Selamat pagi semua
Seperti yang dijanjikan, hari ini saya nak berkongsi resepi
MEE CENDAWAN yang saya dah cuba masak beberapa hari lalu, sangat mudah, sangat
pantas dan tak memerlukan bahan yang banyak. Dalam erti kata lain, sempat sangat2 nak masak walau tetamu datang menerjah kat rumah pada bila2 masa pun...hehe.
Sebenarnya Resepi asal ini adalah dari adik sayang, iaitu
Zaharah Yusuf (tudia siap mention Full name giteww) . Pertama kali makan mee
cendawan zaharah terus “perghhhh” sedap nyaa.. nak tambah kali kedua tobat la
malu.
“Eh, tak leh jadi nie, kang meleleh air liur” haha…
Apa lagi, dengan muka tak malu nya, daku sempat lagi mintak
resepi dari zaharah ^_^
Sebelum masak ada juga derhaka, try guggle tapi xdak resepi
Mee Cendawan yang sama macam zaharah masak.
It’s Ok..jom kita tengok bahan2 (bahan2 korang agak2 je ye)
Bahan bahan
Sebelum Korang Masak Meh Layan hasil dari dapur kecil saya.hehe |
Bawang putih
Cendawan Kering
Cendawan Butang (cendawan Shitake)
Ayam (dipotong kecil)
Carrot
Tepung Jagung
Garam dan gula
Lada hitam (ditumbuk)
Cara-cara
1 1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan
2. Masukkan Ayam dan air
3. Apabila sudah mendidih masukkan lada hitam,
cendawan, carrot, garam dan gula
4. Masak sampai mendidih
5. Akhir sekali bancuh sedikit tepung jagung dengan
air dan tuang kedalam kuah tadi
6. Siapp!!
g Celur Mee Kuning dan sediakan cili kicap untuk dihidangkan
Eh..Maaf..lupa pulak...nie cara nak buat cili kicap
Bawang putih + cili padi (cabai melaka) + gula. Tumbuk kesemua bahan ini, dah lumat tambah kicap cap kipas Udang...
Selamat mencuba!
Eh..Maaf..lupa pulak...nie cara nak buat cili kicap
Bawang putih + cili padi (cabai melaka) + gula. Tumbuk kesemua bahan ini, dah lumat tambah kicap cap kipas Udang...
Selamat mencuba!
Nur 012-5763744
Id : 908782
Tiada ulasan:
Catat Ulasan