai umur enam bulan selepas kelahiran.

1. Ketahanan tubuh

Susu ibu terbukti dapat memberi perlindungan awal kepada bayi sekiranya selepas kelahiran bayi menerima susu ibu

Susu ibu yang pertama (Kolostrum ) mengandungi antibodi (IgA) yang dapat memberi perlindungan dari jangkitan kuman dan alahan.

Bakteria baik akan membiak pada usus dan kulit bayi dan bersaing dengan dengan bakteria- bakteria yang lebih merbahaya yang terdapat di persekitaran bayi.

2. Tahap Kepintaran

Susu ibu mengandungi nutrien tertentu untuk perkembangan sistem otak dan saraf  dan membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.

Terdapat banyak kajian yang mengaitkan susu ibu dan iq kanak-kanak, dengan memberikan susu ibu, ia bererti anda sedang membentuknya menjadi seorang individu yang lebih cerdik.

3. Penghadaman

Susu ibu mudah dihadam berbanding susu formula.

4. Kesihatan

Susu ibu mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi bagi memenuhi keperluan mengikut tahap umurnya. Dengan itu ia membantu si bayi mengurangkan risiko-risiko seperti :

- Jangkitan selesema, cirit-birit dan demam
- Obesiti pada usia kanan-kanak dan dewasa
- Jangkitan telinga
- Penyakit leukemia kanak-kanak
- Diabetes
- Asma
- Penyakit kulit seperti ekzema
- Masalah gigi dan gusi iaitu karies gigi
- Jangkitan seperti bronkitis dan radang paru-paru
- Serangan penyakit jantung apabila dewasa kelak.

5. Susu ibu mengandungi lemak, protein dan asid lemak omega 3. Ianya mudah dihadam dan membantu perkembagan mental anak.

Sangat besar khasiat susu ibu kepada anak, jadi ayuh sama-sama kita berusaha selagi mampu kita teruskan menyusukan anak sepenuhnya sehingga mencapai umur 2tahun atau lebih.


Anda tekad nak menyusukan bayi?? 
Tapi susu kurang? 
Nak set tambah susu??

Boleh hubungi saya segera, saya akan kongsikan teknik yang paling berkesan sehingga anda terpaksa beli deep frezer gara-gara susu terlampau banyak. 

Jom bertindak!!!


Nur Bahirah | Wassap/Call : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...