TERUJA PERTAMA KALI NAIK PERKHIDMATAN TREN ELEKTRIK (ETS) BERSAMA ANAK

Assalamualaikum kepada pembaca setia blog Butik Vitamin Semulajadi..

Adakah anda dalam keadaan sihat hari ini?? Anda sihat alhamdulillah... ada juga yang tak sihat..kurang kan pengambilan ubat tingkatkan pemgambilan makanan berzat dan bernutrisi..Oppss..vitamin pun jangan tinggal Ok!

24.12.2015

Hari ini saje je nak sharing pengalaman bawak anak untuk pertama kalinya naik ets. Ini pun permintaan anak dara saya yang dah berkali2 request. Alhamdulillah cuti panjang selama 4 hari sempena Maulidurrasul dan juga krismas dan bersambung dengan hujung minggu. Sangat lah puas kalau nak balik kampung time2 macam gini.



Bila cuti panjang ni, alkmaklumlah berduyun2 juga kereta2 dijalan untuk pulang ke kampung halaman. Tapi kali ini tidak bagi saya. Saya lebih rela naik ets dari menempuh jam yang berjam2 dan belum tentu dalam masa 2jam setengah saya boleh sampai alor setar.

Tapi dengan ets yang super pantas dengan kadar 2jam saya dah sampai distesen anak bukit. Alhamdulillah segalanya lancar. Kami bertiga bergerak (saya, zara dan ziyad) dari taiping jam 12.30 tengahari dan sampai jam 2.30 petang tanpa perlu mengeluh, letih , dengan jam.hehe

Dengan kadar tambang untuk dewasa RM37, kanak2 4tahun keatas RM23 yang berpatutan, saya rasa sangat berbaloi dengan keadaan tempat yang selesa, service yang bagus, tempat yang bersih dan berhawa dingin.


Bagi yang terasa lapar dan dahaga service menjual makanan dan minuman juga ada tersedia di koc C. Memandangkan saya bertiga bersama anak2 dan berada di koc e, saya bekalkan siap2 makanan sebelum naik train. Jadi bila anak lapar dahaga xde la drama berlaku didalam train.hehe

Sepanjang didalam train kakak zara la orang yang paling teruja. Bila train dah mula bergerak dan menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Adik pun apa kurangnya sempat tidur seround sebelum sampai di alor setar.

27.12.2015

Train tiba jam 8.20 pagi, Alhamdulillah sempat,nasib kami baik pagi tu, sepatutnya train 8.14...terkejar adik saya bawak kereta...Fuhh...

Menghala  balik ke taiping hanya mengambil masa 1jam setengah sahaja..Memang sangat laju kan..Bagi saya sebagai ibu anak dua, untuk travel jauh bukan mudah bersama anak2, tapi dengan adanya kemudahan ets ini, sememangnya berbaloi dan mudah untuk saya handle anak2 dengan selamat.

Bagi yang tak pernah mencuba, moh terai sekali...confirm puashati...  


Nur 012.576.3744
id : 908782

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...