Assalamualaikum mommies
Tahniah saya ucapkan kepada ibu yang baru melahirkan buat kali pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Apabila melangkah ke fasa yang baru sudah tentu ia lebih mencabar berbanding sebelumnya.
Amalan tempoh berpantang selama 44 hari sangat digalakkan malah ada juga yang meneruskan sehingga 100 hari. Terpulang kepada selera masing2 kerana tempoh berpantang penting untuk mengembalikan tenaga dan memulihkan diri kerana sewaktu melahirkan baby, si ibu banyak kehilangan darah dan ini membuatkan dirinya 'sejuk'