Alhamdulillah berjaya menghabiskan 2 liter air kosong dalam tempoh 10 jam seperti yang dirancang,,hehe,,bukan senang nk cabar diri boleh minum air kosong/ masak dalam tempoh bekerja. yeahhh!! bukan buat kerja lain je kena displin, bab minum air pun kena displin, betul tak?hehe
Rasa berbaloi galas 2 liter air dari tempat parking ke pejabat..hampir 500 meter juga berjalan setiap hari. Namun ku sanggup mengendong juga demi keperluan tubuh kesayangan. Ecewahh.
Jom semak keperluan air mengikut berat badan individu
Badan kita terdiri dari 66 peratus air dan selebihnya terdiri daripada protein, lemak dan kombinasi mineral dan vitamin.
Air itu apa?
Air ialah suatu cairan yang tidak mempunyai warna, tiada rasa, tiada bau. Air penting untuk kegunaan dalam kehidupan manusia. Air mengandungi Hidrogen dan Oksigen.
Kenapa dan mengapa kita perlu minum air??
1. Menguruskan badan
Siapa nak kurus. Sila minum air kosong banyak ye. Air tidak mempunyai kalori, gula ataupun lemak. Air mampu membawa toksin keluar dari badan. Apabila toksin disingkirkan maka lebih cepat badan anda kurus!
2. Melancarkan pembuangan air besar
Orang yang mengalami masalah sembelit atau masalah pembuangan air besar digalakkan minum air putih supaya membantu melancarkan proses pembuangan.
3. Otak dapat berfikir dengan lebih baik
Otak kita sebahagian besarnya terdiri dari air, jadi apabila kita minum air secukupnya, seara tidak lansung membantu lebih fokus, dan cara berfikir yang lebih baik.
4. Membantu masalah sakit kepala
Salah satu punca sakit kepala adalah dihidrasi. Jadi minumlah air putih secukupnya untuk mengurangkan sakit kepala.
5. Mengurangkan kepekatan suplimen
Air membantu mengurangkan kepekatan supliment yang anda makan, jadi apabila anda mengambil air putih secara tidak lansung membantu buah pinggang memproses dan tidak terbeban dengan kepekatan suplimen.
6. Menjaga kebersihan mulut dan gigi
Sekiranya air putih diambil secukupnya kita dapat menjaga kerbersihan mulut dan seterusnya dapat mengurangi risiko penyakit gigi dan mulut
7. Menjadi awet muda
Air putih mampu menjadikan kulit kita segar dan kelihatan tidak kusam. Apabila kurang air akan kelihatan kulit yang kering dan tidak bermaya.
8. Ejen penambah air susu
Nak susu banyak! minum air pun perlu banyak. Bayangkan kalau badan tak cukup air, bagaimana susu akan terhasil.
9. Mencegah penyakit jantung
Berdasarkan kajian oleh American Jounal Of Epidemiology orang minum air putih lebih daripada 5 gelas setiap hari dapat membantu menurunkan risiko sebesar 41% akibat penyakit jantung.
10. Ubat kepada penyakit strok
Air Putih bukan sahaja baik untuk percernaan, malahan sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ia dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
Tips Istimewa Untuk Korang Tersayang
Credit to Kak Cery Mamafaiz |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan