8 JENIS MAKANAN SIHAT UNTUK LANGSING

Salam pagi Rabu yang penuh ceria, bulan februari nie ramai prospek yang bertanya tentang set kurus dan ada juga yang bertanya sejauh mana keberkesanan vitamin shaklee.

Sejujurnya saya juga pernah melalui proses diet untuk kurus, saya amalkan mengikut kosep yang betul, Alhamdulillah seminggu saya berjaya turun 4 kg, tapi apa yang dikatakan 'DIET'.

Diet bermaksud pengambilan makanan.

Diet seimbang adalah pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrient seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan dan mengikut saranan piramid makanan malaysia.

So entry harine saya nak share 8 makanan yang terbaik yang korang follow untuk mempercepatkan proses menjadi langsing dengan kos yang murah

1. Epal Hijau.

Sebiji epal dianggarkan mengandungi 3gram serat dan kaya dengan nutrien tambahan serta rendah kalori. Serat membantu penghadaman dan dapat mengelakkan daripada sembelit. Serat juga membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme.

2. Jus

Dengar saje jus, yummy..bunyi macam sedap..kan sekarang tengah famous org buat air detox..ala yang campur2 lemon, timun, strawberi dan macam2 lagi..semua jenis ada fungsi tersendiri. Jus membantu menyingkirkan toksin didalam badan dan seterusnya proses pembakaran lemak akan berlansung dengan lebih baik.

3. Kurangkan makanan berkanji

Kurangkan pengambilan roti, pasta, mee, nasi dan lebihkan sayur-sayuran dalam setiap hidangan. Erm bab2 nak kurangkan pengambilan memerlukan kekuatan..ecewahh...nak2 yang memang feberet..huhu..tapi xpe practise make perfect. Amalan ini mampu membuang 100 hingga 200 kalori.

4. Makan Bijirin

Bijirin adalah sarapan yang sangat baik untuk kesihatan dan saya sendiri juga amat menyukai bijirin seperti oat. Saya selalu ambil sebelum tidur dan hasilnya, menjadi pelawas setiap pagi.hehe. Sekiranya bijirin diambil sekurang-kurangnya 5x seminggu, ia dapat mengurangkan risiko obesiti dan diabetes. Bijirin mengandungi serat dan kalsium yang dapat membuatkan rasa kenyang.

5. Minum air sejuk

Eh minum air sejuk? bukan air suam ke?Sebenarnya ada 2 pendapat. Ada pendapat mengatakan bahawa minum air putih atau air suam sudah mencukupi, namun ada pendapat lain mengatakan minum air masak yang disejukkan terlebih dahulu boleh mempertingkatkan keberkesanan. Amalan meminum 8 gelas air sejuk dalam sehari dikatakan membantu membakar 200 kalori, sama seperti berlari sejauh 4.8km...Wowww!! Teruja sekejap.hehe

6. Sup Sayur

Ini adalah salah satu diet yang saya amalkan suatu masa dulu, sangat membantu cepat menurunkan berat badan. sup sayur mengandungi banyak air akan memberikan kesan cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur pula membantu untuk mendapatkan tenega, zat dan nutrien. Apabila cepat kenyang, anda mampu elak dari makan secara berterusan.

7. Rempah membakar lemak

Cili, halia, lada hitam, biji sawi dan jintas manis antara rempah yang dikatakan mampu membakar lemak. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, malahan meningkatkan pembakaran lemak pada tubuh, wowww superbb!! lepas nie boleh cuba.

8. Buah tin

Buah tin mengandungi kalsium, zat besi, vitamin B6, vitamin E, potassium dan kaya dengan serat yang tinggi. Amalan mengambil buah tin dapat mengawal nafsu makan dan mengurangkan kolestrol jahat.

P/s : Jom bantu badan buang toksin , baru senang pembakaran lemak berlansung




Hubungi Saya untuk dapatkan tempahan, tawaran menarik  dan pembelian produk Shaklee dan konsultasi terbaik dan percuma pada bila-bila masa.

Nur Bahirah | Wassap/Call : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...