RAHSIA BERJAYA BUAT STOK EBM 516 0Z SEPANJANG CUTI BERSALIN

Alahamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...dengan rezeki kurniaan Mu yang tidak pernah putus2..Akhirnya niat untuk menyusu badan sepenuhnya dan buat stok ebm berjaya dilaksanakan dengan izin Allah. Semasa hamil lagi,saya start berniat dan menyimpan impian untuk menyusukan Ziyad. 

Mengenangkan kegagalan yang dulu, buat saya jadi ralat. Saya sempat menyusukan zara sepenuhnya hanya 8bulan. Adeh!! sedih, kecewa semua ada. So dari kegagalan tu la sya bangkit,,tudiaa!!poyo nya..haha..Ayuhhh bangkitlahh wahai bahir!!! ecewahh..."Orang lain boleh buat knapa aku xboleh". Start dari tu saya mula merujuk kat kwn2 yang berjaya fully bf, surf kat pakcik gugle dan sebagainya. Saya sangat bertuah dikelilingi oleh kawan2, suami dan keluarga yang banyak memberi moral support..terima kaseh uollsss...

Saya bersalin 30 julai 2014 (raya ke 3)..anak pulak kena tahan wad kanak2 dan xboleh direct feeding, so mlm tu saya dah start buat teknik marmet (breast pump lupa bawak),,cuma ada kolustrom setitik dua saje,..erm,,tiba2 mai hasutan -ve, "ala sikit nye klua"...hishh xboleh gitu,,,(lawan perasaan) "susu aku banyak".....(kene ckp cmtu slalu, baru susu banyak), bila dh mind set dah gitu baru la setiap sesi mengepam lebih bersemangat gitu.hehe

Bila anak dah kluar wad n boleh balik umah same2,,sya kerap menyusu dia, n pulak tu dia kena jaundis (demam kuning)..apa yang best nya walaupun ziyad kena jaundis, setiap 2jam dia mesti terjaga sendiri n nak menyusu (bahagianya aku xperlu susah2 gerakkan dia bgn)...Ziyad menyusu dan nyusu sampai la jaundis dia xde...

Secara jujurnya mula2 agak malas nak mengepam, tapi saya tekad jgak,,(kan dah niat, xkan buat2 lupa pulak kan)...haha..stat hari ke 5 sya dah mula buat stok ebm, walaupun hasilnya mula2 sikit tapi pump jugak, usaha buat marmet, double pumping, tandem nursing, kerapkan direct feeding, minum air kosong banyak (3liter sehari), makan Vitamin Shaklee, Makan Makanan Sunnah, makan makanan berkhasiat. Dari berdikit2 lama2 jadi bukit,,haha..


Antara vitamin feberet yang diambil 
- Esp
- Vitalea
- B-complex
- Ostematrix
- Alfalfa
- Vitamin c

Nie hasil stok ebm semasa sebulan berpantang.Sila abaikan tupperware disitu..haha


Yang nie pulak hampir 2 bulan (agak berserabut susunan, kena share space dgn benda lain, xbleh buat konsep "FIFO" sbb ruang terhad)


Seterusnya stok ebm (express breast milk) makin padat, takut peti sejuk rosak (peti kawan sya rosak sbb ebm terlalu padat n air circulation x stabil) trus bincang ngan en husben untuk membeli deep frezer(df), dalam df, ebm korang tahan lagi lama smpi 6 bulan uolllsss...kalo frezer 2 pintu mcm saya simpan sebelum nie tahan 3bulan saje..Oppss lupa plak nak story..saya buat setiap pek 6oz atau 7oz, supaya senang nak manage. Feberet plastic storage saya brand Autumz dan Jingle Jungle (plastik tebal, double zip lock dan x leaking), hehe..Saya buat konsep fifo (first in first out), week by week sya kumpul dalam beg plastik dan label supaya senang nak manage. Totally saya kumpul ebm 86 pek sepanjang cuti bersalin.



Kenapa saya memilih deep frezer
1. Ebm tahan lama sehingga 6 bulan
2, Space yang luas 
3.If blackout lebih 5jam saye relax aje, xde la nak senak2 perut nak transfer ebm masuk cool box bagai.
4, Space fridge 2 pintu saya dah padat, xde space nak letak ayam ikan frozen bagai
5. Rasa bahagia sebab ada tempat khas simpan susu sahaja tanpa kongsi dgn benda2 lain.
6. Kebersihan terjamin.
7. Anak xmudah bukak tutup df dan suhu df stabil compare dgn fridge 2pintu..


p/s: persediaan nak fully bf sebenarnya sangat la mudah, segala info mengenai bf boleh didapati dimana2 saja especially pakcik gugle..hehe..so if korang dh ready dgn stok ebm secukupnya, korang dah boleh tersenyum dan tak perlu risau, senak perut bagai bila nak stat keje..hehe..iktibar untuk saya based on pengalaman saya lepas..hewhew..Tahniah kepada ibu-ibu yang berjaya fully breastfeed bayi anda!!! dan tahniah juga kepada ibu-ibu yang cekal dan gigih mengepam dan mengumpul stok sampai beribu-ribu oz dalam tempoh berpantang, tabik spring n respek kat koranggg!!


Hubungi Saya untuk dapatkan tempahan, tawaran menarik  dan pembelian produk Shaklee dan konsultasi terbaik dan percuma pada bila-bila masa.

Nur Bahirah | Call/Wassap : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...