Assalamualaikum mommies
Tahniah saya ucapkan kepada ibu yang baru melahirkan buat kali pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Apabila melangkah ke fasa yang baru sudah tentu ia lebih mencabar berbanding sebelumnya.
Amalan tempoh berpantang selama 44 hari sangat digalakkan malah ada juga yang meneruskan sehingga 100 hari. Terpulang kepada selera masing2 kerana tempoh berpantang penting untuk mengembalikan tenaga dan memulihkan diri kerana sewaktu melahirkan baby, si ibu banyak kehilangan darah dan ini membuatkan dirinya 'sejuk'
Pengalaman saya sendiri berpantang dengan bersalin biasa dan caeseran (pembedahan). Kedua2 nya sudah dirasai dan ia nya merupakan pengalaman yang sangat berbeza. Anak pertama lahir secara pembedahan dan anak kedua lahir secara normal.
Macam mommies nie gembira sangat dia berpantang tanpa masalah sembelit yang menakutkan.
Macam mommies nie gembira sangat dia berpantang tanpa masalah sembelit yang menakutkan.
Kalau dulu anak pertama nak harapkan mak jaga boleh diterima lagi, tapi kalau anak masuk kedua, ketiga mesti perlu belajar buat sendiri kan. Sampai bila kita nak harapkan orang tua disisi.hehe..paling tidak pun ibu2 boleh cari 'confinement lady'.
Cara Pulihkan Tenaga Ibu Semasa Berpantang
1. Bertungku
- Amalan bertungku perlu dilakukan setiap hari semasa berpantang sebelum memakai bengkung.
- Biasanya diawal pagi suami saya dah sedia panaskan tungku, jadi waktu yang paling sesuai bertungku adalah diwaktu pagi.
- Amalan ini sangat bagus untuk mengecutkan rahim dan melancarkan saki baki darah kotor yang tertinggal didalamnya
- Ada 2 jenis tungku yang biasa digunakan iaitu tungku batu dan tungku besi. Tungku batu dikatakan lebih lama kekal panas berbanding tungku besi
2. Berbengkung
- Pelbagai kaedah berbengkuk boleh dipraktikkan, samada menggunakan kain bengkung yang panjang dan dibalut dari paras bawah dada hingga ke punggung.
- Ada juga ibu nak lebih selesa memakai bengkung yang ada dijual dipasaran seperti Bengkung Moden dan sebagainya. Terpulang kepada citarasa masing2.
- Biasanya sebelum berbengkung, bahagian perut disapukan dengan herba
- Amalan ini membantu mengembalikan bentuk tubuh asal ibu serta mengawal perut dari menjadi buncit.
3. Makanan
- Aspek pemakanan juga perlu dititik berat supaya ibu mendapat nutrien dan zat yang mencukupi.
- Elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan alergi dan kegatalan
- Sekiranya anda memerlukan resepi berpantang boleh rujuk di artikel yang saya pernah tulis sebelum ini 8 RESEPI BERPANTANG MUDAH DIMASAK SUPAYA IBU TAK BORING ASYIK MAKAN IKAN KERING
4. Berurut
- Berurut biasanya dibuat selepas luka jahitan ibu dah ok
- Biasanya paling minima dilakukan 3 kali berturut2 atau disambung kembali sesudah selesai berpantang (bergantung kepada permintaan masing)
- Tujuannya untuk membetulkan urat dan melancarkan darah dan mengangkat salur peranakan.
- Apabila berurut secara automatiknya membantu menyingkirkan darah kotor dan memecahkan lemak.
- Berurut juga dikatakan dapat membantu melancarkan pengeluaran susu dan juga mengelak dari buah dada ibu membengkak.
5. Mandian Herba
- Campuran rempah ratus dan herba digunakan untuk menyegarkan badan ibu, melancarkan darah selepas bersalin
- Saat berpantang zara saya tidak sempat merasa mandian herba, tapi semasa kelahiran kedua Alhamdulillah saya juga dapat merasai bertapa segarnya badan selepas mencuba mandian ini.
6. Bertangas
- Bagi ibu yang bersalin secara normal bertangas boleh dilakukan satu atau dua minggu selepas bersalin.
- Bagi yang bersalin secara pembedahan boleh dibuat selepas tiga minggu selepas bersalin
- Biasanya Tangas Kering, sesuai dilakukan oleh wanita yang baru bersalin berbanding tangas basah, tangas wangi, tangas rempah dan tangas duduk.
7. Jamu
- Terdapat pelbagai jamu dipasaran kini, ada yang siap dipakej kan oleh pengeluar tempatan mahupun dari indonesia.
- Tapi awas, elakkan jamu dikala anak sedang mengalami jaundis (demam kuning) kerana jamu bersifat panas
- Jamu membantu memulihkan tenaga, memastikan badan ibu panas, dan menyingkirkan lemak, angin dan toksin
- Saya juga turut mengamalkan jamu semulajadi (alfalfa) semasa berpantang. Selain mengembalikan tenaga susu badan saya semakin menjadi2. Subhanallah.
Amalan berpantang selepas bersalin amatlah penting, selain penjagaan luaran, aspek penjagaan dalaman juga harus diberi perhatian. Bak kata orang tua2, "badan nak guna lama kan". Alhamdulillah berpantang anak kedua, saya telah menggunakan Set Berpantang Lengkap dan Selamat sepenuhnya.
Sangat berbeza dengan berpantang anak pertama dahulu. Tiada masalah badan lesu lagi, susu badan semakin banyak, tiada lagi masalah sembelit yang kronik. Alhamdulillah. saya sudah merasakan pebezaan yang ketara.
Bagi ibu2 yang masih tercari2 Set Berpantang yang Selamat dan berkesan. Cepat2 hubungi saya, pssst..ada tawaran hebat menanti anda plus konsultasi percuma yang tip top seumur hidup.
Sangat berbeza dengan berpantang anak pertama dahulu. Tiada masalah badan lesu lagi, susu badan semakin banyak, tiada lagi masalah sembelit yang kronik. Alhamdulillah. saya sudah merasakan pebezaan yang ketara.
Bagi ibu2 yang masih tercari2 Set Berpantang yang Selamat dan berkesan. Cepat2 hubungi saya, pssst..ada tawaran hebat menanti anda plus konsultasi percuma yang tip top seumur hidup.
Nur 012-5763744
id : 908782
Tiada ulasan:
Catat Ulasan