RAMBUT GUGUR DAN CARA ATASI DENGAN VITAMIN RAMBUT SHAKLEE

Rambut gugur lagi??
"Hampir separuh rumah dipenuhi rambut gugur, dah la lantai jubin putih, memang terang-terang nampak. Kalau tiap2 hari xsapu dah tentu jadi gunung rambut". "Hmmmm vitamin rambut apa yang sesuai ye"

Rambut gugur setiap hari adalah normal. Namun perlu diketahui tahap mana keguguran rambut setiap orang? Secara purata, manusia keguguran kira-kira 70-100 helai rambut setiap hari. Itu normal. Masalah akan bermula apabila rambut yang gugur dan mulai tumbuh semula terlalu lambat atau sedikit, dan seterusnya langsung tiada.

Pelbagai cara digunakan untuk memulihkan kembali masalah ini, tidak kurang juga ada yang mencuba petua orang dulu-dulu "Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar sehingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu". Petua ini bagus, sekiranya berkesan kepada individu yang mengalami masalah tersebut.

Tahukah anda struktur rambut yang sihat terdiri dari protein dan karbohidrat dan ia disuburkan oleh liang rambut. Jika liang rambut dibebankan dengan terlalu banyak tugas, rambut akan menjadi lemah dan mudah gugur. Wanita yang mengalami keguguran rambut dengan kehilangan rambut dari bahagian tepi garisan rambut manakala lelaki akan kehilangan rambut bermula dari bahagian tengah kepala.

Punca-punca rambut gugur

1. Genetik
2. Tekanan - emosi yang tidak menentu menyumbang kepada peningkatan sebum
3. Pemakanan
4. Diet yang tidak seimbang - diet yang tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi rambut
5. Faktor hormon - terutamanya kepada ibu-ibu selepas melahirkan 
6. Pengambilan ubat yang boleh menjejaskan pertumbuhan rambut
7. Putus haid
8. Penggunaan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan ketidakseimbangan tiroid


Nutrisi yang diperlukan rambut


Zat besi adalah penguat rambut paling baik, di mana ia membantu membawa oksigen darah ke seluruh tubuh sehingga dapat menjaga rambut supaya kuat dan sihat. Rambut yang nipis dan lemah adalah petanda yang seseorang itu tidak cukup zat besi. Di antara sumber terbaik zat besi adalah daging merah. Antara lain juga disarankan mengambil asid lemak Omega-3 dan 6 untuk meningkatkan kesihatan kulit kepala. Kandungan makanan yang tinggi omega-3 boleh didapati dalam ikan salamon dan mackerel. Seterusnya pilihlah makanan dan diet yang seimbang seperti buah-buahan dan sayur sayuran, lemak sihat dan protein supaya badan anda mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.

Antara Vitamin Shaklee yang dicadangkan adalah seperti :

Esp- Mengandungi protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan, kecantikan kulit dan rambut

Zinc -Bermanafaat untuk rambut termasuk untuk pembiakan sel, pertumbuhan tisu dan pembaikan tisu yang rosak.

Collagen Powder - Membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.

Revitalizing Shampoo -  Syampoo yang didatangkan khas supaya rambut lebih terurus, mengekalkan kelembapan dan yang paling ianya bebas dari ramuan bahan kimia. 

p/s : Jika masalah masih berpanjangan walaupun sudah mencuba pelbagai jenis dan cara, anda digalakkan berjumpa pakar rambut untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Sebaik-baiknya cegahlah masalah ini secepat mungkin kerana anda cenderung menjadi botak jika ianya tidak terkawal.

VITAMIN RAMBUT GUGUR
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit


Jom tonton video shaklee effect yang super power!!



Hubungi Saya untuk dapatkan harga yang menarik, tempahan dan pembelian produk Shaklee dan konsultasi percuma pada bila-bila masa.

Nur Bahirah | Hp : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...