Setiap ibu yang hamil adalah istimewa kerana Allah swt telah mengurniakan mereka naluri seorang ibu dan juga susu badan secara semulajadi. Yang istimewanya, ada diantara mereka pada usia kandungan mencecah 7 bulan sudah mengeluarkan Kolostrum. Iaitu cecair putih yang pekat.
Kolostrum ini lah paling terbaik diperlukan disaat bayi dilahirkan ke dunia. Saya pula tidak merasai kolostrum di peringkat kehamilan, tetapi disaat anak dilahirkan secara semulajadi kolostrum ada. Tapi usah ibu-ibu risau yang susu ada atau tak ada, susu sikit atau banyak.
Apa yang saya tanamkan dalam fikiran "Semua ibu yang melahirkan, pasti ada susu badan". Susu banyak atau sikit, semuanya bergantung pada hasil usaha, pemakanan, tawakal dan berdoa.
Setiap titisan susu ibu sangat lah berharga umpama setitis emas yang tiada setandingnya dijual dipasaran.
5 Kandungan berkhasiat dalam susu ibu
1. Glutathione peroxidase, alkaline phosphatase dan Xanthine oxidase - Ia membantu mencegah jangkitan
2. Nucleotides, blok binaan DNA, menguatkan keimunan terhadap jangkitan
3. Lactoferrin dalam susu ibu mencegah zat besi daripada digunakan oleh bakteria dalam usus bayi
4. Lysozyme dan rembesan Imunoglobulin A yang mengalas permukaan usus, mencegah jangkitan dan melekatnya bakteria
5. Poly- dan Oligosaccharides mencegah bakteria daripada melekat pada permukaan usus.
Ingin tahu lagi Kelebihan Susu Ibu <--- font="">--->(klik disini)
Alhamdulillah semasa hamil lagi, sedikit sebanyak saya sudah bersedia untuk menyusui anak sepenuhnya sehingga mencapai 2 tahun. Hasil dari membaca dari bahan-bahan ilmiah, jurnal, bertanya pengalaman rakan2 yang sudah berjaya, Alhamdulillah, saya punya semangat yang luar biasa untuk menyusukan ziyad (yang kini telah 1 tahun 2 bulan).
Dan yang membuatkan saya tidak percaya, stok ebm saya terkini mencecah 500 oz. Syukur. Saya yakin ibu-ibu lain juga ramai yang hebat dan gigih mengumpul stok untuk anak tersayang.
Nasihat saya, untuk ibu yang punya hasrat menyusukan anak " just do it " buat sehabis baik sehingga berjaya. " Jom sama2 kumpul stok"
Ingin tahu tips penyusuan dan pemakanan, cara saya lakukan..meh whatsapp..kita sembang2. Insya Allah saya akan bantu sehabis baik sehingga anda berjaya buat stok ebm sendiri ^_^
Oppss anda nak e-book tips tambah susu tak? saya nak bagi free je..meh contact saya.
Nur 012-5763744
id : 908782
Tiada ulasan:
Catat Ulasan