7 FAKTA MENARIK YANG ANDA HARUS TAHU KHASIAT IKAN UNTUK TUBUH MANUSIA

Ikan dikategorikan sebagai vetebrata terbesar dengan kepelbagaian spesis. Namun tidak semua spesis yang terdapat dimukabumi ini boleh dimakan. Terdapat pelbagai jenis dan spesis ikan yang menjadi kegemaran ramai orang, namun ada juga yang tidak gemar memakannya. Jadi altenatif terbaik bagi mereka yang tidak gemar makan ikan adalah minyak ikan Omega 3 Shaklee (Omega Guard).


Ikan kaya dengan protein, vitamin B6 (mencegah anemia),D (pertumbuhan dan kekutan tulang), B12(pembentukan sel darah merah,melindungi jantung dan kerosakan saraf), mineral dan khasiat bagi keperluan dan manafaat yang diperlukan oleh manusia untuk sihat dan cerdas. Ikan juga kaya dengan zat besi yang mudah diserap oleh tubuh.

Berikut adalah kebaikan dan manafaat makan ikan pada tubuh manusia :

1. Menyihatkan Mata
Kandungan Omega 3 dalam ikan bagus untuk perkembangan fungsi saraf dan penglihatan bayi. Pengambilan ikan juga dapat berkemampuan membantu memperbaiki penglihatan. Ikan dapat melawan degenerasi makula (bahagian tengah retina), glaukoma, dan sindrom mata kering. Vitamin A dalam minyak hati ikan untuk mencegah kebutaan pada bayi.

2. Meningkatkan fungsi otak

Asid lemak omega-3 pada ikan dapat membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori serta meningkatkan fokus mental kanak-kanak dan orang dewasa. 

3. Kecantikan kulit

Wanita yang mementingkan kecantikan kulit disarankan makan ikan lebih banyak. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Lipid research, asid lemak omega-3 EPA yang terdapat dalam minyak ikan membantu melambatkan proses penuaan kulit.

4. Kesihatan kardiovaskular

DHA dan EPA yang terdapat dalam minyak ikan membantu merendahkan paras kolestrol, menghindar pembekuan darah, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

5. Menurunkan tekanan darah

Minyak ikan sangat berguna untuk tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melancarkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar.

6. Menurunkan berat badan

Bagi wanita atau lelaki yang ingin menurunkan berat badan, disyorkan mengambil minyak ikan kerana DHA membantu menghentikan penukaran pra sel lemak ke dalam sel lemak sehingga mengurangkan pengumpulan lemak secara keseluruhan.

7. Mengurangkan risiko kanser

Kajian telah menunjukkan Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat, dan kolon. Ianya juga membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit


Hubungi Saya untuk dapatkan harga yang menarik, tempahan dan pembelian produk Shaklee dan konsultasi percuma pada bila-bila masa.

Nur Bahirah
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Hp : 012-5763744 | fb : Nur Bahirah Abdullah | email : nbh_gal84@yahoo.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...