40 WAKTU TERBAIK BERDOA DAN DIMAKBULKAN

Assalamualaikum..

Ketahuilah yang berdoa merupakan satu pergantungan harapan agar Allah SWT sentiasa memberi perlindungan kepada kita dalam setiap gerak kerja kita.

Nu'man Ibn basyir meriwayatkan daripada Nabi SAW : " Doa itu adalah ibadah"

Dan Firman Allah SWT bermaksud :

"Berdoalah nescaya Aku perkenankan untukmu" (Surah al-Ghafir 60)

Tiada had untuk kita berdoa tapi sebelum berdoa terdapat Adab Ketika Berdoa yang harus diketahui :

  • Dalam keadaan BERWUDUK
  • MENUTUP AURAT
  • Menghadap ke KIBLAT
  • Dalam keadaan KHUSYUK dan TAWADUK
  • Tidak TERGESA-GESA
  • BERISTIQFAR (bertaubat sebelum berdoa)
  • Dimulai dengan MEMUJI KEBESARAN ALLAH (berzikir)
  • BERSELAWAT ke atas Baginda Rasulullah SAW
  • Menbaca doa itu dengan PENUH HARAPAN akan DIKABULKAN
  • MENGANGKAT KEDUA-DUA TANGAN sehingga ke paras bahu (seperti yang dibuat oleh Nabi SAW
  • Berdoa dengan SUARA PERLAHAN
  • Diakhiri dengan SELAWAT dan SALAM
  • Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa atau memutuskan Silaturahim



Berdoa boleh dilakukan pada bila2 masa. Walaubagaimanapun terdapat waktu-waktu tertentu yang lebih mustajab sebagaimana disarankan oleh Rasulullah SAW sendiri.


Waktu Mustajab Berdoa
  1. Waktu pagi Sebelum Terbit matahari dan setelah Selesai Menunaikan Solat Subuh
  2. Tiap-tiap selepas Solat Fardhu Lima Waktu
  3. Antara Solat Zuhur, Asar dan Maghrib
  4. Antara Azan dan Iqamah atau selepasnya
  5. Ketika Bangun Tidur
  6. Selepas membaca Tasyahud akhir sebelum salam
  7. Ketika Masuk dan Keluar Masjid
  8. Antara takbir Solat Hari Raya
  9. Dalam Khutbah Jumaat, Khutbah Hari Raya dan Khutbah Nikah
  10. Ketika menziarahi Makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi
  11. Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting
  12. Ketika membaca Qunut bagi Solat Subuh dan lain-lain
  13. Tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran
  14. Ketika ditimpa Kesulitan, Gundah Gulana dan Resah Gelisah
  15. Ketika berjumpa dengan Sanak Saudara dan Sahabat Handai yang lama terpisah
  16. Ketika Hujan Turun
  17. Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya
  18. Sepanjang malam, terutama sepertiga yang terakhir dan waktu makan sahur
  19. Ketika Khatam Al-Quran 30 juzuk
  20. Ketika Sujud dalam solat khususnya pada Sujud Terakhir atau di luar solat
  21. Ketika berbaris (jalan bersama) menuju ke medan perang
  22. Dalam pertempuran di Medan Perang
  23. Ketika sedang membaca Al-Quran
  24. Setelah tamat membaca Al-Quran
  25. Ketika minum air Zamzam
  26. Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama
  27. Ketika menutup mata orang yang telah mati
  28. Pada Waktu berkumpul untuk berzikir ( menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid, dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari Al-Quran atau berada dalam majlis2 Ilmu)
  29. Sesudah Wuduk
  30. Ketika orang mengucapkan Iqamat
  31. Ketika Orang Azan untuk solat
  32. Malam Qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan)
  33. Pada hari Arafah (9 Zulhijjah ketika jemaah Haji wuquf di Arafah
  34. Pada Bulan Ramadhan
  35. Pada malam jumaat
  36. Pada Hari Jumaat
  37. Waktu berjumaat, lebih2 lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam
  38. Seperdua malam yang kedua (selepas jam 12 malam)
  39. Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)
  40. Sepertiga malam yang terakhir (selepas jam 2 pagi)
Berdoa merupakan amalan penting yang dapat menghubungkan insan dengan Allah SWT sebagai penyelesaian segala masalah rohani dan jasmani, pelerai kesulitan dunia dan akhirat.

Allah SWT berfirman : Dan apabila hamba-ku bertanya kepadamu mengenai-ku, sesungguhnya aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila berdoa kepada-ku

(Surah Al-Baqarah : 186)


Nur 012-5763744
id : 908782

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...