BETUL KE MASAK SENDIRI DIRUMAH, DAPAT 100% ZAT MAKANAN??

Ramai yang beranggapan memasak sendiri dirumah adalah lebih baik berbanding membeli kedai. Ya,,itu tepat sekali..bukan sahaja lebih baik, malahan kita menjaga tahap kebersihan, serta kualiti bahan yang dimasak terjamin berkhasiat tanpa MSG.

Tapi pernahkah kita terfikir, adakah kaedah memasak sendiri dirumah itu telah dijamin selamat tanpa memusnahkan enzim-enzim dan sesetengah vitamin didalam makanan dan sayuran??

Jom semak beberapa panduan yang harus diteliti ketika memasak supaya tubuh badan mendapat zat yg optimum dan bukannya hampas..

  • Masak semua sayur-sayuran berumbi bersama kulitnya sekali

  • Panggang ubi kentang hingga separuh masak, kerana ia dapat mengekalkan nutrien

  • Panggang daging tanpa air pada suhu 400dc hingga 500dc hingga masak. Ini menghalang glutamat daripada dibebaskan. Glutamat yang terasing daripada asid amino dalam proses mereneh daging boleh mengakibatkan reaksi alergik seperti mana perasa MSG dalam makanan yang diproses.

  • Masak sayur-sayuran dengan api yang perlahan didalam air yang sedikit dan biarkan ianya separuh masak

  • Bila membakar, memanggang atau menggoreng dalam kuali, lembu, kambing atau ayam, tentukan api atau minyaknya panas sekali pada minit yang pertama bagi mengekalkan khasiat dan nutrien. Api kemudian direndahkan supaya didalamnya masak sepenuhnya. Cara memasak daging yang begini ialah asas bagi kesihatan yang baik

  • Gunakan periuk seramik atau kaca kerana semua logam, termasuk jenis keluli tahan karat boleh menyebabkan logam terserap ke dalam makanan apabila ia tercalar.

  • Singkirkan periuk yang tercalar

  • Jika memanggang, merebus atau menggoreng daging lembu, bebiri dan ayam organik, biarkan bahagian tengahnya sedikit mentah untuk mengekalkan sebahagian enzim.

Sekiranya anda merasakan tubuh kekurangan nutrien, ambillah jalan penyelesaian terbaik dan cegah sebelum terlambat. Mahukan konsultasi secara percuma dari saya, Insya Allah cepat-cepat hubungi saya di 012-5763744

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...