ALKISAH BEKAM NAK CANTIK DAN BEBAS JERAWAT





Bila sebut atau bercerita al kisah bekam, ramai diantara kawan-kawan Nur tanya.....

" Tak sakit ke buat bekam??

" Bekam tu dia toreh-toreh badan kita ke??

" Takutnye, Eh tak payah buat la"

Pelbagai rungutan dan pertanyaan yang Nur dapat. Senang cakap " Tak cuba, tak tahu, tak cuba tak rasa ". Seriouslly cuba dulu, dah rasa pasti anda nak repeat lagi. Super best taw.hehe.


Pengamal kaedah perubatan bekam, Dr Nik Fairuz Hakim Nik Omar, dari Pusat Perubatan Homeopathy dan Akupuntur Dr Nik Omar, Shah Alam, berkata bekam atau Al-Hijamah adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri. Ia adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT.


Ya, Nur akui kalau di ikutkan definisi sebenar berbekam suatu masa dulu menggunakan tanduk, buluh, pisau. Yang itu buat ramai takut. Tapi bekam yang pernah Nur buat menggunakan jarum (rasa ala2 seperti semut gigit je) dan cup. TAK MENYAKITKAN LANGSUNG. 



Macam mana boleh terjebak buat Bekam??


Al kisahnya sewaktu mula-mula register belajar di Uitm Seri Iskandar, kulit muka Nur licin dan berseri-seri (sila perasan sekejap,haha) tapi selepas seminggu disana, muka dan badan Nur ditumbuhi jerawat dengan secara tiba-tiba. Suhanallah...maklum lah waktu itu saya kurang ambil tahu tentang vitamin2 plus belasah je apa nak makan (kira bab makan kurang ambil berat).

Ada kawan Nur cakap mungkin faktor air kotor, memandangkan batch kami yang pertama merasmikan blok asrama yang baru siap itu!. Nur sendiri fikir mungkin faktor hormon berubah, ye lah perubahan hormon remaja kann!!hehe.

Seingat Nur lama juga Nur menghadapi masalah jerawat dan masalah kulit badan seperti gatal. Dari tahun 2002 sehingga 2008 masalah saya belum selesai. Parut dimuka dan badan tak payah nak cerita lahh..sebab saya nie juara menggaru, haha. Macam2 produk Nur cuba.

Pertengahan tahun 2008, Nur rasa tergerak hati nak mencuba kaedah bekam. Jadi 1st trial, Nur buat di Hpa Jitra. Bermula dengan berbekam dibahagian muka iaitu bekam resdung. Mula-mula Nur agak gelisah maklum lah baru pertama kali. Mungkin tekanan darah tak stabil kot, akibat terlalu panik..tapi Alhamdulillah Nur berjaya habiskan sesi berbekam tersebut.

Apa yang Nur boleh ceritakan, semasa berbekam banyak darah hitam keluar beserta lendir-lendir dan juga angin, Nur sendiri lihat menggunakan cermin,(kira kategori tak takut darah, hihi). hampir 10 cup kalau tak silap. Selesai berbekam, kepala rasa ringan, kulit muka pun ada sedikit seri, huhu..tapi ahkak yang buat bekam tu cakap......

"adik, perlu repeat setiap 4 bulan sekali, kalau nak masalah jerawat pulih, resdung adik banyak, toksin pun banyak"


Maaf gambar pertama tak sempat snap. Ini gambar kedua selepas saya buat bekam

Ini gambar hasil selepas 3 kali berbekam

Again!! Selepas 4 bulan, Nur kembali berbekam, Alhamdulillah, Fast result yang Nur dapat lagi, jerawat dah kurang banyak, masalah gatal badan pun berkurangan.

Again!! Nur repeat untuk kali ketiga, Fuhhh..apa yang boleh Nur katakan, Ohsem!!selepas 3 kali rawatan bekam kulit muka saya 80 % bebas dari jerawat. (ada juga sebiji dua tapi in control, compared dengan sebelumnya) Sujud syukur.

Jadi pada tahun 2011 saya ditemukan Allah dengan produk shaklee, Alhamdulillah, sujud syukur lagi. Bermula pada saat itu lah, untuk Nur maintain kulit muka sepaya bebas dari jerawat dan kecelaan parut dimuka dan badan saya mula menggunakan Alfalfa , Esp dan Vitamin asas (Vitalea, B-Complex dan vitamin C)

Apa yang Nur boleh simpulkan disini, masalah jerawat dimuka dan badan Nur berpunca dari toksin yang berkumpul dalam badan!! Oh ngerinya. Syukur Nur ambil tindakan lebih awal. Kini Nur dah bebas dari masalah jerawat. Parut-parut dibadan dan muka dah makin beransur pulih selepas Nur mengambil vitamin Shaklee.

Kepada yang mengalami masalah sama seperti Nur jangan malu dan segan ye untuk bertanya dan berkongsi masalah. Nur sedia membantu.

Nur 012-5763744 (sms, whatsapp, call)
Email : nbh_gal84@yahoo.com
Fb : Nur Bahirah Abdullah

2 ulasan:

  1. Salam, boleh saya tahu rate 1 cup berapa eh ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bergantung pada kedai wawa adenan ada yang 1 cup rm5 ada yg rm10

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...