HANYA DENGAN BEBERAPA SAPUAN ANAK DAH TAK GATAL AKIBAT CAMPAK HALUS

Harinie rasa nak corat coret sikit tentang cik ziyad, minggu lepas ziyad terkena tompok-tompok putih dalam mulut, saya ingatkan sisa-sisa susu saya melekat didalam mulut, tapi sebenarnya tak (rasanya macam kulat). So petang tu jugak saya ke klinik. 

"Eh, nie kulat" kata doktor tu

"Tapi doktor, hari-hari saya steril botol, puting, bekas makan dia"

"Kadang benda nak jadi, kita steril pun jadi juga"-doc

"ooo"-aku

(besok-besoknya kulat semakin kurang, Alhamdulillah)

Habis saje kulat, ziyad demam selama 3 hari On Off. Sememangnya saya perlu ambil cuti bertindak menyusukan ziyad sebanyak mungkin agar suhu badan beransur2 turun. Namun kejap ok kejap tak ok (mama dah rasa pelik), Saya mandikan ziyad 3 kali sehari, bagi makan puri barli (bagi sejuk badan), dan hanya pakaikan pampers sahaja dan pasang air-cond. Alhamdulillah hari ke 3 kebah.

Hari ke 4 pagi-pagi lagi saya belek2 badan ziyad, ada bintik-bintik merah macam ruam dibelakang dan leher. Petang tu pergi klinik lagi, minta doktor diagnosed, doc kata ruam..n bagi ubat sapu kt kulit dan vitamin cecair untuk minum. (tapi saya  tak guna pun sbb saya tengok simptom-simptom macam nak jadi campak, saya tempek bedak sejuk)

Malam, bintik2 merah (orang utara kata campak sekam) tu dah merebak kepala, muka...(sedih tengok ziyad). Menyusu pun nampak gaya tak selesa, dia gerak-gerakan badan macam gatal...so saya cuba sapu Krim Herbal Blend supaya dapat kurangkan ketidakselesaan akibat gatal campak. Alhamdulillah sangat membantu. Memandangkan ziyad baru 6m++ saya tak berani nak sapu krim sebarangan takut-takut tangan tersentuh dan bawa masuk ke mulut. Dalam masa yang sama saya bagi ziyad 3 sudu kecil air buah kelapa muda (pastikan yg pure) dan saya pun minum sekali dan menyusu kerap2..Alhamdulillah besoknya, bintik-bintik merah campak makin kurang dan beransur2 hilang. Syukur..Mama boleh kembali bekerja dengan hati gumbira...

Semua itu ujian untuk anak mama-hope lepas nie imun anak mama makin kuat, Tahniah anak mama dah tumbuh sebatang gigi!! hehe


Kesian ziyad, tapi Alhamdulillah krim herbal blend banyak membantu kurang gatal campak ziyad


Nur Bahirah | Wassap/Call : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...