RESEPI SUP AYAM BERSAMA SPAGHETTI UNTUK SI KECIL, SIHAT DAN MENYELERAKAN

Assalamualaikum

Hari ini Nur nak share resepi yang baru Nur cuba semalam untuk si kecil ziyad. Menu yang sangat mudah dan ringkas. Kebetulan Nur dan Suami bercadang nak masak spaghetti goreng. Jadi Nur fikir bila mama dan abah makan anak-anak pun boleh join skali tapi mengikut kesesuaian jenis masakan.

Jadi untuk Ziyad, Nur buatkan Sup Ayam + Spegetty


Sup Ayam Versi Ziyad

1. 1 ketul ayam -isi sahaja (potong kiub)
2. Rempah 4 beradik ( cengkih, lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
3. Seulas bawang putih
4. Seulas bawang merah
5. Daun Sup
6. Kentang/ Carrot
7. Sedikit Minyak (tumis)

Cara-cara

1. Tumis bawang merah dan putih yang telah didadu sehingga naik bau
2. Masuk kan rempah 4 beradik
3. Masukkan air dan kentang (masak sehingga kentang empuk)
4. Masukkan ayam (tunggu sehingga masak)
5. Last skali taburkan daun sup
6. Siap!

Spaghetti -ambil yang mama rebus, sebelum digoreng!

Alhamdulillah second time mencuba, nampaknya ziyad suka dengan Speghetti Chicken Soup Mama!

Bertambah-tambah anak mama makan. Tak kurang juga dengan Si Kakak Zara, 3 kali tambah Spaghetti Goreng Mama...

Oh ya! selamat mencuba resepi yang serba ringkas dan cepat ini, especially untuk mak-mak yang bekerja..

Sekiranya ibu2 ada resepi yang best2 untuk sikecil boleh berkongsi resepi diruangan komen... Sangat2 dialu-alukan..^_^

Nur  012-5763744

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...