VITAMIN HAMIL LENGKAP MEMENUHI KEPERLUAN NUTRISI SAYA SEPANJANG HAMIL

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati keindahan alam cipataan mu Ya Allah. Syukur juga saya masih diberi peluang untuk merasai sekali lagi hamil untuk kali ke dua. Saat menulis entry ini kandungan hampir ke 20 minggu (5 bulan). Alhamdulillah yang tak terhingga, saya tiada ujian alahan yang teruk, cuma diuji yang biasa-biasa saja, seperti ibu-ibu hamil yang lain.

Hampir 3 tahun saya menjadi pengguna setia dan tegar vitamin Shaklee..heheh. jadi, sebelum hamil lagi saya sudah merancang ingin meneruskan pengambilan vitamin shaklee secara konsisten seperti sebelumnya. Almaklum lah, kehamilan yang pertama, saya tidak mengenali vitamin yang best nie lagi. Saya menjadi pengguna vitamin shaklee untuk pertama kalinya selepas melahirkan anak pertama (Set Berpantang) dan meneruskannya sehingga sekarang.


Sepanjang kehamilan saya konsisten mengambil vitamin shaklee bagi memenuhi nutrisi harian yang diperlukan oleh tubuh saya dan juga janin. Dah berbadan dua  nie nutrisi yang diperlukan juga diperlukan lebih dari biasa untuk menampung keperluan supaya janin dapat membesar dan berkembang dengan baik. ibu juga kelihatan cergas dan bertenaga.

Mak saya selalu berpesan "kalo nak mengandung, mengandung awal2..jgn jarakkan sgt, bila umur dah bertambah, makin xlarat". Sebenarnya betul, apa yang dikatakan mak saya. Apa yang dia kata saya juga alami, almaklumla dah masuk 30an. Namun apabila saya mengambil vitamin shaklee badan rasa bertambah cergas, sihat dan bertenaga. Tiada rasa mengantuk di pejabat dan aktif berjalan sana sini. Kalo tengok vitamin nie kompom la takut..erm..macam banyak je kan!. Ada jugak kawan-kawan tanya, "banyaknya vitamin", "mahal tak?", "tak lupa ka makan semua vitamin nie", "tahan berapa lama nie"?

Jawapan saya "kalo dilihat dengan mata kasar bermula dari trinsmister 1-3, terdapat 6 jenis vitamin yang disyorkan. Kenapa?? vitamin Shaklee untuk hamil lebih lengkap dan menyeluruh, dimana vitamin-vitamin ini membantu kekurangan nutrisi harian kita. 


Cuba tengok, contoh vitalea ada 120 tablets. So keperluan untuk ibu hamil hanya 1 tablet sehari. Jadi 1 botol vitalea (Rm88.75) boleh bertahan sehingga 4 bulan, secara tak langsung anda hanya berbelanja sekitar 0.74 sen sehari. Soal mahal atau tidak bukan menjadi persoalan, apa yang penting sumber dari vitamin shaklee adalah semulajadi, dan apabila semulajadi ia lebih mudah diserap oleh badan. Perlu anda tahu terdapat 2 jenis vitamin yang berada dipasaran masa kini iaitu sintetik dan semulajadi. Lebih lanjut anda boleh baca kat entry nie ISTIMEWANYA PRODUK SHAKLEE!!!!! BERBANDING JENAMA LAIN 

Saya konsisten ambil vitamin mengikut jadual dan bukan semua vitamin perlu ditelan dalam 1 masa. Bagi saya cara paling mudah dan senang (supaya xskip makan) dengan mengisi vitamin didalam pill box. Sangat mudah dan boleh disumbat dalam handbag..kan!..hehe.



Untuk trismister 1 saya mengambil vitalea, b-complex, ostematrik dan vitamin c, dan masuk trismister 2 dan 3 saya tambah dengan omega guard dan esp.  



Vitalea 
Multivitamin yang terbaik untuk kecergasan tubuh yang mana ianya lengkap dengan nutrisi yang mengandungi 28 vitamin dan mineral. Vitalea juga mengandungi zat besi yang diperlukan oleh ibu mengandung untuk pembentukan sel-sel darah merah. Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan. Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka. 


B-Complex 
Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuk lah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukkan sel sel darah merah di dalam badan . Ianya juga menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi, membantu pembinaan DNA, sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang. Bagi ibu yang merancang untuk mengandung, digalakkan mengambil b-complex 2-3bln sebelum mengandung bagi mengelakkan kecacatan pada janin.


Vitamin c
Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat dan meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

Ostematrik
Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah bertujuan untuk menguatkan dan membantu pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat. Pengambilan kalsium juga boleh membantu mengurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas-kebas dan kekejangan semasa ibu tidur.


Omega Guard

Minyak ikan Omega 3 yang menandungi DHA dan EPA. DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia juga membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan perkembangan memori terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa didalam kandungan. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan HDA



Esp
Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel sel tisu, hormon dan enzim didalam tubuh. Baik untuk wanita yang mengandung dan penyusuan anak. Ia juga penting untuk pembentukkan kuku, rambut dan kulit. Selain itu esp memberi tenaga kepada ibu ibu hamil yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Dalam masa yang sama ESP boleh memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.


Hubungi Saya untuk dapatkan harga yang menarik, tempahan dan pembelian produk Shaklee dan konsultasi percuma pada bila-bila masa.

Nur Bahirah | Hp : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...