MILK BOOSTER BANTU SUSU SAYA BANYAK DAN MERIAH

Alhamdulillah, pagi yang penuh barakah, pagi yang ceria. Alhamdulillah sehingga ke saat saya menulis entry ini saya masih lagi menyusukan Muhammad Ziyad Faqih (Putera sulung saya, merangkap anak kedua) yang kini menginjak masuk ke 5 bulan.

Tahniah buat ibu2 yang berjaya menyusukan anak sepenuhnya n tabik spring, especially kat ibu2 yang bekerja. So entry saya harinie, saya nak share beberapa jenis makanan, vitamin (milk booster) yang saya amalkan bermula dari saat saya hamil, berpantang dan sehingga ke saat ini.

Antara milk booster ferebet saya semasa hamil adalah kurma, badam (mmg xpenah skip, sbb pagi2 drive g keje mak slalu lapaq) so jadi alas perut yang terbaik before breakfast. 


SUSU BANYAK
Rezeki di pagi hari...hasil makan nasi dagang + minum esp
Milk booster kesayangan saya :

Kurma (yang nie stok sentiasa dalam fridge) 
~ Badam
~ Kucai
~ Halba
~ Tempe
~ Ais krim (my feberet,,haha)
~ Horlick + oat (sudah semestinya)
~ Milo
~ Cheese (ada stok, tapi slalu kena songlap ngan cik zara..hak2)
~ Air Soya (tapi xselalu)
~ Habatussauda
~ Susu kambing (hi-goat, sya xpenah minum yang fresh)
~ Alfalfa (yang nie dah konfirm natural milk booster)
~ Esp (bancuh kosong ja tanpa menodai kesuciaannya..haha)

Ekceli banyak lagi milk booster yang saya xsenarai disini,..lepas nie nak try longan pulak!! ada kwn saya try menjadi..yehaaa!!

Selain dari milk booster diatas saya juga mengambil vitamin asas seperti Vitalea, B-complex, Vitamin C dan juga Ostematrix, untuk memastikan tubuh saya sentiasa berada dalam keadaan sihat. Bila badan sihat dan cukup nutrisi, susu dapat dihasilkan dengan lancar dan berterusan. 

Awas! milk booster untuk setiap orang berbeza, hehe.., saya pernah try lobak putih tapi xmenjadi dengan saya, mana tau lobak putih menjadi dengan anda!!, so kena cuba.. try n error..penerimaan badan kita tidak sama. Konsep yang sangat mudah, nak susu banyak misti kena kerap mengepam sekurang2nya jarak setiap 2-3jam dan xlebih dari tu, itu yang saya amalkan. Jangan tunggu sehingga cik b bengkak baru nak pump (salah konsep).

Kita ambil contoh flush tandas..bila kita flush, tangki simpan air akan kosong dan diisi semula.....dan seterusnya...begitu juga dengan cik b kita, selagi kerap mengepam mengosongkan cik b selagi tu susu kita akan diisi dan bertambah mengikut keperluan baby (demand dan supply).

#nak susu meriah selalu, makan makanan yang kita suka, xmo stress, hepy2 je,..hik2..minum air kosong 3liter sehari..


Hubungi Saya untuk dapatkan tempahan, tawaran menarik  dan pembelian produk Shaklee dan konsultasi terbaik dan percuma pada bila-bila masa.

Nur Bahirah | Wassap/Call : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...