TIPS ATASI HEMOGLOBIN RENDAH BAGI IBU HAMIL DENGAN VITAMIN DAN CARA PEMAKANAN


Rata-rata ibu hamil mengalami masalah dan situasi hb rendah. Masalah hb rendah tidak boleh dipandang remeh kerana ia memberi kesan kepada ibu dan janin.

Hemoglobin merupakan molekul protein yang mengandungi zat besi yang terdapat pada sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan.

Vitamin yang sesuai diambil bagi menyokong meningkatkan hb adalah vitalea Shaklee. Vitalea diformulasi khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Secara tidak langsung ia memberi nutrien, tenaga dan perlindungan. Penggunaan vitalea secara konsisten boleh meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, menyokong jangka hayat hati, usus dan mata, meningkatkan kekuatan tulang, sistem imunisasi dan memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.


Punca HB rendah

1. Penurunan Kadar hb normal
2. Kekurangan vitamin (zat besi, vitamin B12, folate)
3. Kehilangan darah yang banyak seperti buasir, ibu yang kerap bersalin dan penyakit-penyakit lain.
4. Masalah sum-sum tulang (penggantian sum-sum tulang -barah, kimoterapi)
5. Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
6. Peningkatan dalam isipadu darah
7. Penghidap talasemia



Tanda-tanda hb rendah

1. Berasa letih , lesu
2. Tidak bermaya
3. Kemungkinan sesak nafas
4. Sentiasa berasa pening
5. Bengkak kaki dan muka
6. Rasa mengah dan berdebar-debar
7. Kebas kaki dan tangan


Kesan pada ibu hamil


1. Mengalami keguguran

2. Ibu mudah pitam/pengsan
3. Pendarahan semasa megandung dan bersalin
4. Risiko alami penyakit berjangkit
5. Mengalami kegagalan jantung

Kesan kepada janin

1. Pertumbuhan janin terbantut

2. Janin lahir tidak cukup bulan
3. Berat bayi kurang 2.5kg
4. Mati ketika dilahirkan
5. Anak kemungkinan lemas semasa dilahirkan 


Aras normal adalah :-


- Baru Lahir : 17-22 gm/dl

- Usia seminggu : 15-20 gm/dl
- Usia sebulan : 11-15gm/dl
- Kanak-kanak : 11-13 gm/dl
- Lelaki dewasa :14-18 gm/dl
- Wanita dewasa : 12-16 gm/dl
- Lelaki separuh usia : 12.4-14.9 gm/dl
- Wanita separuh usia : 11.7-13.8 gm/dl


Di antara vitamin yang diperlukan ibu semasa hamil adalah 

1. Vitamin A -penting untuk meningkatkan jumlah sel darah merah, membantu dalam mobilisasi zat besi dari untuk dimasukan ke dalam hemoglobin, pigmen yang mengangjut oksigen.


2. Vitamin B-kompleks - untuk produksi dan fungsi sel darah merah (B-12, B-6, B-5)


3. Vitamin C - meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap zat besi (contoh buah yang kaya vitamin c strawbery, kiwi, mangga, lemon, nanas, kismis plum dan bnyk lagi)


4. Zat Besi dan mineral - sangat penting untuk struktur dan fungsi sel darah



Kandungan Zat besi juga boleh didapati dalam pelbagai makanan harian kita. Di antaranya adalah  


Daging sapi

- Mengandungi banyak zat besi yang mampu meningkatkan jumlah hemoglobin dengan cepat.

Sayuran
- Bayam, kacang merah, kubis, lobak, brokoli, sawi, kacang hitam, bunga kol adalah sayuran yang paling cepat meningkatkan hemoglobin.

Buah-buahan
- Kismis, plum, buah ara, jambu batu, aprikot, epal dan grapefruit

Kacang-kacangan
- Tidak semua ibu hamil menyukai kacang-kacangan, namun harus diingatkan makanan ini juga membantu meningkatkan hemoglobin. Contoh Kacang Almond

Roti, Pasta dan Sereal
- Kebanyakan dari tiga jenis makanan ini mengandungi zat besi tinggi. Gandum juga disarankan diambil oleh ibu hamil sebagai menu diet harian

Tips pengambilan iron yang betul :

1. Cara pengambilan iron adalah penting. Sekiranya ibu mengambil iron dengan makanan yang boleh merencatkan penyerapan iron adalah sia-sia sahaja.

2. Susu sangat digalakan untuk ibu hamil tetapi bagi ibu hamil yang mengalami masalah hb rendah, susu mesti juga diambil tetapi perlu dijarakkan waktu pengambilan dengan iron (susu akan menganggu penyerapan zat besi)

3. Semasa hamil ibu-ibu tidak digalakkan mengambil sebarang minuman kafein (kafein juga salah satu makanan yang boleh merencatkan penyerapan iron)

4. Ambil vitamin c bersama-sama makanan yang tinggi zat besi (vitamin c membantu penyerapan zat besi). Contoh makan ayam panggang, brokolo kukus dan beras perang. Brokoli kaya dengan vitamin c dan ayam panggang mengandungi zat besi.

5. Elakkan makanan yang tinggi kalsium apabila makan makanan yang kaya dengan zat besi.

6. Pengambilan iron di waktu pagi dan selepas sarapan adalah lebih baik



Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit


Hubungi Saya untuk dapatkan harga yang menarik, tempahan dan pembelian produk Shaklee dan konsultasi percuma pada bila-bila masa.

Nur Bahirah
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Hp : 012-5763744 | fb : Nur Bahirah Abdullah | email : nbh_gal84@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...