11 TIPS KEKAL CUN DAN SIHAT DI PAGI RAYA



Assalamualaikum 

Hari ini dah masuk hari yang ke 22 kita berpuasa, Alhamdulillah walaupun tahun ini kita berpuasa dalam keadaan cuaca yang panas tapi Insya Allah kita boleh lakukan ibadah dengan sempurna. Apabila bercerita bab bulan ramadhan sudah tentu setiap hari anda memikirkan menu apa yang hendak dimakan ketika berbuka kan?

Of coz menu-menu yang special kan , hehe, Nur juga sama seperti anda, hari-hari memikirkan menu yang berbeza2. Nak reward diri dan keluarga katakan setelah berpuasa seharian. Tak Salah nak makan menu sedap-sedap kan tapi kita perlulah bersederhana. Jangan sampai membazir pula.hehe

Sepatutnya apabila sebulan kita berpuasa, badan kita fit, tapi disebabkan nafsu nak makan macam-macam, hasilnya badan kita tidak sihat dan gempal. 

Untuk memastikan kita sentiasa bersederhana, disini Nur ada beberapa tips untuk dikongsikan bersama supaya kekal sihat dan cun di pagi raya.

1. Kurangkan pengambilan lemak, terutamanya lemak tepu, sumber dari binatang. Contohnya jika anda seorang yang suka makan sup tulang atau sup gear box, pastikan ambil dalam kuantiti yang sederhana dan tidak terlalu kerap. Ini kerana ianya mengandungi aras kolsterol yang tinggi.

2. Tingkatkan pengambilan buah dan sayur-sayuran segar. Ambil buah seperti belimbing besi, betik, ciku, pisang  dan sebagainya. Buah-buahan tempatan mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding buah import. 

3. Lebihkan pengambilan air. Disarankan ketika berbuka, minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan air putih.

4. Elakkan mengambil minuman manis seperti minuman kordial dan berperisa.

5. Elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, 

6. Kurangkan pengambilan makanan yang masin terutama ketika sahur. Ini akan membantu anda agar tidak merasa dahaga ketika puasa.

7. Masak sendiri makanan dirumah supaya makanan dijamin bersih, berkhasiat dan selamat dan secara tidak lansung anda dapat berjimat.

8. Elakkan kerap ke pasar ramadahan ini kerana nafsu makan akan membuak-buak maka hasilnya anda membeli bermacam-macam jenis makanan dan akhirnya membazir dan buang begitu sahaja.

9. Bagi ibu yang menyusu anak, anda digalakkan minum air kosong yang banyak. Pada siang hari, apabila anda mengepam setiap 3jam badan anda akan dihidrasi. Jadi nur memilih untuk minum Perfomance Drink, Esp dan Mealshake.

10. Hadkan pegambilan makanan manis seperti kek, kuih-muih manis dalam kuantiti berlebihan sewaktu berbuka kerana is boleh mengakibatkan peningkatan berat badan.

11. Lakukan senaman ringan yang tidak memudaratkan seperti joging secara perlahan. Terpulang kepada individu samada ingin buat atau tidak. 


Tips 

Ambil 3 biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa.

Kurma kaya dengan tenaga, mengandungi serat, vitamin dan mineral.

Seterusnya secawan jus buah-buahan

p/s : pengambilan makanan dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal.


Nur 012-5763744

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...