RESEPI RENDANG PEDAS DAGING VERSI MASAKAN NENEK DIKAMPUNG

Assalamualaikum semua

Wahh masing-masing masih lagi dalam mod Raya, Betul tak?? raya kan sebulan.hehe.. Sudah tentu ramai sanak saudara, rakan-rakan datang nak beraya kan? Tapi buntu nak masak apa...meh Nur kongsikan resepi Rendang Daging Pedas, iaitu resepi warisan nenek. Belum masak lagi tapi dah Yummyyy!!...(bawang pun belum tumis, tapi dah kata sedap, haha caner tu!)




Bahan-bahan

1 kg daging (Nur guna daging fresh)
1 kg santan
3 senduk cili kering (yang telah diBlend)
3 Labu bawang besar
3 Ulas Bawang Putih
Halia (sebesar ibu jari)
3 Batang serai
Lengkuas
Kerisik
Daun Kunyit (dirincik halus)

Cara-cara

1. Tumis cili yang telah diblend bersama dengan bawang besar, bawang putih, halia, serai, lengkuas...sehingga naik wangi.

2. Masukkan daging, biar sehingga daging separuh masak, 

3. Masukkan santan, biar menggelegak

4. Masukkan kerisik dan last skali taburkan daun kunyit yang telah dirincik halus!

5. Tara! dah siap! Boleh dihidangkan bersama dengan ketupat atau lemang..makan dengan nasi panas2 pun sodapp..

p/s : Rendang adalah menu wajib yang mesti ada di Pagi raya..Sambil2 main dengan anak2 pun dah boleh masak.Senang dan cepat.Jom sama2 kita cuba! 

Nur 012-5763744
email : nbh_gal84@yahoo.com
fb : Nur Bahirah Abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...