PENYAKIT THALASEMIA DAN HEMOGLOBIN RENDAH BAGI IBU HAMIL

Entry kali nie saya nak sharing maring dengan anda semua berkaitan dengan penyakit THALASEMIA terutamanya bagi ibu hamil yang mengalami masalah hemoglobin rendah (hb rendah). Ibu hamil yang mengalami masalah sebegini tidak boleh dipandang remeh dan ianya juga memberi kesan kepada ibu dan janin yang dikandung. 



Apa itu talasemia

Talasemia adalah penyakit kecacatan darah. Penyakit talasemia ini diwarisi dari keluarga kepada anak. Jika Ibu atau bapa yang mewarisi penyakit ini, tidak semestinya semua anak akan mewarisi penyakit ini. Talasemia adalah kecacatn gen yang menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Pembawa talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. 

Apa itu Hemoglobin

Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh, selain itu ia memberikan warna merah sel darah merah. Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Paras hb rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.

Kesan kekurangan sel darah merah

- berasa lesu dan lemah
- tidak bermaya
- mungkin sesak nafas (sekiranya paras hb makin turun)
- tubuh gagal berkembang dengan baik

2 kategori talasemia :

1. Talasemia minor : mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukan tanda-tanda talasemia atau pembawa.

2. Talasemia major : mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.


Ibu hamil yang mengalami masalah ini disarankan mengambil iron supaya membantu pembentukan sel darah merah. Sekiranya berlaku lebihan iron dalam badan, ubat desferal berfungsi menyingkirkan lebihan iron tersebut. Siapa kata pengidap talasemia tidak boleh mengambil iron. Sekiranya iron kurang dalam badan, bagaimana akan berlaku pembentukan sel darah dalam tubuh??  



p/s : Adik kandung saya adalah pembawa minor thalasemia. Disaat saya sedang menulis entry ini kandungan dah masuk hampir 7 bulan. Di awal-awal membawa kandungan ada juga dia mengadu yang hb dia rendah, turun sehingga 7.9. Itu dah ditahap merbahaya. Masalah adik juga telah dirujuk kepada pakar. Sebelum nie pun dah beberapa kali kena admit ward. Dia dah rasa bosan dan putus asa. Doktor pakar juga ada menyarankan dia mengambil Iberet. Pengambilan Iberet juga ada kesan sampingan seperti kering tekak, gelisah dan sentiasa berpeluh. Tapi saya memberi cadangan supaya dia mengambil Vitalea, b-complex dan Omega Shaklee dan juga minta dia rujuk kepada pakar juga. Alhamdulillah setelah mengambil Vitalea hampir seminggu keputusan hb naik 0.1 dan makin bertambah dari minggu ke minggu. Syukur bila saya dengar perubahan positif adik saya.


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit


Hubungi Saya untuk dapatkan harga yang menarik, tempahan dan pembelian produk Shaklee dan konsultasi percuma pada bila-bila masa.

Nur Bahirah
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Hp : 012-5763744 | fb : Nur Bahirah Abdullah | email : nbh_gal84@yahoo.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...