8 TIPS MUDAH LAHIRKAN ANAK BIJAK BERMULA DALAM KANDUNGAN

Assalamualaikum...

Sejuk perut mak mengandungkan anak 9 bulan 10 hari, dan apabila anak yang dilahirkan ke dunia menjadi anak yang soleh/solehah berjaya di dunia dan akhirat. Saya yakin semua ibu2 yang sedang membaca entry ini mahupun diluar sana mengimpikan anak yang begini baik bukan??

"Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." 
(H.R. Bukhari dan Muslim) 

Menurut Perspektif Psikologi Islam, untuk melahirkan Anak yang bijak, genius dan cerdik, pengaruh ibu dan bapa terhadap janin perlu dimulakan sejak awal pembentukkan jasad janin. Sebelum melakukan hubungan intim, pasangan suami isteri hendaklah berdoa memohon perlindungan kepada Allah swt.

Apabila Pasangan yang tidak berdoa, maka ia akan dimanfaatkan oleh syaitan dan memperburuk pertemuan antara sperma dan ovum. maka lahirlah anak yang jauh dari jalan kebenaran dan hidayah Allah swt.  

Hasil pembacaan saya dan bertanyakan kepada ibubapa yang melahirkan anak2 yang soleh/berjaya, maka ini lah tips yang dikongsi bersama. 


Tips Anak Genius, Bijak, Cerdik, Soleh dan Berjaya

 Penjagaan Kesihatan Fizikal

1. Lakukan pemeriksaan sebaiknya dimulakan sejak kemunculan tanda-tanda kehamilan. 


Senaman

Lakukan senaman yang sesuai untuk ibu hamil seperti senaman hamil, jalan kaki dan sebagainya. Ibu hamil yang bersenam dan menjaga kesihatan tubuh dapat memberi impak besar dari segi kesihatan ibu dan janin. 

Oppss suka saya nak berkongsi disini sujud juga antara terapi yang sangat baik untuk kesihatan ibu hamil. Antara khasiatnya : 


1. iq

  • Kedudukan jantung berada di atas otak memyebabkan darah menjadi kaya dengan oksigen, yang apabila mengalir ke otak sehingga memacu kecerdasan dan memberi pengaruh yang besar kepada daya pemikiran seseorang.

2. Elak kejang

  • Ketika sujud, kedua lutut dibengkokkan dan ini beri manfaat mencegah terjadinya kejang pada lutut.

3. Baik untuk pencernaan

  • Membongkokkan badan ke depan dan meletakkan dahi diatas tanah adalah cara paling efektif proses urutan perut dan alat-alat pencernaan dalam tubuh.

4. Mengurangkan lemak

  • Sujud mampu mengurangkan lemak penyebab kegemukkan.

5. Mengeluarkan kotoran

  • Sujud dapat mengeluarkan cairan hingus dan nanah dari paru-paru, khususnya yang berasal dari bahagaian bawah paru-paru, lalu keluar melalui air liur.
*Memperbanyakkan sujud, baik dengan cara melakukan solat-solat sunat, mahupun sujud-sujud yang disunatkan, seperti sujud syukur dan sujud tilawah.

Ambil Makanan Bergizi secara teratur

1. Ibu hamil sebaiknya mencukupkan keperluan zat besi yang boleh didapati dari sayuran hijau tua, tauhu, kacang hijau, kacang merah dan kacang-kacang lain, telur, ikan dan daging.

2. Keperluan kalsium juga penting untuk pertumbuhan dan menguatkan tulang ibu dan janin. Terdapat pelbagai sumber kalsium boleh didapati melalui kacang-kacang, telur, ikan dan sayuran berdaun hijau.

3. Cukupkan keperluan asam folat amat penting untuk pertumbuhan saraf dan tulang belakang. sumber dari buah, sayuran segar, kacang-kacang serta hati.

*Semasa saya hamil anak kedua saya memenuhi segala keperluan untuk tubuh dan janin dengan SET HAMIL SHAKLEE supaya saya kekal cergas dan janin membesar dengan sihat dan bijak, Alhamdulillah saya tiada masalah kekurangan hb, kejang dan masalah2 lain semasa hamil sehingga saat melahirkan ziyad. 

Dan pengalaman yang paling mengembirakan, saya mampu berpuasa sebulan tanpa skip difasa2 terakhir kelahiran. Subhanallah dengan izin  Allah saya kekal cergas dari awal hingga akhir.

Beristirehat

Cuba ambil masa yang sesuai untuk beristirehat setelah seharian melakukan aktiviti. Istirehat yang cukup sebenarnya membantu ibu menghindari kelelahan. Apabila ibu terlalu penat maka akan terjadinya gangguan emosi dan mental. Faktor ini juga boleh menggangu kesihatan janin anda.

Kebersihan

Harus dipastikan keadaan sekeliling ibu berada dalam keadaan yang bersih, segar dan jauh dari segala pencemaran yang boleh mendatangkan bahaya kepada ibu dan janin.

Minum

Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari, samada air kosong, jus buah, susu dan air. Cairan yang masuk ini sangat berguna untuk membantu peningkatan volume darah selama kehamilan. Elakkan meminum minuman berkafein.

Berdoa

Doa Dan Zikir Terbaik Semasa Hamil (klik di link ini)

Banyakkan membaca Al-Quran

Ada teori yang mengatakan bahawa memperdengarkan muzik klasik pada janin dalam kandungan akan meningkatkan kecerdasan. Tak diragukan lagi memperdengarkan Al-Quran tentu jauh lebih baik pengaruhnya bagi bayi.

Apatahlagi jika yang membaca adalah ibunya sendiri. Ketika si ibu membaca Al-Quran, suasana hati dan fikirannya menjadi khusyuk dan tenang sehingga akan membantu perkembangan psikologi janin yang dikandungnya.

berdasarkan penelitian Dr. Nurhayati dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia tahun 1997 kesan murattal (membaca Al-Quran) juga tidak kalah hebatnya bahkan jauh lebih hebat bila dibandingkan dengan efek muzik klasik.

Dr. Nurhayati membuktikan bayi berumur 48jam menunjukkan respons tersenyum dan tampak lebih tenang ketika diperdengarkan bacaan Al-Quran. Bacaan Al-Quran tidak hanya mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosional (EQ) malah kecerdasan spiritual (SQ) juga.

Selamat beramal ye!

Jika ada maklumat tambahan berkaitan entry ini sangat2 dialu2 untuk kita berkongsi bersama2....sila tinggal di ruang komen ye.

Jika anda tercari2 Doa Mudah Bersalin (boleh klik disini)



~Sharing is Caring~
Nur 012-5763744
id : 908782

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...