1001 Kebaikan dan Manfaat Susu Ibu Yang Ramai Terlepas Pandang.Ruginya!!

Assalamualaikum...

Seperti yang diwar-warkan melalui kempen penyusuan susu ibu, susu ibu adalah yang paling terbaik dan tiada tandingan serta mempunyai 1001 kebaikan dan manfaat baik untuk ibu mahupun si bayi. Nampak macam renyah pada yang tidak pernah mencuba, tapi cukup mudah dan bahagia sebenarnya apabila usaha murni itu dapat dilaksanakan seiring dengan faedah yg diterima ibu dan bayi itu cukup luar biasa.


KEBAIKAN SUSU IBU, KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU, MANFAAT SUSU IBU, MANFAAT AIR SUSU, FAEDAH SUSU IBU, KEBAIKAN MEMBERI SUSU IBU


Tak Percaya?? Cuba lahh..saya sudah!! Anda bila lagi..


Korang tau tak yang susu ibu mengandungi banyak khasiat dan zat yang diperlukan bayi bermula dari 0 sehingga ke peringkat umur seterusnya. Jadi tidak hairanlah bagi ibu yang menyusu anak sepenuhnya secara tidak langsung membuat pilihan yang sangat bijak :


KEBAIKAN SUSU IBU, KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU, MANFAAT SUSU IBU, MANFAAT AIR SUSU, FAEDAH SUSU IBU, KEBAIKAN MEMBERI SUSU IBU

1. Kewangan
  • Ibu tak perlu berbelanja RM0.00 sen setiap bulan berbanding dengan ibu yang memberi anak minum susu formula, yang perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM 70/tin x 1 tin (900g)/ minggu) x 4 minggu = RM280/ bulan (Tidak termasuk kos botol, air, gas dan lain-lain) *Bergantung pada Brand Susu
2. Imunisasi 
  • Susu ibu mengandungi antibodi yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan penyakit manakala susu formula tiada antibodi dan bayi mudah dijangkiti penyakit.
3. Penyediaan
  • Tidak perlu masa penyediaan bagi susu ibu..dalam istilah orang putih "Ready to serve", cumanya apabila bayi berada dengan orang lain selain ibunya, susu ibu haruslah dipanaskan terlebih dahulu (rendam dalam air panas) Mudah je kan!.....manakala penyediaan susu formula perlulah teliti bermula dari mensteril botol, memasak air, dan membancuh (nak bancuh pun ada teknik Ok!, kalau tak boleh rosakkan protein dalam susu) Lambat dan Renyah kan!  
4. Keselamatan
  • Dijamin Selamat dan Tiada pencemaran (tak perlu kelulusan Sirim Ok! hehe), susu lembu pula mudah tercemar dan tidak dijamin dari kesihatan si bayi. Pernah tak korang dengar dan tengok kes dalam susu formula yang belum dibancuh ada 'ulat'?? dan ada juga kes MELAMIN dalam produk susu bayi! Bahaya tau boleh menyebabkan kematian.

5. Kesihatan Ibu
  • Kebaikan Susu ibu Bukan sahaja untuk anak yang menerima, malahan si ibu yang memberi jugak turut mendapat 'Bonus' yang Berganda....seperti Bantu mengecutkan rahim, Bantu kembalikan bentuk badan, Kurangkan risiko barah payudara dan ovari, Elak pembengkakan payudara. Bagaimana dengan ibu yang beri susu formula...tidak membantu apa-apa..Ruginya!
6. Penghadaman Susu
  • Susu Ibu Cepat dihadam manakala susu Formula Lambat dihadam

Nak tahu lebih lagi MANFAAT SUSU IBU (Klik disini)

Sebagai ibu yang mahukan yang terbaik untuk anak-anak, buatlah pilihan dan keputusan yang bijak. Peluang dan moment untuk menyusukan anak hanya datang sekali sahaja. Pasti apabila anda sudah melalui saat2 itu, pengalaman yang sangat berharga ini akan anda kenang dimasa tua anda.


Anda mahukan supliment/vitamin sama macam saya menyusu anak? Meh, jangan malu2 nak contact saya. In Sha Allah saya akan bimbing anda sehingga anda mampu buat stok berganda2 sebelum naik kerja...mahu kan tips??

Nur 012.5763744
id: 908782

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...