4 KOMPONEN TERPENTING MAKANAN NUTRISI UNTUK OTAK KANAK-KANAK l BUTIK VITAMIN SEMULAJADI

Makanan Nutrisi Untuk Otak

Nutrien sebenarnya satu komposisi kimia yang berada di dalam sesuatu bahan makanan. Makanan yang kita makan boleh diibaratkan sebagai agen  perantara yang bertindak menyampaikan bahan kimia tersebut kepada tubuh badan kita. Nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita boleh dikategorikan kepada 5 kumpulan  iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral.

Otak kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi agar dapat berfungsi secara optimum. Pada peringkat awal usia, otak kanak-kanak berkembang dengan begitu pesat. perkembangan otak kanak-kanak pada usia 5 tahun mencapai 90% dan kadar tersebut sangat berkait rapat dengan pemakanannya.


Terdapat 4 jenis nutrisi terbaik yang diperlukan untuk perkembangan otak.


DHA
DHA atau asid dokosaheksaenoik (sejenis asid lemak omega-3) yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. pusat Berdasarkan kajian kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 2 tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka. Kanak-kanak yang makan makanan yg kaya dengan DHA lebih focus dan dapat memberi tumpuan ketika bermain dan belajar ( ikan, telur dan ayam)

Mengapa DHA penting?
1. Untuk perkembangan otak, mata, sistem saraf 
    2. Elemen utama untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransimitter acetylcholine membantu sel otak berhubung.


Zat Besi
Zat besi sangat penting untuk memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah dan mencegah anemia. zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Sumber makanan yang kaya zat besi ialah seperti daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.

Kesan Kekurangan zat besi
1. Boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka.
2. Hilang tumpuan pembelajaran
3. Pucat dan lesu.


Zink
Zink penting untuk fungsi otak yang betul dan kekurangan zat besi dikaitkan dengan kelemahan kognitif. Daging dan makanan laut adalah sumber terbaik zink yang mempunyai kandungan zink yang tinggi. Kekacang, germa gandum, dan bijirin penuh.

Kesan Kurang Zink

1.Tumbesaran kanak-kanak terbantut (pertumbuhan terencat)
2. Penurunan fungsi imuniti (daya tahan penyakit terjejas)
3. Kurang selera makan
4. Hilang deria rasa
5. Susah sembuh dari penyakit
6. Gangguan otak


Asid Folik
Asid folik yang juga dikenali sebagai folate merupakan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan sempurna bagi seseorang kanak-kanak. Asid ini penting bagi pembinaan DNA dalam setiap sel. DNA berperanan sebagai penyimpan maklumat bagi sel tersebut. Sayur-sayuran hijau adalah sumber asid folik yang terbaik.

Kesan kekurangan asid folik akan

1. Letih, lesu
2. Kurang tumpuan
3. Cepat marah
4. Pelupa


Makanan yang perlu dielakkan :

1. Makanan Bergaram
pemangkin kepada masalah tekanan darah tinggi dan arteriosclerosis tetapi juga boleh merosakkan arteri. Pengambilan garam berterusan memberi kesan kepada bekalan darah ke tisu otak dan menyebabkan sel-sel otak mengalami ischaemia dan hypoxia (hilang memori dan otak terencat) contoh makanan jeruk dan makanan ringan.

Keperluan Garam (sehari)
- Dewasa 7 gram
- Kanak-kanak kurang dari 4gram

  
2. Makanan Yang Mengandungi MSG
Ibu hamil tidak digalakkan mengambil makanan yang mengandungi MSG atau monosodium glutamate yang mana boleh menyebabkan kekurangan zink pada bayi yang dikandunginya.


3. Plumbum
Kandungan plumbum yang tinggi dalam tubuh sangat merbahaya. Plumbum yang tinggi dalam tubuh kanak-kanak boleh mengganggu pertumbuhan semulajadi sel-sel di dalam tubuh, mengganggu fungsi otak manusia, hiperaktif dan mendapat sawan. Kanak-kanak lebih terdedah kepada bahaya dan keracunan plumbum kerana plumbum mudah diserap terutama yang kurang zat makanan. Plumbum boleh membunuh sel otak dan merosakkan otak.Contoh pensel warna, warna air (jika dimasukkan ke dalam mulut) air,buah yang disimpan di dalam bekas yang mengandungi plumpum. Plumbum boleh membunuh sel otak dan merosakkan otak.


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 


Hubungi Saya untuk dapatkan harga yang menarik, tempahan dan pembelian produk Shaklee dan konsultasi percuma pada bila-bila masa. 

Nur Bahirah 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 908782]
hp: 012-5763744 | fb: Nur Bahirah Abdullah | email : nbh_gal84@yahoo.com








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...