KAEDAH MUDAH ELAK LIPAS DALAM RUMAH DENGAN DAUN PANDAN


Lipas merupakan sejenis serangga yang biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari atau di bawah sinki. Namun, tahukah anda serangga ini juga penyumbang kepada pelbagai penyakit kepada manusia sekiranya tidak terkawal.

Aspek-aspek kebersihan juga harus dititik beratkan oleh penghuni supaya tidak mudah dijangkiti wabak penyakit yang tidak diingini. Bekas makanan atau minuman yang tidak diuruskan dengan sempurna, boleh menyebabkan pencemaran oleh cik lipas.


Tidak dinafikan rumah saya tidak terkecuali dengan kehadiran cik Lipas ini. Tak usah ditanya banyak atau sikit, yang penting kehadiran serangga ini boleh menjejaskan keharmonian seluruh isi rumah saya.hehe. Kenapa saya kata begitu? sangat merimaskan dan pula si kecik Zara memang alergik bila nampak lipas.haha. 

So saya cuba cari jalan penyelesaian dengan mencari petua-petua supaya kuantiti kehadiran lipas dapat dikurangkan dan seterusnya dapat ditangani terus dengan zero..haha..meh kita tgk misi berjaya ke x?

Senang je xperlu kos yang beribu riban, saya juz ambil daun pandan, koyak2 kan sikit lepas tu simpulkan macam kita nak letak dalam masakan..letak je kat tempat lipas selalu tinggal..Tarraaa!!! tak sampai seminggu lipas dah dihalau dengan cara yang sangat berhemah dan mententeramkan ahli keluarga saya. Alhamdulillah..misi berjaya!!

p/s: Tips ini bukan sahaja lipas dapat dihalau malah tempat lipas tinggal sebelum ni menjadi wangi daun pandan :))


Nur Bahirah | Hp : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...