Jimat masa omakk, 3 jenis puri steam |
Wah ziyad dah pun 7 bulan plus-plus, sekejap je masa berlalu. Apabila anak dah menginjak masuk ke fasa 6 bulan, mak-mak perlu memainkan peranan yang penting untuk menyediakan makanan pejal pertama. Bila mak yang teruja, anak apatah lagi kan! yeyyy, saya dah boleh makan.
Saya suka nak berkongsi cara saya sediakan makanan untuk ziyad
1. Sediakan peralatan khas yang sesuai supaya terjamin bersih dan tidak melekat rasa yang ada pada peralatan lain.
- pengisar (saya beli pengisar kering, murah je rm18++)
- freezer bags atau plastik simpan susu (jika travel better guna )
- pisau atau alat pengupas buah
- pengukus
- bekas kecil atau kiub ais batu (bekas simpan puri)
- periuk
- papan pemotong
2. Pastikan dan pilih bahan makanan yang sesuai, segar dan semulajadi. Ia penting bagi memastikan bayi mendapat makanan dari sumber yang terbaik. Sebaiknya pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam secara organik kerana ia bebas daripada risiko tercemar dengan racun serangga dan juga lebih segar.
3. Jangan lupa mencuci sayur atau buah terlebih dahulu sebelum dikupas dan dipotong. Potong dadu sebelum stim.
4. Panaskan periuk kukus pada api yang sederhana dan stim buah yang menjadi pilihan dan kesukaan anak sehingga betul2 lembut. (saya lebih suka guna kaedah stim daripada merebus)
5. Blend kesemua buah atau sayur (jangan lupa masukkan sedikit air masak atau susu ibu untuk mudahkan proses mengisar)
6. Dah siap blend! (pastikan halus kerana ia penting untuk proses pencernaan bayi) masuk kan kedalam setiap bekas yang dah siap disteril.
7. Boleh disimpan di bahagian beku atau bahagian bawah. Terpulang kepada individu, ketahanan makanan pejal bayi sama seperti susu ibu, tahan sehingga 3 bulan sekiranya ia disimpan dibahagian beku. (seminggu 2 kali saya masak puri untuk memastikan puri saya fresh dan sedap dimakan)
8. Biasanya hari saya bekerja, saya akan bekalkan semua makanan dalam kuantiti untuk 3 kali makan sehari dan makanan tersebut diletakkan bersama-sama dengan ice box di dalam cooler bag. Tujuan nya untuk memastikan makanan tersebut sentiasa fresh dan pembiakan bakteria dapat dikurangkan.
9. Jadi, bila tiba masa makan, pengasuh ziyad hanya perlu keluarkan dan rendam bekas supaya suhu sejuk pada makanan tadi berubah ke suhu bilik, then ziyad dah boleh ngappp!!
Eh, bismillahirrahmanirrahim dulu...Senangkan..Anak kenyang Mama Bahagia...
* Sayur dan buah tak boleh direbus terlalu lama kerana ia akan mengurangkan nutrisi yang terkandung
*cara lain untuk merebus - bila air sudah mendidih baru masukkan sayur dan buah. Air rebusan tadi jangan dibuang, sebaliknya guna untuk mengisar sayur atau buah tadi, jadi nutrisi masih ada dan tak hilang begitu sahaja.
*Pelbagaikan jenis makanan mengikut kesesuaian peringkat umur, supaya anak tidak memilh makanan
* Pastikan sebelum memulakan proses memasak basuh tangan terlebih dahulu supaya tahap kebersihan makanan bayi terjamin.
Nur Bahirah | Wassap/Call : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan