4 VITAMIN SHAKLEE MEMBANTU ATASI MASALAH SEMBELIT

Sembelit biasanya berlaku kepada orang-orang tertentu pada keadaan tertentu kerana tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat atau perubahan hormon pada badan seseorang dan lain-lain lagi. Sembelit berlaku dimana terdapat gangguan dalam pengeluaran feses (kotoran) dengan frekuensi yang tidak seperti biasanya. Keadaan ini terjadi apabila najis menjadi keras dan sukar untuk dikeluarkan dengan sempurna.

Sembelit kronik terjadi dimana proses membuang air besar individu tersebut kurang dari 3kali seminggu dan berlarutan selama beberapa bulan. Di mana lebih 40 peratus najis yang dikeluarkan adalah lebih keras berbanding dengan individu normal akan mengeluarkan 75 peratus najis lembut dan proses pembuangan lancar tanpa perlu bersusah payah meneran. Sekiranya berlarutan, individu tersebut perlu berjumpa doktor dan buat pemeriksaan, takut-takut ia bersangkutan dengan masalah usus


Sembelit boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, tidak terkecuali termasuk dikalangan
1. Ibu hamil
2. Ibu berpantang
3. Bayi
4. Kanak-kanak
5. Orang Dewasa
6. Sepertiga warga emas yang berusia 65 tahun ke atas

Punca sembelit
1. Kurang mengambil makanan yang mengandungi serat (fiber) seperti kekacang, sayur- sayuran, buah-buahan, ceareal dan beras perang.
2. Kurang melakukan aktiviti fizikal (olahraga)
3. Kerap menahan pembuangan air besar
4. Kesan sampingan dari pengambilan ubat-ubatan atau pil suplimen tertentu.
5. Perubahan hormon menyebabkan usus memproses makanan menjadi perlahan dan membantut pergerakan usus besar
6. Kurang minum air
7. Masalah dengan kolon dan rektum
8. Masalah fungsi usus
9. Penyalahgunaan julap

Simptom Sembelit 
- Jarang membuang air besar (kekerapan dalam seminggu)
- Rasa perut sakit, kembung atau kejang
- Kurang selera makan
- Membuang najis yang keras dan kering
- Muka kemerah-merahan apabila menahan untuk membuang najis.

Kesan Sembelit
- Buasir
- Berak dan Najis berdarah
- Risiko untuk mendapat kanser usus
- Peranakan jatuh atau terkeluar (apabila kerap meneran, otot-otot pada rahim lemah dan tak kuat)

Rawatan
1. Berjumpa dan berbincang dengan doktor tentang masalah sembelit anda
2. Dapatkan nasihat dan rawatan yang tertentu bagi mengatasi masalah sembelit anda
3. Seimbangkan pengambilan makanan berserat dalam diet harian
4. Minum banyak air
5. Pelbagaikan pengambilan makanan
6. Lakukan senaman secara berkala

**Tabiat pembuangan air besar setiap individu adalah berbeza, sekiranya tabiat tersebut berubah, segeralah berjumpa dengan doktor, dapatkan nasihat atau rawatan jika perlu**.


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit



Jika anda masih ragu-ragu dengan masalah anda alami jom tonton video ringkas ini, moga ia dapat membantu meringankan masalah yang anda hadapi.



Hubungi Saya untuk dapatkan tempahan dan pembelian produk Shaklee dan konsultasi terbaik dan percuma pada bila-bila masa.

Nur Bahirah | Hp : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com



3 ulasan:

  1. memang ramai sudah akui vitamin shaklee bagus untuk kesihatan dan mampu mengatasi masalah kesihatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih tuan, alhamdulillah semuanya dengan izin dari Nya

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...