SETAHUN SUDAH MENYUSUKAN ZIYAD SEPENUHNYA, AUTOMATIK DAPAT DEGREE IN BREASTFEEDING

Bismillahirahmanirahhim...Assalamulaikum semua..


Selamat hari lahir  Boy Friend, pagi-pagi dah menyegih  ceria, macam tahu je yang dia dah setahun 

Alhamdulillah, 30 Julai 2015 genap my si teruna 1 tahun. Genap la juga si ziyad minum susu mama sepenuhnya. Syukur secara automatiknya mama dah dapat degree bf. Alhamdulillah semoga ziyad membesar dengan sihat, bijak dan ceria.

Untuk anak mama cukup sekadar kita sambut secara kecil-kecilan dengan family kecil kita. Mama beli sebijik kek dan sediakan goodies bag untuk disedekahkan kepada kanak-kanak dikawasan rumah kita.

Syukur Alhamdulillah, sepanjang setahun menyusukan ziyad, pelbagai cabaran mama tempuhi dengan jayanya, terasa sangat manis pengalaman menyusukan kamu wahai anak. Setiap pagi, tatkala ziyad bangun awal, mama berkejar kejaran menyiapkan keperluan untuk dibawa ke rumah babysitter sambil mendukung ziyad. Tak pe..Semua itu hak kamu.hehe

Syukur dengan izin Allah setiap hari mama berkesempatan mengepam secara rutin 3-4 kali di Ofis dan juga mengambil vitamin secara konsisten. Stok susu untuk ziyad setiap hari juga lebih dari cukup. Maka selebihnya boleh dijadikan Stok Ebm dan boleh terus disimpan dalam deep frezer untuk bekalan di masa-masa memerlukan.

Ini adalah pengalaman pertama bagi Nur setelah gagal menyusukan si kakak hanya 8 bulan, gara2 kurang ilmu dan tidak konsisten mengepam. Pengalaman yang lepas banyak memberi pengajaran dan pelajaran kepada Nur.

Terima kasih ibu, suami, kawan2 yang sentiasa suppotive. Doa kan Nur berjaya menyusukan Ziyad sehingga 2 tahun.


P/s : Nur juga sama seperti ibu-ibu lain yang mempunyai impian menyusukan anak-anak syurga sepenuhnya. Untuk yang pertama Nur gagal menyusukan si kakak, hanya 8 bulan, untuk kali kedua Nur bertekad untuk menyusukan Ziyad sepenuhnya. Alhamdulillah sudah setahun!...dan dalam masa yang sama Nur sudah bersedia untuk 6 bulan Stok Ebm. 

Ibu-ibu yang ada masalah sama seperti Nur sebelumnya, tapi mempunyai niat untuk menyusu anak dan dalam masa yang sama tidak tahu bagaimana. Jangan malu dan segan..Boleh contact Nur bila-bila masa.

Nur l 012.5763744
fb : Nur Bahirah Abdullah 
id 908782

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...