TIPS DETOX BANTU BADAN KEKAL SIHAT DAN CERGAS

Assalamualaikum

Baru- baru ini, Nur ada baca beberapa artikel tentang kesan bahayanya toksin di dalam tubuh manusia. Segala info yang dikongsikan, sedikit sebanyak berkait rapat dengan corak pemakanan, gaya hidup kita yang serba moden ini.

Orang sekarang dah jarang-jarang makan ulam-ulaman??

Orang sekarang lebih berminat dengan fast food?? ye atau tidak?

Orang sekarang lebih suka makan dikedai-kedai makan dari home cooked???

Tak semua, tapi majoriti antara kita akan melalui situasi seperti di atas, tunjuk...tunjuk..dan bayar. Namun tahukah, tanpa kita sedari yang kebanyakkan makanan yang kita ambil mengandungi banyak toksin??

Berapa kali kita lakukan detox untuk tubuh seminggu??




Apa itu toksin??

Toksin adalah bahan beracun yang terdapat didalam tubuh seseorang hasil dari pencemaran makanan seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia dalam aktiviti pertanian. Namun harus diingatkan, toksin juga berpunca dari bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya.

Cuba kita bayangkan sebuah akuarium yang tidak dicuci secara berkala, agak-agak apa akan jadi dengan fizikal dan hidupan dalam akuarium tersebut. Dah tentu berlumut dan berbau kan?? Silap2 ikan pun boleh mati. 

Macam tu juga tubuh manusia, jika sistem semulajadi tubuh tidak mampu membuang toksin ia akan menyebabkan Pelbagai Penyakit. 

Menurut Dr Ibrahim Burhanuddin

"Apabila semakin banyak toksin dalam badan, oksigen akan bertambah kurang. Ini menyebabkan orang yang sakit akan bertambah-tambah sakit sekiranya sel-sel dalam badan tidak mendapat nutrien dan oksigen yang cukup," 

Apa yang membezakan setiap pesakit ialah tempat-tempat toksin itu berkumpul hingga menyebabkan pelbagai penyakit datang seperti gout, kencing manis, jantung, darah tinggi dan buah pinggang.
    
Jika toksin banyak berkumpul di kepala, sakit kepala mudah datang, akan cepat mengantuk, tumpuan akan hilang, susah untuk tidur dan pelupa hingga menyebabkan darah tinggi dan akhirnya strok, katanya.  
    
"Contohnya, gula dalam darah yang normal bacaannya 4 hingga 6, jika lebih daripada itu seperti bacaan 8 hingga 10 yang lebih itulah toksin. Begitu juga dengan kolestrol dalam badan.


Jom Singkir Toksin

Berikut ada beberapa cara yang Nur kongsikan, dan ada diantaranya Nur pernah buat.

1. Bekam

Masa dizaman muda mudi Nur ada masalah jerawat, memang muka nampak teruk sangat dan ada yang suggest buat bekam. Jadi tanpa ragu-ragu Nur cuba buat pertama kalinya di Hpa, proses penyingkiran darah kotor berlansung dengan baik tanpa ada rasa takut. Seingat Nur 3kali repeat buat bekam dalam setahun. Alhamdulillah, hasilnya memang sangat ohsem!..Korang yang tak pernah rasa berbekam, boleh try lepas nie. serius memang best!!!

2. Alfalfa

Makan Alfalfa lagi mudah, selepas proses bekam, Nur continue ambil alfalfa konsisten setiap hari. Jadi tak perlu Nur berbekam setiap 6 bulan skali. Sesekali ketagih nak berbekam boleh juga. hehe. Alfalfa ada sejenis herba yang mempunyai 1001 khasiat (raja segala tumbuhan ), ianya bukan sahaja membantu menyingkirkan toksin dari tubuh, malahan lebih dari itu, Ketahui Rahsia Alfalfa di Sini (klik sini)

3. Minum air kosong

Minum air kosong 8 gelas sehari atau sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Air putih adalah cairan yang berkualiti dan mampu membersihkan sistem pencernaan. Air juga dikatakan dapat melarutkan bahan kimia dalam darah dan membantu memperbaiki sistem tubuh dan pertumbuhan

Tips : Minum 2 gelas air kosong setiap pagi, selepas bangun dari tidur dalam keadaan perut kosong.

4. Air detox

Air detox atau enfused water adalah campuran air kosong dan buah-buahan, madu, daun herba. Selain membantu menyingkirkan toksin, air ini juga mampu meningkatkan tahap metabolisme, meningkatkan mood dan banyak lagi. Terdapat pelbagai jenis resepi air detox dan ini adalah salah satu resepi yang sempat Nur kongsi.

Bahan-bahan:
2 liter air kosong
Timun dipotong ikut suka
Buah lemon - dihiris atau diperahkan jusnya kedalam air
3-4 helai daun pudina


Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan-bahan di dalam bekas kedap udara, masukkan air dan biarkan di dalam peti sejuk selama1-2 jam. Boleh juga diletakkan diluar untuk yang tidak suka sejuk. Jika tiada buah lemon boleh gantikan dengan buah limau nipis.


5. Bawang 

Ambil sebiji bawang besar dan potong, masukkan bawang yang dipotong tadi kedalam stokin, pakai stokin tersebut sebelum tidur. Nak kesan terbaik gunakan bawang organik. Kegunaan bawang, bukan sekadar untuk memasak malahan lebih dari itu. 


Jadi disebabkan kekangan masa, Nur mengambil langkah bijak memilih cara no 2. Cara ini lebih berkesan dan lebih selamat, memandangkan Nur memerlukan banyak masa untuk dibahagikan bersama keluarga dan anak2 serta tugasan-tugasan lain.

Alhamdulillah setelah 4 tahun konsisten mengambil Alfalfa...

- Badan rasa ringan, tak ada rasa malas-malas
- Rasa sakit kepala dan pening-pening tiada lagi 
- Susu badan makin konsisten
- Masalah Hal-hal dalaman dan kewanitaan juga terjaga..



Jom 



Sekiranya ingin tahu lebih lanjut boleh contact 
Nur 012-5763744

2 ulasan:

  1. seriously, bile kita detox.. badan rasa segar dan tak mengantuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan...dorsett pink...setuju, salah satu dari punca mengantuk bukan sahaja dari kekurangan nutrien, malahan punca dari toksin banyak...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...