11 CARA URUS SUSU IBU, ANAK SIHAT IBU PUN BAHAGIA

Assalamualaikum..

Tips yang bakal saya kongsikan ini sangat sesuai untuk ibu yang berkerja yang menyusukan anak sepenuhnya, juga kepada pengasuh yang bakal menguruskan susu ibu sepanjang tempoh mengasuh anak. Mana tahu kan tiba2 giliran anda pula!.hehe. Tips ini juga sesuai untuk bakal-bakal ibu yang sedang hamil dan ingin menimba ilmu tentang penyusuan seawal mungkin.


CARA PENYIMPANAN SUSU IBU YANG BETUL, CARA URUS SUSU EBM, CARA URUS SUSU IBU, CARA URUS SUSU PERAHAN, SUSU IBU YANG DIPANASKAN, TEMPOH PENYIMPANAN SUSU IBU,

Ok! bagi ibu yang sudah bersedia menyusukan anak dan jugak bersedia untuk meninggalkan tugas menguruskan susu untuk anak tersayang. Ini adalah langkah terbaik untuk anda.

Sepanjang tempoh berpantang sudah tentu anda menyediakan stok ebm sebanyak yang mungkin kan. Saya uruskan stok ebm dengan FIFO Method (First In First Out). Saya akan labelkan untuk setiap seminggu stok ebm. Setiap bungkusan plastik saya labelkan dengan maskin tape mengikut tarikh yang terkini. Seterusnya terus mengumpul stok setiap hari bekerja anda mengepam. 

Step Mudah Untuk Ibu Bekerja

1. Sebelum nak tidur pastikan semua botol, puting, dan alatan mengepam sudah siap dicuci bersih. Seterusnya saya akan susunkan botol2 dan alatan mengepam di dalam sterilizer streamer. ( Bila bangun esok press sahaja)

2. Seawal pagi saya keluarkan 2 pek ebm (120z) untuk dicairkan, kalau tak pun korang boleh turunkan siap2 ebm  ke refridgerator sebelum tido 

3. 2 botol (12oz) fresh untuk diisikan dalam botol yang sudah siap disteril biasanya saya sediakan 4 botol dan dilabelkan dengan 1,2,3 dan 4. Bergantung ye pada kuantiti anak korang minum berapa oz sehari.

4. Botol no.1 susu fresh, botol no 2 susu ebm, botol no 3 susu ebm dan botol no 4 susu fresh (kadang ikut mood ziyad, susu no 3 minum pukul 4.30ptg, so sempat la tggu si mama balik...balance susu fresh tadi boleh disimpan didalam freezer)

5. Keluarkan ice brick/ pek ais dan masukkan kedalam coller bag/ coolman. susun botol supaya suhu kekal sejuk sepanjang hari..(coller bag saya tahan beberapa bulan sahaja, hasilnya selepas itu terkoyak dibahagian dalam, jadi suhu sejuk susu tak sampai ke petang, so altenatif terbaik saya guna polistrine putih :) sangat jimat okeh! dari nak membeli coolman,,hehe)

Ready hantar ke babysitter yeh!


CARA PENYIMPANAN SUSU IBU YANG BETUL, CARA URUS SUSU EBM, CARA URUS SUSU IBU, CARA URUS SUSU PERAHAN, SUSU IBU YANG DIPANASKAN, TEMPOH PENYIMPANAN SUSU IBU,


Cara Serve Susu Ibu Dirumah Pengasuh

1. Minta pengasuh beri ikut turutan 1 hingga 4

2. Minta pengasuh goyang kan botol jika lemak dan air terpisah (goyang ye bukan goncang/kocak)

3. Panas kan ebm/susu fresh dengan merendamkan botol didalam bekas yang dicampur dengan 1 air mendidih dan 2 air biasa atau panaskan dalam warmer dengan 10-15 minit (Max 40 darjah celcius). Jangan didihkan atas api dapur ye!

4. Uji suhu susu sebelum diberi pada bayi 

5. Susukan bayi dengan kedudukan yang sesuai supaya mudah bayi untuk menelan susu dan untuk mengelakkan bayi tersedak susu.

6. Susu ibu yang telah dipanaskan mestilah dihabiskan dalam tempoh 1 jam, sekiranya lebih dari tempoh itu susu ibu tidak sesuai diberi kan lagi kepada si manja.

Mudahkan!! 

Semoga Tips ini dapat membantu anda.

Anda bakal menimang cahaya mata yang baru? dan sudah bercadang ingin menyusukan si manja sepenuhnya?? Tapi mahukan konsultasi percuma dari saya..In Sha Allah saya sedia membantu anda :)
  • Cara memekatkan susu badan anda supaya anak cepat kenyang dan tidur lena
  • Pemakanan untuk banyakkan susu ibu
  • Tips nak hasilkan stok susu berganda2 semasa berpantang
  • Teknik menguruskan stok susu sepanjang menyusukan anak.
Oppss nak dapatkan set berpantang? contact saya ok!


Hubungi saya:

Nur 012-5763744

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...