7 MAKANAN BAYI BERKHASIAT DAN MUDAH DIBAWA KETIKA TRAVEL

Travel untuk jangka masa yang panjang bersama keluarga sangat menyeronokkan, tapi sekiranya bayi atau anak kecil turut bersama, bagaimana untuk pastikan penyediaan makanan mereka sentiasa fresh dan berkhasiat??

Based on pengalaman nur balik johor baru-baru ini, yang mana perjalanan kami sekeluarga menempuh masa 11 jam 30 minit.(termasuk berhenti makan, solat, tidur/rehat kejap dalam kereta, ganti-ganti drive..hehe) Alah bisa tegal biasa, zara dan ziyad pun seolah-olah sudah serasi bila berjalan jauh..Alhamdulillah anak-anak tak banyak ragam.

Sebelum bergerak, pagi-pagi lagi Nur dah masak nasi bubur untuk ziyad dengan menggunakan Lunch box. Sangat best tau guna lunch box nie, mudah, cepat, tahan panas dan jimat masa.


Antara makanan yang Nur bawa untuk ziyad adalah :




Avocado

Avocado antara yang mudah dibawa ketika travel. Apabila ziyad bersedia untuk makan Nur hanya perlu potong kepada dua bahagian, kaupkan isi dengan sudu dan blend! isi dalam bekas kiub2 tu .dan masukkan kedalam coller bag..bubur nasi + avocado = ngapp!! mudahkan! fresh gitu...

Epal

Kupas kulit epal, basuh dan sagat .Siap puri epal





Pisang

Yang kedua, pisang..pisang ada banyak jenis ye! Nur pilih pisang emas, selain mudah dilenyek dengan jari, rasa nya juga manis. Cuci tangan, lenyek guna jari/sudu dan siap untuk dinikmati ziyad. Nyum2...Omak pun boleh tumpang sekaki.



Buah Delima

Buah yang paling mudah dibawa dan penuh khasiat! Ziyad sangat suka. Hanya keluarkan biji delima dan lenyek ambil air nya sahaja.


Serbuk Ikan Bilis

Stok serbuk ikan bilis biasanya Nur buat seminggu/dua minggu sekali. Jadi sangat mudah, berguna dan jimat masa ketika travel. Nur tambah serbuk ikan bilis ketika ziyad menikmati bubur nasi + puri sayur. Bertambah-tambah ziyad makan hasil penangan serbuk ikan bilis mama.hehe

Resepi ikan bilis :

Ikan bilis ( dibuang tulang, kepala dan tahi)
Basuh sebersihnya
Goreng tanpa minyak sehingga keperang-perangan
Blend ikan bilis dan sangai
Siapp!!


Kurma/ Kismis

Kurma dan Kismis menjadi kemestian dalam rumah Nur. Kalau travel yang ini lah Nur capai dulu.hehe Pelbagai jenis menu bayi boleh disediakan dengan kedua-dua makanan sunnah ini. Nur suap kan ziyad begitu saje pun sodapp dan berkhasiat.

Ala-ala tofufah dewasa
Tofu + Kurma (lenyek2 dengan air suam = kuah)


Istant Oat

Rendam isntant oat dengan air panas ( tunggu oat suam), tambah dengan kismis + epal + pisang. Siap untuk dimakan. Jika ingin sediakan lebih awal, pastikan isi bekas tersebut di dalam cooler bag. 




Alhamdulillah, walaupun travel jauh mana pun ibu-ibu masih lagi mampu menyediakan berkhasiat seumpama berada dirumah. Semoga apa yang Nur kongsi dapat membantu sedikit sebanyak persediaan sebelum memulakan travel anda! Anak sihat ibu bahagia...

Jika ibu-ibu ada cadangan makanan lain yang sesuai untuk travel boleh tinggalkan komen di ruangan komen yang disediakan. 

Sekiranya ibu diluar sana mencari-cari dan tercari-cari vitamin yang selamat dan berkhasiat untuk anak tersayang, boleh hubungi Nur pada bila-bila masa. Nur sedia membantu

Nur 012-5763744
nbh_gal@yahoo.com

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengunjungi blog Nur.

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. info yang berguna... sama lah ngan saya, walaupun travel kemana-mana, tetap akan bawa home made solid food yang mummy buat

    BalasPadam
  2. home made solid food by mummy is da best..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...