RAYA AIDILFITRI 2015 YANG SUNGGUH OHSEM!!

Assalamualaikum

Selamat Hari raya Aidilfitri yang Mulia..la.la.la....Wah seronok nampak. seronok nak berjumpa mak abah adik beradik serta sanak saudara. Alhamdulillah raya kali nie is da best bagi Nur, hehe...yang tahun-tahun lepas tak best ke?

Tahun-tahun lepas best juga tapi bezanya tahun 2015 Nur sekeluarga dapat beraya bersama2 dengan family di Alor Star, Wauuu dan yang paling gumbira kami semua 5 beradik berkumpul bersama. Itu baru Ohsemmm. Bukan senang dapat kumpul semua.hehe..

Alhamdulillah tahun nie nak jadi rezeki, encik suami pulak dapat bercuti raya, Syukur. Al maklum lah abam polis kan kena ikut turn 4 tahun sekali. Seingat Nur last raya pada tahun 2012 di Johor dan tahun-tahun selepas itu hanya beraya di Taiping, sob..sob..

Persiapan

Tiada persiapan yang berlebih-lebihan melainkan yang sederhana sahaja. Cukup sekadar kelengkapan baru seperti baju, tudung baru. Cuma lebihkan untuk anak-anak tersayang. Mereka lah insan yang paling gembira sebenarnya.hehe

Nur dan Suami serta anak-anak bergerak dari Taiping selepas solat zohor sehari sebelum Hari raya pada 16hb tersebut, jadi kami budget yang 'mungkin jalan jammed nie' sebab last minute semua orang akan bergerak dari destinasi masing-masing.

Sangkaan kami meleset, trafik highway Selatan-Utara smooth je,  Alhamdulillah, bergerak pukul 1.50 petang, kami selamat sampai around pukul 4 petang di Pondok Kg Sungai Bongkok, Gurun. 1st time datang pondok mak (baru sebulan mak rasmi pondok baru). Sangat Cantik dan selesa.

17hb Julai (Hari raya pertama)

Pagi itu kami sekeluarga sempat Solat Sunat Aidilfitri di Pondok Mak dan bergerak balik ke Alor Star. Bermula lah episod happening kami adik beradik. Sampai saje dirumah, seperti yang dirancang adik Nur, Shukryyah dah ready dengan nasi Ayam special beliau, Wahh apa lagi serbuuuuu!!!

Mak sempat lagi siapkan ketupat palas. (memang rutin mak tetiap tahun), Kak Ija (isteri abg ngah) pula bawa rendang ayam, kak Afzan (isteri abang Long) bawa rendang daging bersama ketupat palas. Nur bawak biskut-biskut raya dan kek coklat Moist.

Alamak Abg Long pulak tak ready....


Okeh! Semua dah ready, 1, 2, 3 Smile ^_^

Opsss jangan lupa gambar kenang-kenangan walaupun tema tahun ini caca marba! haha..

Yang paling syokk Nur ada anak2 buah yang havoc dan happening, yang selalu memeriahkan rumah mak.. Elman, Ariff, Luqman, Zara, Nabil, Umairah, Ziyad dan Aliya. Alhamdulillah Cucu-cucu mak semakin bertambah setiap tahun. Who next??

Selesai beraya, bersalam salaman, kami adik beradik merancang berkonvoi ke rumah abah di Kuala Kedah. Seterusnya berkonvoi beraya ke suadara sebelah abah sehingga ke malam hari (woww sakan beraya) setahun sekali je kan.hehe

Raya kedua

Seperti biasa kami sambung beraya lagi ke destinasi seterusnya rumah Pak Cik Man (ini pakcik kegemaran kami, hehe) tak gitu Zaim, Shukryyah, Abg Long, Abg Ngah??hihi


Wah mak anak dua sempat lagi mak anak dua bersepli..Sejak dah ada anak2, kami dah jarang berselpi bersama. "Smileee without show our teeth"

Destinasi seterusnya bergerak ke Kuala Nerang beraya dirumah saudara sebelah emak pula. Wahh best2..sambil2 tu menyinggah sekejap di rumah mak dikampung(dah lama tak balik sini, dah naik semak samun). Rumah kat sini mak buat kecil-kecilan je, incase balik ramai2 disini boleh la berehat2 disini.

Raya ketiga

Masing-masing akan bergerak ke rumah mentua masing-masing ^_^ sayonara!..Sampai masa kita berjumpa lagi...

p/s : Bergerak dari Alor Setar jam 11.30 pagi tapi sampai pukul 4 petang...Faham2 aje lah..hehe

Nur 012-5763744
nbh_gal84@yahoo.com
id 908782

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...