AWAS!! HANYA 1 GIGITAN NYAMUK AEDES BETINA BOLEH MEMBAWA MAUT

AWAS!! SATU GIGITAN NYAMUK AEDES BETINA BOLEH MEMBAWA MAUT

Pelbagai cara dan kempen yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada masyarakat bertapa bahayanya penyakit Demam Denggi yang kini semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Tak kurang juga sepanduk dan iklan kita lihat terpampang di Media massa, Jalan Raya dan kawasan perumahan. Namun sejauh mana kita sebagai masyarakat mengambil berat tentang permasaalahan ini.

Demam Denggi berpunca dari satu gigitan nyamuk Aedes betina, dimana ia boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan segera.

Kenali Punca Demam Denggi

Punca datangnya nyamuk Aedes Betina ini adalah dari tempat pembiakan nyamuk dikawasan rumah anda iaitu

Diluar rumah – ianya berpunca dari barang-barang buangan (contoh perabut lama) yang mampu menakung air, tanpa kita sedari ‘no man’s land’. Kawasan rizab sungai juga tidak terkecuali kerana turut menjadi tempat pembuangan sampah sarap haram.

Didalam rumah – tanpa kita sedari kawasan dalam rumah juga menjadi penyumbang pembiakan jentik-jentik terutamanya dalam takungan kolah air, pelapik pasu, pelapik bekas basuhan pinggan dan takungan air peti ais.
Tidak terkecuali Aedes Betina juga suka tinggal dibawah katil, almari dan tempat-tempat ‘gelap’ dan ‘terselindung’

Tahukah anda??

Seekor nyamuk betina mampu membiak 300 ekor nyamuk lain. Setiap kali bertelur ia mampu mengeluarkan sekitar 100 ekor telur dan sepanjang hidupnya ia mampu bertelur sebanyak 3 kali.

Itu baru sekor! Kalau 5 ekor? 10 ekor? Bertapa besarnya risiko keluarga kita akan dijangkiti penyakit yang sangat merbahaya itu?? Nauzubillahh..mintak dijauhkan…

Jom Banteras Nyamuk Aedes Dengan Cara

1.  Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

2. Buat pemeriksaan rutin 10 minit setiap minggu dikawasan pembiakan seperti yang saya nyatakan diatas. Seterusnya musnahkan terus.

3. Gunakan ubat jentik-jentik, peringkat pramatang (jentik-jentik)lebih mudah untuk dihapuskan berbanding yang telah menjadi dewasa.

4.  Kenalpasti habitat atau tempat berehat nyamuk dewasa.

5. Elakkan menyimpan air didalam bekas terbuka. 

6. Pakai baju lengan dan seluar panjang terutama pada waktu puncak nyamuk Aedes menggigit.

7. Pakai repelan atau bahan penolak gigitan nyamuk

8. Kurangkan aktiviti diluar sewaktu waktu puncak iaitu pagi (6.30-8.30) dan petang (6.00-8.00)

9.  Pastikan tingkap dan pintu ditutup terutamanya pada waktu puncak.

10. Altenatif lain, boleh pasang jaring ditingkap bagi mengelakkan nyamuk memasuki rumah 

11. Gunakan kelambu semasa tidur juga antara langkah bijak supaya dapat elak digigit Aedes betina.


Simptom-Simptom Demam Denggi

1.       Muntah
2.       Loya
3.       Pendarahan ringan
4.       Demam panas mengejut
5.       Ruam timbul selepas 3-4 hari demam
6.       Sakit sendi dan Otot
7.       Sakit kepala yang teruk
8.       Sakit dibelakang mata


Langkah Perlu Diambil Sekiranya Terkena Demam Denggi

1. Segera pergi ke hospital berhampiran dan dapatkan rawatan dengan kadar segera.

2. Buat pemeriksaan darah ataupun guna kit denggi yang telah ada dipasaran untuk mengesan jika mengidap denggi

3. Minum air dalam kuantiti yang banyak

4. Beri sokongan moral kerana minda yang positif mampu menguatkan imuniti badan


Nasihat saya jangan ambil mudah tentang penyakit yang boleh membawa maut ini. Jangan fikir yang sentiasa ‘kebal’ terhadap penyakit ini. Setiap daripada kita mempunyai peluang yang sama untuk dijangkiti kecuali bagi mereka yang mengambil usaha dan langka-langkah untuk melindungi diri serta bekerjasama memusnahkan tempat pembiakan jentik-jentik dan nyamuk.


Musim sekarang tidak menentu, adakalanya hujan berpanjangan maka demam denggi kini makin berleluasa. Nasihat saya, pastikan anak dan keluarga anda dilindungi, kuatkan sistem imun anda dengan bantuan Vivix, Nutriferon, dan Performance Drink.



Nur 012-5763744
id : 908782
nbh_gal84@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...