10 TIPS CEGAH DEMAM DENGGI SEBELUM IA TERJADI

Baru saya perasan dah tiga kali orang Kementrian Kesihatan datang ke kawasan perumahan saya, untuk buat semburan nyamuk denggi. Mestilah ada kes kan? Kalo tak ada mana mungkin mereka akan datang. Kes yang pertama terjadi kepada jiran belakang rumah saya dan seterusnya saya tak pasti.

Kalau dah sampai 3 kali memang kes nie dah ditahap serius!

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti yang telah dijangkiti

Perlu langkah berjaga-jaga tak kira dari peringkat orang dewasa hingga ke peringkat bayi. Adakah Denggi sangat Merbahaya?? Ya sudah tentu bahaya. Boleh membawa Maut!

Setakat ini masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami simptom-simptom demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera.


Bagaimana Tindakan kita untuk mencegah dan merawat penyakit denggi yang kian menular kini!


Apakah cara paling terbaik untuk mencegah??

1. Adakan gotong royong pembersihan dikawasan rumah/ perumahan anda
2. Buang bekas yang boleh menakung air
3. Pastikan tangki air, bekas tadahan air hujan ditutup
4. Buang lebihan air yang bertakung didalam pasu bunga atau bekas tadahan
5. Pastikan anak-anak tidak berada dikawasan luar rumah sewaktu nyamuk aedes sedang aktif
6. Gunakan racun serangga yang sesuai untuk membunuh nyamuk
7. Had kan aktiviti outdoor dikawasan yang kerap berlaku denggi
8. Galakkan anak makan makanan yang tinggi nutrisi.
9. Pakai baju berwarna cerah, berlengan panjang dan berseluar panjang sewaktu keluar rumah
10 . Bela ikan boleh mengurangkan penghasilan jentik-jentik

Awas demam denggi sangat merbahaya! Jom cegah sebelum terjadi!!

Sayangi diri dan keluarga anda...Untuk pertanyaan boleh hubungi saya...

Nur Bahirah | Wassap/Call : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...