RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH ISTIMEWA YANG ENAK DAN MUDAH DISEDIAKAN DI BULAN RAMADHAN

Hari pertama berpuasa mmg sangat excited, nak masak...ecewahhh,..tup2 en suami bagi cadangan masak ayam goreng berempah. Wah!!bunyi agak berselera (mmg berselera pun..huhu..)..menu 1st ramadhan ringkas-ringkas aje.(konon2 dh niat xmo m'bazir n sentiasa beringat berpada2)..hehe..Sempena bulan puasa nie mak buyong xmo bebel bnyk2..

Jom2 sya nak kongsikan resepi ayam goreng berempah yang sya dah try dan cukup marbeles (resepi asal dari kawan sya..kak lyn...tq kak lyn)

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
5 biji bawang besar
4 biji bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit hidup
2 batang serai
3 sudu serbuk kari
3 sudu cili kisar
Garam
Daun limau purut 

Cara-cara :
1. Cuci ayam sebersih-bersihnya...tos dan ketepikan..(saya cucuk2 ayam dgn garfu supaya bahan perapan senang menyerap.
2. Seterusnya blend kesemua bahan diatas kecuali daun limau purut.
3. Dah siap blend tuang kesemua bahan blend tadi, dan gaulkan dengan ayam.
4. Last skali ricik daun limau purut dan gaulkan bersama ayam tadi.
5. Nak rasa yang marbeles perap semalaman supaya bahan2 tadi dapat meresap.

p/s : kalo korang nak guna daun kari pun boleh, no hal,,tapi saya guna daun limau purut sbb bau dia lebih umphhhh!!! ikut kesukaan masing2..kita yg masak kan!!

*Macam biasa entry kali nie mmg mak buyong xsnap pic..kang korang terliur,haha bukan korang je..aku pn sama..hik2*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...