15 TIPS NAK JADI SUPERB AYAH YANG MENJADI PILIHAN ANAK- ANAK

15 TIPS NAK JADI SUPERB AYAH YANG MENJADI PILIHAN ANAK- ANAK

Ingin menjadi "Super Ayah" bukan sesuatu yang mudah!. Namun, sekiranya kena dengan caranya anak-anak mesti nak jadi "Geng Ayah". Lumrah zaman sekarang, anak-anak lebih suka berdamping lebih dengan si Ibu berbanding Ayah.

Mengapa? Berkemungkinan faktor masa, ruang, aktiviti dan cara Ayah melibatkan diri melayan anak. Tapi tak pe, masih belum terlambat, meh Nur kongsikan beberapa tips untuk yang akan bergelar ayah atau yang sudah pun menjadi ayah.

1. Belai dengan manja anak-anak kecil, dari situlah seorang bapa boleh pamerkan kasih sayang mereka.

2. Ungkapkan "ayah sayang adik" sudah pasti hubungan antara bapa dan anak lebih erat.

3. Tunjukkan tingkah laku yang positif, ini akan mempengaruhi kelakuan anak dan berkemungkinan "Ayah adalah role model saya"

4. Jadilah seorang ayah 'Pendengar Setia'  dan memberi sokongan tentang kegembiraan, kesedihan, ketakutan dan kekecewaan anak. 

5. Ayah yang hebat adalah seorang yang bijak menguruskan, menyediakan keperluan anak termasuk pembelajaran, pemakanan dan kebajikan.

6. Sentiasa memberi perhatian pada anak. Munurut kajian kanak-kanak yang diberi perhatian akan cenderung berkebolehan berbahasa dan pengiraan serta dapat menyelesaikan masalah dan berkemahiran sosial yang baik. Keyakinan anak terhadap diri sendiri juga tinggi.

7. Jadilah seorang ayah yang aktif! ia itu bermain bersama-sama anak dimana dapat memberi kebaikan untuk meningkatkan kebolehan dalam diri anak.

8. Offer diri untuk lakukan aktiviti bersama dan dedahkan dengan pelbagai perspektif dalam hidupnya agar mindanya lebih cerdas.

9.  Bantu anak buat pilihan dalam kehidupannya

10. Beri anak panduan dan tunjuk ajar apabila ia memerlukan..

11. Jadilah seorang ayah yang bijak!. dimana tempat anak bertanya dan merujuk sesuatu perkara. Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Maka apabila anak bertanya Ayah haruslah bersedia memberikan jawapan yang tepat!

12. Hargai kelebihan dan kekurangan anak. Cari potensi anak agar tahap keyakinan anak tinggi terhadap diri sendiri.

13. Jangan membezakan kelebihan/kekurangan anak didepan anak-anak yang lain. Ini akan menyebabkan anak menjadi egois/bongkak dan lemah.

14. Cipta suasana rumah yang penuh kedamaian, rasa cinta dan saling hormat menghormati.

15. Sesekali cuba ayah take over kerja-kerja menguruskan anak, seperti mandikan anak, masak dan suapkan makan anak, pasti pengalaman itu sangat berharga.


Sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya. 
(sumber : pama.karangkraf.com)


p/s : Bapa adalah ketua keluarga, jadi ciptalah aktiviti wajib keluarga setiap hari seperti Solat berjemaah bersama. Apabila seorang bapa mengajak anak-anak dan keluarganya menjaga hubungan dengan Sang Pencipta. Insya Allah segalanya urusan mendidik anak-anak akan lebih sempurna.

Terima kasih kerana sudi membaca..

Nur 012-5763744
email : nbh_gal84@yahoo.com
fb: Nur Bahirah Abdullah
id 908782

3 ulasan:

  1. aku suka yang no.15 tu sebabnya suami aku hari2 buat kerja tu.. hehe

    BalasPadam
  2. by the ay... ni tips2 yang bagus untuk para suami bergelar ayah

    BalasPadam
  3. terima kasih kerana sudi membaca ^_^

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...