BAHAYA KANDUNGAN BERACUN I PANDUAN MEMBELI VITAMIN, UBAT DAN KOSMETIK

Panduan sebelum membeli ubat, vitamin dan kosmetik


Salam, hari nie rasa nak coret2 dan share2 sket info dengan kawan yang tersayang. Semalam saya baru menghadiri kursus pekerja sihat, produktiviti meningkat anjuran Jabatan. Ahli panel yang dijemput mmg sgt berkaliber, seorang Doktor untuk sesi pagi dan seorang Penolong Pengarah bahagian Farmasi di sesi petang. Banyak info yang menarik yang saya dapat dan nak kongsi ngan kengkawan kat sini. Secara puratanya org kita membeli produk/ubat atas dasar khasiat (dengar dri kwn2, keluarga, etc), packaging yang cantik, murah, cepat berkesan dan sebagainya.Betul tak apa yang saya katakan nie? Kadang2 tempat pengilangan produk pun kita ragu-ragu dan tidak dapat dikenalpasti lokasi sebenar. Sekiranya kita mempunyai asas dan panduan, sekurang-kurangnya ia dapat membantu kita untuk memilih dan membeli  vitamin/produk/ubat yang berada di pasaran. Pada pendapat saya sebagai pengguna kita perlu meneliti dan memperhalusi demi menjaga kesihatan diri dan keluarga kita. Berikut adalah asas sebelum membeli ubat/produk.



Awas dengan makanan tambahan, minuman, suntikan seperti :

# kopi dalam paket 3 dalam 1 dengan harga yg x munasabah
  (disyaki dicampur dengan racun berjadual dan ia mungkin mengandungi SIBUTRAMINE-
   kesannya boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke)

# pembelian ubat-ubat melalui internet,pos dan khidmat kurier

# Jauhi suntikan itamin c, botox, kolagen, produk kecantikan
   (suntikan oleh individu yang tidak bertauliah)
  Jangan Rosakkan Kecantikan Semulajadi Anda! 

 Adalah penting membaca, memahami dan meneliti produk mempunyai :

1. Nombor pendaftaran MAL yang diluluskan kkm
2. Label Hologram Meditag
3. Tarikh Dibuat, Tarikh Luput
3. Kandungan Ubat, Kegunaan, logo halal dan sebagainya.

Berikut adalah contoh nombor pendaftaran mengikut kategori produk :

# Ubat "OTC" (Ubat vitamin, ubat demam)
   MAL 20030080X (ubat bukan racun bertanda "X" dihujung no pendaftaran)

# Ubat Tradisional
   MAL 20024420T (ubat tradisional bertanda "T" dihujung no pendaftaran)

# Ubat Terkawal
  MAL 20022544A (ubat terkawal bertanda "A" dihujung no pendaftaran)



p/s: so kat sini sya nak kongsi satu artikel yang mana seorang makcik nie mengamalkan makan jamu selama 3 tahun dan akhirnya menderita tulang reput.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/derita-kerana-jamu-steroid-punca-tulang-reput-1.21919






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...