8 MAKANAN IBU HAMIL YANG KAYA DENGAN VITAMIN DAN NUTRISI JANA PERKEMBANGAN POSITIF BAYI

Bismillahirrahmanirahim...
Ramai dikalangan ibu hamil dan ibu yang merancang ingin hamil tercari-cari makanan yang sesuai ibu dan malah baik untuk perkembangan otak dan tumbesaran bayi. Makanan-makanan ini biasanya mudah didapati dipasaran dan dijamin selamat untuk ibu dan juga bayi. 

Saya pasti ramai ibu hamil teruja untuk mengetahui apakah makanan tersebut dan kelebihan khasiatnya. Saya juga begitu, di saat saya menulis entry ini, keterujaan untuk berkongsi bersama-sama, berkobar-kobar malahan rasa bahagia apabila dapat berkongsi dengan orang lain. :))


1. Minyak Zaitun
Ibu hamil digalakkan mengambil minyak zaitun, kerana ia dapat memutihkan kulit dan membersihkan hati. Selain itu juga minyak zaitun mengandungi Asam Lemak Omega 3 dan Asam Linoleat yang sangat baik untuk kesihatan. Apabila ibu hamil mengambilnya secara tidak langsung anak juga mendapat manfaat di atas kebaikan tersebut. Di antara minyak zaitun yang terbaik adalah Extra Virgin Olive Oil.

2. Buah Delima
Umum diketahui buah delima mempunyai tekstur, warna dan rasa yang menarik. Banyak khasiat sebenarnya yang terkandung di dalam buah delima terutamanya kepada ibu hamil dan janin. Di antaranya khasiatnya adalah : 
-mengandungi asid folic yang tinggi (cegah kecacatan tiub saraf, kerosakan sum-sum tulang dan langit-langit atau bibir sumbing)
-memberi tenaga ibu menyusu dan hamil, 
-khasiatnya membantu supaya anak sihat dan cerdas dan memiliki kulit yang cantik
-mengurangkan alahan
-sangat bagus untuk perkembangan otak janin dan melindungi otak bayi semasa kelahiran
-Mengelakkan kejang kaki bagi ibu hamil.

3. Kurma 
Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata, "rumah yang tidak mempunyai buah kurma, seumpama rumah yang tiada makanan"
Diriwayatkan oleh Saidina Ali kw,"Tidak ada makanan bagi ibu hamil yang lebih baik dari kurma segar"
Khasiat Kurma
- Memberi tenaga paling pantas sekaligus mudah diproses dan diserap.
- Penguat memori
- Kaya dengan serat dan potassium
- Bagus untuk wanita hamil/bersalin

4. Badam 
-Badam juga dikategorikan sebagai makanan minda. Jika dilihat tekstur luaran yang berjalur2 seumpama bentuk otak.
- Mengandungi Folate yang tinggi dan sangat berguna untuk wanita hamil bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi
- mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain
- Kandungan lemak dan karbohidrat tinggi
- Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin dalam telur
- Sangat bagus untuk membina tulang dan gigi kanak-kanak

5. Tembikai (Segala Jenis)
-Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya
- Mengandungi pelbagai jenis nutrisi iaitu Vitamin seperti A, B6, C, Folat, Postassium, Zink serta lain-lain enzim berkaitan dengan penghadaman.

6. Susu Kambing
-Penyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi supaya sihat, cergas, dan pintar
- Kaya dengan protein, enzim2 dan vitamin A
- Molekul lemak susu kambing lebih halus dan mudah dihadam berbanding susu lembu
- Susu kedua terbaik selepas susu ibu
- Susu kambing mengandungi antibodi untuk merawat penyakit demam kuning 

7. Kismis
- Kismis mengandungi antioksidan yang tinggi berbanding buah prune dan aprikot.
- Kismis berasal daripada anggur yang telah dikeringkan.
- Menguatkan daya ingatan
- mengubatu penyakit lupa
- Mencerdaskan minda
- Mencerahkan mata

8. Madu
- Sebagai penambah tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata
- Mencegah dari pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain
- Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin
- Kandungan vitamin C dalam madu membantu kulit yang bersih dan sihat
- Membantu pertumbuhan fizikal dan mental janin.

p/s: Alhamdulillah semasa hamil anak pertama saya mengamalkan susu kambing hi-goat, badam, kurma, dan kismis, selepas zara dilahirkan, dia mengalami demam kuning tetapi tidak terlalu tinggi. Dalam masa berpantang saya masih mengambil hi-goat seperti biasa. Syukur selepas hari ke 4 kuning sudah tiada. 

Nur Bahirah
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Hp : 012-5763744 | fb : Nur Bahirah Abdullah
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...