TESTIMONI KELAS ASAS BLOG DAN FANPAGE

Salam sejahtera

Setelah hampir sebulan saya menyertai kelas asas blog oleh Puan Zaila Mohamah, nyata banyak ilmu dan kebaikan yang diperolehi dan dikongsikan sepanjang pembelajaran Online dengan beliau. Komitmen yang diberi oleh Puan Zaila kepada anak2 muridnya memang berkesan dan secara tidak lansung membantu menaikkan trafik blog masing2. 

Pada asasnya blog saya sudah dibina sebelum saya menyertai kelas asas blog ini. Namun saya rasakan masih ada kekurangan pengisian dan ilmu yang harus saya pelajari. "Aku harus cari gali lagi ilmu berblog nie dari orang yang lagi arif dlm bab2 nie untuk memantopkan lg blog kesayangan aku" . hehe..

Secara jujurnya yuran untuk menyertai kelas blog ini sangatlah berpatutan dan berbaloi. Jika hendak dibandingkan dengan kelas blog online yang sediada. Cara pembelajaran juga tidak terhad dari segi masa. Ianya sangat fleksibel dan boleh dilakukan pada bila-bila masa kita terluang. Janji setiap tugasan dapat disiapkan dengan jayanya..hehe.

Pendekatan pembelajaran secara 2 hala dan interaksi melalui online juga bagus, dan apa yang penting jimat masa, tenaga dan duit. hehe..hanya on lappy, anytime n anywhere, pembelajaran sudah dapat diteruskan dan apa penting sebarang kemusykilan dan rujukan boleh terus ke group kelas asas blog atau hanya ajukan soalan kepada Puan Zaila sendiri dan beliau akan memberi respon dengan kadar yang segera.

Secara keseluruhan kelas Asas Blog dan Fanpage ni memberi banyak kebaikan khususnya bagi kaum hawa yang ingin memulakan bisnes online, baik yang bekerja mahupun yang bergelar suri rumah. Pelbagai produk dan barang boleh dipromosi melalui alam maya. Dizaman teknologi yang semakin canggih dan berkembang pesat semuanya dan segalanya hanyalah dihujung jari anda yang chomel2.

Sekiranya anda berminat untuk membina blog dan belajar buat blog, segeralah hubungi Puan Zaila Mohamad di http://zailabinimdae.blogspot.com/


KELAS ASAS BLOG DAN FANPAGE





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...